Friday 21 December 2012

TAJUKnya:MASIH MENCARI

Hah...Hezri kawen....
Aku menangis setelah melihat sepucuk surat dan kad jemputan perkahwinan yang dihantar rakan mayaku.Aku kenal Hezri melalui laman sosial facebook tetapi Hezri merupakan rakan sekelasku buat tiga kali berturut-turut.
Kenapa aku harus terkejut dengan berita ini.Aku sepatutnya gembira dengar pengkhabaran ini.Hati aku tiba-tiba rasa seperti kehilangan seseorang.Aku tidak pernah mengganggap Hezri istimewa.Tapi.......................................................................
Aku pernah menyebut nama Hezri dalam doaku.Aku ingin sekali dipertemukan jodoh dengan orang yang macam Hezri.Dan aku juga...................inginkan Hezri.
Aku dah banyak kongsi cerita suka dan duka aku dengan Hezri dan aku tidak tahu yang Hezri mempunyai teman wanita dan juga tidak pernah menceritakannya....

Ya Allah mengapa aku harus rasa sedih.Aku harus gembira.
Tiba-tiba deringan telefon memecah suasana suram dalam bilik.
Hezri?
Hezri menelefon aku.dan aku harus tenang mengangkatnya.
Amani aku tahu kau sedang berduka.
Berduka?Kenapa harus aku berduka?
Aku tahu tak sanggup dengan semua ini.
Apa maksud kau..
Ya.aku sebenanrnya tahu yang kau memendam perasaan terhadap aku.Aku harap kau faham.Aku sebenarnya...entahlah...tapi aku rasa ini pilihan terbaik buat aku.Ini pilihan ibuku.Aku mengharapkan kau faham tentang situasi aku.

BERSAMBUNG........HEHE

Sunday 9 December 2012

"kapel"

ASSALAMUALAIKUM
Dah lamakan saya tak menaip, rasa untuk menaip tu ada tapi malas campur tak dak idea.Tak ada cerita yang nak kongsikan.Tapi harini tak tau la kenapa idea itu membuak-buak.Sorry la bagi blogger yang terer berbahasa, saya ini tak pandai nak menyusun kata, hanya insan biasa-biasa , masih baru nak mencuba.Jadi janganlah marah saya sebab menggunakan bahasa yang tak sedap dibaca.Mengharap apa yang nak dikata sampai di hati pembaca.Acece.

Melihat kepada tajuk entry hari ini.Mesti pelbagai persepsi yang ada di minda.Cuba untuk merungkai apa erti kapel buat remaja.

Ustaz sy nak tny bley x sy kapel tp sy x pernah berjmp pon ngn dy, tepon pon jrg2 ,tepon pon tuk bnda yg prlu jeww.sthu sy kapel tu xdak dlm islam tp km nk status  kapel jugak cuma km x akn jmpa la.ley kew us?

Saya bukan ustaz atau ustazah.So jangan tanya saya samaada kapel itu haram atau tak.Cuma saya nak bagi pandangan tentang kapel islamik yang hangat diperkatakan.Islamik la konon.Pui..pui..Ketegaq betui kan sesetengah orang tu.Kan orang dah cakap yang kaRpal itu haram.Eh bukan Karpal S  tapi couple.Memang jelas yang kapel itu haram dalam islam dan tak wujud pon dalam islam tapi kenapa masih ramai lagi yang ber"couple".Tapi kenapa ada lagi yang gatai meqenyam plus meqela yang cuba nak kapel.

Kalau hang gatai sangat nak kapel jalan penyelesaiannya ialah bernikah.Hang kapel la sampai bila-bila tak dak orang yang nak kacau.Kadang-kadang menyampah saya kalau ada orang yang menguptade status di facebook pasai kapel la, kasihkekasih la.Budak lagi kut tapi nak jugak bercinta.Handphone tu sentiasa ada di tangan.Bukan saya nak berlagak la.Kadang-kadang bateri handphone pon saya tak sempat nak cas.Eh bukan tak sempat tapi memang saya malas nak cas pon.Kadang-kadang handphone terpaksa dicari satu rumah bila nak guna sebab sengaja di silentkan.

Budak-budak sekarang anggap kalau yang tak berkapel sebagai tak dak class, skema.Tapi bagi aku orang yang berkapel itu patut dianggap sebagai tak berklass sebab jahil bab agama.Ada sesetengah yang ada kesedaran tapi masih buat.Sekolah agama tapi masih dok kapel.Ada pulak yang letak in relationship with bla..bla..bla..macam saya cakap tadi yang kapel ni tak dak dalam islam.Lebih indahkan bila cinta itu disemai apabila dah sah dengan ikatan pernikahan.

Fikir sendiri la.Sebab itulah kes pembuangan bayi semakin meningkat disebabkan runtuhnya akhlak remaja yang ada pada masa sekarang.Bab kapel dia pandai sangat tapi bab sembahyang tak pulak dia nak tanyakan.Orang tua-tua dulu mereka bahagia ja walaupun tak bercinta sebelum mereka kahwin.Zaman dah berubah beb.Sekarang ramai yang suka menipu.Jadi cinta sebelum menikah itu perlu.Eh..eh jangan guna pakai ayat ni.Ada cara lain nak mengenal antara satu sama lain.Banyak cara cuba la buka minda sikit.Islam kan agama yang mudah.Mesti ada jalan penyelesaiannya.

Boleh ja korang nak kawan dengan beribu wanita, beribu lelaki tetapi batasan harus dijaga.Yang perempuan tak boleh bersikap manja dihadapan lelaki.Jujur lah saya cakap.Normal bagi seorang lelaki atau wanita yang sukakan antara satu sama lain.Apa kata mintak ja Allah pertemukan jodoh denga dia.Jangan jadi bodoh la.Fikir pakai otak bukan ikut hati.Benar kata orang tua-tua ikut hati mati.Jangan jadi bodoh sehingga sanggup membenarkan laki-laki lain pegang-pegang anda.Pesanan untuk wanita.Kasihan la ibubapa yang penat -penat didik kita.Tapi bercakap tentang ibu bapa, ada juga yang sokong anak dia berkapel.Apa cer nih.Haiya apa dah jadi dengan dunia.Dah nak kiamat.

Kalau rasa korang suka sangat kahwin terus ja.Apa susah-susah.Ahh..aku ketandusan idea.Saya dah lupa lah apa yang saya nak tulis.Nih la akibatnya kalau buat kerja tak habis.Apa pun saya harap benda nih dah jelas.Kapel tetap haram.Istilah kapel islamik memang tak dak dalam islam ok.

Kesimpulan:jadi bagi sesiapa yang malas nak baca panjang ni baca kesimpulan pun jadilah.Saya harap sangat entry kali  nih sampai kepada pembaca.Saya tak pandai sangat cuma ini adalah pandangan saya ja.Minta tegur kalau ada yang salah.Couple itu tetap haram before nikah.Kita kan ada Allah dan kekasih kitakan Rasullah.Ajal, maut , JODOH, semua ditangan Allah.Jangan risau sangat tentang jodoh.Suatu hari nanti Allah akan hantar jodoh yang sesuai dan baik untuk kita.

Setahu saya semua agama menyarankan agar penganutnya berkelakuan baik.Apa tujuan kahwin sebenarnya.Pasti ada kebaikannya kan.Tak gitu Apple.?

Sebenarnya maksud kapel tu meluas.Tak salah couple tapi bila dah sah jadi suami isteri.Yang saya maksudkan kapel haram itu adalah kapel tanpa ikatan yang sah.. :D

P/S:Alhamdulillah akhirnya siap jugak.Walau penyakit malas bertandang tadi.Apple agak-agaknya penulisan saya dah capai ke belum tahap matang?

Saturday 14 July 2012

wanted!



jaga-jaga wei...ganaih gila aku tengok muka dia....
sumber:fb

Saturday 30 June 2012

CacaMerba

hoiiiiiiiiiiiiiii....komputer aku tak boleh buka.nih yang tak syok nih..ini adalah satu amaran kepada aku supaya pergi study jangan dok asyik main internet je...aku tak suka guna laptop sebab aku tak rasa kepusan lol..

bagi sapa yang rasa dah menyampah dengan apa yang aku tulis jangan terus pembacaan anda sebab entry kali bertajuk tak dak tujuan..tak ada idea nak tulis apa tapi teringin dan rasa tergedik-gedik nak tulis sesuatu..aku tulis apa yang ada di fikiran dan perasaan aku..

kenangan di Aceh

aku sedih sangat sebab kawan aku yang dari Aceh tuh dah nak balik hari Rabu nih aku sedih sangat sebab aku tak ada masa nak bersama-sama mereka..lain lah kawan aku Sabrina siap depa duaorang nih pi tidoq rumah dia..jeles aku...ohYuni..oh Arjuna...aku tak tinggal hostel dan aku tak ada banyak masa dengan depa...waa...aku nak pergi Aceh lagi..tapi aku yakin bila aku dah kerja dan ada duit sendiri nanti aku pulak nak pi lawat depa..InsyAllah...aku yakin..kalau ada jodoh aku nak kawin dengan orang sana..hehe..tapi yang educated la..

rafiziemas.blogspot.com

semalam aku tengok Majalah 3..seres aku menjerit-jerit..bukan cerita hantu tapi cerita tentang penderma jasad..berani betul wartawan tu..aku salute lah..jasad orang mati diderma kepada kepada pelajar-pelajar perubatan di universiti di Taiwan...mereka membuat amali secara berhati-hati..dan penuh dengan adat istiadat..rasa nak nangis pun ada tengok....bagi sapa-sapa yang nak jadi doktor tuh..bersedialah main-main dengan mayat..

okey..nih nak cerita tentang lain pulak..aku kena jaga anak buah aku lah..seawal tujuh pagi umi dia hantar dia..dia dok tengah tidur sekarang..jadi, aku ambil kesempatan untuk tulis blog..aku sengaja korek-korek hidung dia supaya dia terjaga sebab aku nak main denga dia..tapi tak terjaga-jaga jugak..

semalam aku pergi kenduri..sedap jugak masakannya..tempat di sebuah restoran yang agak terkenal di PulauPinang PenMutiara..Batu Maung..wah...mewah gila restoran..cantik betui restoran..aku jumpa kawan aku yang merupakan jiran kepada kakak ipar kepada kakak aku..so, tak sangka jumpa dia..kami senyum-senyum ja...aku jumpa sorang budak perempuan yang aku rasa macam nak cubit-cubit je pipi dia..sebab segak sangat..dia suka pandang-pandang aku pastu senyum-senyum kat aku..aku tak tau apa masalah aku sehingga dia asyik tengok aku je..padahal aku syok dok tengok dia sebab segak sangat..putih..ya Allah tangan dia lembut gila tapi aku tak tahu umur dia berapa..habis la aku orang kat situ semua tahu yang aku akan SPM tahun nih..pastu ada sorang lagi lelaki nih..budak pandai tapi aku tak tahu sekarang dia belajar kat mana .... aku rasa dia perasan yang aku nih pakai baju yang sama buat kali ke berapa tah..mak aku beli kain banyak tapi tak buat-buat pun baju kurung....lebih baik aku jaga pandangan aku..so, aku selalu lupa muka lelaki yang aku terjumpa..macam si Arjuna tu lah..seres aku dah ingat-ingat lupa muka dia macam mana...

kan aku dah cakap aku bosan..dan tak tahu nak tulis apa..aku tulis apa yang dok ada dalam fikiran aku,,so sekarang aku nak bagitahu..aku nih tak pandai sangat blog-blog nih..aku juga tak pandai nak sediakan entry yang bermanfaat dan menarik..so, aku tak layak di follow..tapi aku suka lawat blog korang yang comel-comel tu..aku jugak suka komen blog korang..aku suka baca blog yang berunsurkan politik tapi serses aku tak berani komen. sebab aku takut aku tersilap cakap ..aku kan still muda tak layak campuri hal-hal orang tua.,.tapi aku still tak percaya yang blog aku nih masih ada sudi yang nak baca..tapi aku yakin yang seramai 50 follower yang aku ada tapi yang baca hanyalah dua orang dan yang pastinya adalah Apple dan Kuah Parpu..haha Parpu=Dalca..yang lain tuh aku paksa-paksa suruh baca..jahatkan aku..hehe..tapi aku percaya bukan semua entry aku diorang baca...tak apalah labu..

bloggiebiey.blogspot.com

aku rasa kini tiba saatnya aku nak bagi tahu yang aku akan berhenti sekejap dalam berblogging nih..sebab tahun nih aku nak SPM..SPM tuh penting untuk masa depan aku..ramai yang menaruh harapan kat aku..so, aku kena buat sehabis baik ..tak boleh main-main..aku sebenarnya rimas la bila orang jumpa aku cakap aku pandai..korang tengok result aku macam mana then nilai sendiri..boleh jugak aku cakap aku nih dikatakan "pandai" sebab tempias daripada nama sekolah aku yang agak popular di Pulau Pinang..ada orang cakap orang cina pon takut dengan performance sekolah nih..tapi still tak dapat tempat pertama..still ditakluki oleh orang Cina..so, tahun nih jom kawan-kawan kita buktikan yang kita ini boleh SPM tahun nih...bagi dapat first diPenang..kalahkan yang lain..
saya ingat kata-kata guru saya : kita kena cari peluang, jangan cari banyak alasan dan dalam dunia nih tak ada yang bodoh dan pandai yang ada hanyalah rajin dan malas..so, sapa rajin dia dapat..

thanx to Apple bagi tips and jawab persoalan saya~

Saturday 16 June 2012

Aceh#1

sangat seronok okey..tak boley digambarkan dengan kata2....
saya dan rakan saya Sabrina...menjadi Tourist Guide yang tidak bertauliah sebentar,...lawak bukan...
tak sangka kawan saya dari Aceh datang ke sekolah saya...namanya Wahyuni dan mesra dipanggil Yuni...dan seorang lagi rakan yang baru kenal , namanya Najmi Arjuna...dan dipanggil Najmi...sedap nama mereka kan...
arghhhhhhhhhhhhhhhhhhh....saya seronok...cerita mula begini..

*******************

kawan saya Sabrina sangat rapat dengan Yuni ..begitu jugak dengan saya....Kami jumpa Yuni semasa kami pergi ke Aceh untuk dalam satu program Lawatan Penanda Aras di sebuah sekolah yang bernama Madasah Aliah Negeri,Darussalam, Aceh..sangat best okey...kami bertukar-tukar email, facebook...

Sabrina<<rakan saya yang agak peramah dipanggil cikgu untuk sama ikut Yuni dan rombongan dari Aceh ke Pulau Pinang...saya disuruh untuk teman Sabrina..dan saya pon ikutlah dengan perasaan bercampur baur...rasa segan, seronok semua ada..bayangkanlah hanya kami dua orang rakyat Malaysia yang duduk satu bas dengan warga Aceh termasuk pak cik bas....takut pon ada..takut-takut tersesat pergi Aceh...jangan sampai tersangkut dengan cowok dari Aceh sudah....

cikgu diminta untuk membawa pulanag Yuni dan juga Najmi ke sekolah...mereka akan tinggal di sekolah selama dua minggu..dan cikgu serta rakan-rakan mereka yang lain akan pulang pada hari Rabu...

dan harini paling best sekali saya jugak akan teman mereka berdua pusing-pusing Penang....seronoknya.....saya tak sangka dapat pengalaman macam nih.....speechless seronok sangat dapat kawan macam Sabrina sanggup mak dia hantar dan jemput saya di rumah....

to be continued................................

Friday 8 June 2012

Don't give up

Terima kasih sudi datang...
jangan putus asa....

damngoodquotes.com

 "don't give up, it'll all be worth it in the end"
itu ja pon nak pesan..
kalau tulis panjang-panjang mesti orang malas nak baca..so, mari kita tengok video ini..WAJIB TONTON...



OLIMPIK 1992
OKEY DAH TONTON SEMUA...





*******************************





wah korang kenal tak Derek tu sapa?aku baru kenal..bagi sapa yang kenal tu, aku ucapkan Tahniah... kerana mungkin korang tua dari aku..
waaaaaaaaaaaaaaa (! _ !) ...aku nagis tau bila tengok video nih...aku cari video ini setelah diberitahu oleh kawan aku..hayati semangat Derek nih...aplikasikan dalam kehidupan yerr...
bagi sapa nak baca langsung mengenai Derek nih <klik sini> ..sorry, ini dalam bahasa Indonesia...

tekkwie.com
ini bukan Usain Bolt tapi inilah Derek Redmond



p/s:jangan cepat putus asa..kalau kita gagal sekali bukan bermakna kita gagal selama-lamanya okey...


Friday 1 June 2012

Hujan #1




Hujan?? kuang kuang...
nak tahu apa itu maksud Hujan ..bagi sesapa yang tak tau mai sini nak bagi tau maksud hujan sebenarnya..
Maksud Hujan ialah air yang turun (menitik dengan banyaknya) yang terpeluwap daripada wap di atmosfera.
Contoh ayat:pagi ini hujan turun dengan lebatnya..
wah siap bagi ayat lagi...faham tak maksud Hujan??
okey sekarang ini apa yang kena mengena Hujan dengan hidupku..
tak dak kena mengena pon..
sebenarnya nak bagitahu bahawa kawasan aku tidak hujan malam tadi cuma pagi kelmarin hujan sat..
dan semalam sapa tengok berita..sure semuanya malas nak tengokkan..acik pesbuk je..<<ayat anak sedare saya..
eh korang tak tahu yang Penang Hujan dan mengakibatkan banjir..dan tanah runtuh..nak baca artikel tentang tuh ~sila klik sini~berita kosmo
tapi tempat saya tak kena..saya sebelah Seberang Perai ..yang banjir sebelah pulau..teruk jugak lah..
sekarang apa lagi nak tahu tentang Hujan?
sapa yang dah rasa menyampah baca ..tolong jangan baca..harap maklum..saya tak penah paksa orang baca blog saya..blog ini tentang hidup gua..sapa tak suka sila main jauh-jauh..
arr...stop sekejap..saya pon tak taulah apa saya tulis nih..merapu meraban soqang-soqang..ehehek..







*****************************************









Hezry Hafidz anda sangat comel malam tadi!!Ag saya punya!!


Semalam sapa tahu yang Hujan dapat RM200 000..mungkin RM 200 000 itu ingin dibedak-bedak kepada raingers..ehehek..Hujan memang terbaik lah semalam..

apa yang sedang kuceritakan ini ialah tentang Versus..iaitu rancangan realiti TV yang yang menampilkan band-band tempatan seperti Hujan, Sofazr, Go Gerila, Black & Parallax, Sixth Sense berentap bagi merebut wang tunai RM200 000..

dan RM 200 000 itu dimenangi oleh Hujan..memang semalam Judges berdiri 2 kali ..2 kali beb semasa memberi komen kepada band ini..dan saya pon tak sangka Hujan buat yang gila terbaik lah..dan seyakin-yakinnya aku tahu bahawa pemenang malam tuh adalah Hujan..

Tidak kusangka jugak Hujan mendapat undian tertinggi sebab sebelum biasa-biasa saja..tapi malam semalam kebangkitan Raingers membuatkan Hujan menang..Tahniah Hujan..Saya salah seorang Raingers..

Ditambah pulak dengan kehadiran Penyanyi no 1 kita iatu Dato Siti Nurhaliza..lagi la membuatkan makcik-makcik , dan pakcik, pakcik tak melepaskan peluang untuk menonton..memang terbaik habis lah malam tadi..Penampilan DJ Fuzz dan Ultimate juga membuatkan pentas bergegarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr...

bayangkan beb Jennifer Thomson, Amy, dan Louqe berdiri..memang umphh lah..

Pusingan battle terakhir jugak menampilkan Go Gerila berentap dengan Hujan..Go Gerila jugak terbaik..sebab semua lagu Go Gerila memang sedap didengar..



***********



Huhh..habis baku lah bahasa aku kan??
sebenarnya aku minat gila Hujan sebab tuh aku turut seqonok dengan kemenangan depa..kata Noh "duit ini akan diguna untuk majlis perkahwinan AG" ??
hua..hua..Ag nak kahwin lah..moga-moga AG dapat isteri yang solehah.. : (  hehe

~BTW..Tahniah semua~


~aku suka depa rosakkan lagu nih~

p/s: malam tadi lagi best..nanti aku update~







Thursday 31 May 2012

Terima kasih

Assalamualaikum semua..
entry kali ini ditujukan khas buat sahabat-sahabat saya...
saya merasakan saya ada ramai kawan tapi kawan tak sama dengan sahabat-sahabat saya...
kalau saya ada banyak duit dah lama saya belanja depa makan, bagi hadiah..
tapi hadiah yang bagi saya istimewa buat sahabat saya adalah DOA..

ingin saya perkenalkan beberapa orang sahabat saya yang selalu disamping saya dikala diri ini dirundum sepi..
siapa mereka..?mereka istimewa bagi saya...siapa mereka? saya sendiri pon tak pernah melihat mereka tapi mereka sering menhulurkan bantuan untuk saya...siapa mereka?? mereka jugak ada yang saya kenal dari kecil...

Yang Pertama

guppy dalam longkang


Ingin sahaja menyenaraikan kesalahan saya yang telah seya lakukan kepadanya namun tidak terdaya kerana terlalu banyak tidak terkira..maafkan saya kerana saya manusia biasa..namanya ialah Nurul Hidayah binti Jaapah..rumahnya tidak sampai 10 kangkang kera..ehehek..jiran sebelah saya.. selalu jugak nolong saya..apapun tenkiu kawan...saya tak kisah dia anggap diri saya siapa..tapi saya anggap dia sebagai sahabat istimewa..jangan cepat salah faham..saya mengenalinya ketika usia saya 7 tahun..jiran sebelah..main sama-sama.. pergi saut ikan sama-sama..mengail sama... pergi tangkap ikan guppy masa time raya haji.. tak pernah ku lupakan saat itu..lawak bila teringat balik..orang pergi raya, kami tangkap ikan guppy dalam longkang..ehehek..pergi raya naik basikal sama-sama.. orang lain dah Pederas kita masih Berkayuh..pergi rumah Bibi(rakan saya) naik basikal jauh bukan sekangkang kera..tapi 500 tapak gajah..ehehek..tengok ketam batu sama-sama..Hoi aku menjerit kat rumah pon dia dengaq..ehehek..

Yang Kedua

minat mygirl baq ang


Bibi kupanggil dia..dulu rumah dekat..dah pindah ke kampung sebelah dah jarang-jarang pergi rumah dia..nama dia..amboi bukan main sedap Farwiza Iwani..namun panggilan Bibi itu dimulakan oleh mamanya yang mesra dipanggil Mak Su..mamanya panggil Baby..tapi entah siapa yang menukar kepada Bibi..dan sekarang tinggal huruf B..ehehek..aku kenai dia masa darjah 2..tapi aku tak berapa rapat..sebab aku di sekolah aku lebah rapat dengan geng EHEHEk...geng lain lah...tapi dirumah aku lebih rapat dengan mereka..pergi mana-mana sama-sama..pergi kawad sama-sama...best gila lah time tu..tapi sekarang semuanya manjang sibok..tapi saya juga anggap dia sebagai sahabat istimewa..

Yang Ketiga

Nama diberi Nur Salmi..wah lama gila tak jumpa dia..dia lagilah lama tak jumpa..dia sekolah MRSM..tapi kami tiga orang(salmi, dayah, bibi) memang rapat..kami pegi sekolah arab sama-sama..time nak pegi kawad ustazah selalu berletiaq..tapi Alhamdulillah ..kami belajaq okey ja...rindu time pegi sekolah arab..salmi juga sahabat istimewa..

Yang Keempat

Sepupu aku sendiri lah..aku suka kawan ngan depa..sebab depa suka mai menyembang umah aku..ehehe..kadang dok mai melawak..aku pon gelak...kahkahkah..aku panggil Syipak and Syoqin..apa-apa pun best dapat sepupu macam depa walaupun kekadang anoyyiong :P..

Yang Kelima
Syazwana..boleh tak saya senaraikan anda sebegai sahabat istimewa saya~kami tak rapat tapi ehehek..tak rapat san tak dak cerita tentang syazwana..yang saya tau Popcorn bapaknya sedap...ehehek

Yang Keenam
Kak Zura bolah tak saya senaraikan anda sebagai sahabat istimewa saya..??Kak Zura anda bagaikan mutiara yang hadir dalam hidup saya..walaupun tak tahu bagaimana rupamu tapi kadang-kadang nasihatmu bermanfaat untuk saya..terima kasih akak..aku kenal kak zura dalam fb jerr..

Yang Kelima

ketahuilah anda,,saya buat printscreen dan simpan soalan2 yang saya minx tolong tanyakan...


Mat Muhd...ehh anda tersenarai,,..boleh tak saya anggap anda sebagai sahabat saya walaupun anda tua dari saya...nama sebenar pon aku tak tau...tapikan mat nih banyak membantu aku.. tanyakan soalah kepada UAI...wah jasanya mu dikenang sampai bila-bila..sampai mati InsyAllah...mat aku tak taulah rupa hang macam mana...kita sama berjuang..bejuang la konon..sependapat...berpolitik..ehehek..tapi tak tau aku nak cakap apa..terima kasih banyak-banyak...banyak 1000000x atas nasihat dan pertolongan..kalau umah dekat boleh saya belanja makan budu...<<(umah dia pon banyak budu)..saya nak mintak maaf kalau selalu menyusahkan ..selalu suruh tanya dekat page UAI.. terima kasih...tak dak hadiah nak berikan ...hanya doa termampu kuberikan....

Yang Keenam
Sabrina n Athirah...tak mau story banyak tentang mereka...sorry kerana kewujudan blog ini langsung tidak diketahui mereka...kerana anda terlalu istimewa buat saya...terlalu dan paling istimewa..

Yang Ketujuh.

.anda semua istimewa buat saya...terima kasih banyak-banyak...tidak ada terkurang pon istimewanya anda semua buat saya...saya hanya mampu mendoakan anda..terima kasih okey...moga-moga Allah mempermudahkan jalan mereka amin...



TERIMA KASIH KERNA SUDI MEMBACA..
UKHUWAH FILLAH

TIPS Awal Sebelum Bertudung Labuh...

JOM TRY..




1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.

3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.

4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring).

5) Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib. :)

6) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.

7) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.

8) Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^

9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.

10) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata. :) .


COPIED:FB 



Monday 28 May 2012

bwerk #1

hey kamu semua..kenapa kamu semua suka letak gambar manja-manja di fesbukk..
kamu ingat budak lelaki suka kamu letak gambar manja-manja kamu di fesbuk...
kawan,,, kamu kena hati-hati jangan sampai laki-laki di luar sana suka dan tekan like...di gambar kamu yang manja-manja....
kamu tak malu ke...
kamu tak kesian ke kat your future husband...>>bini dia ada orang suka tengok gambar manja-manja...tak kesian...poor you :P
hey kamu...sedar lah sikit....laki-laki yang like tuh..dia tak ikhlas pon like gambar kamu..kamu ingat yerr...
tak kira lah kamu bertudung litupp...bertudung labuh..kalau kamu buat muka manja-manja bikin orang lain meluat sama lu..sedarlah sikit....

nak letak gambar biar gini beb


ramai-ramai...shomel-shomel gini beb





kamu rasa kamu ada maruah tak bila lelaki like gambar kamu...sedar beb....
gua mau bikin panas harini...kerana gua sangat panas sekarang....

hey lu...gua kesian kat bakal laki lu....bini dia penah kapel...
sudah-sudah lah berkapel yer...lu tau tak kapel tu haram...lu tak faham ke...kenapa lu nak jugak...
gua rasa mau unfriend lu je tengok lu upload gambar lu...pipi kembung2....lu ingat syantek...sebelum nak upload pegi cermin diri dulu...tapi gua tahu sebelum lu nak upload mesti lu nak cerminkan diri dulu kan..ehehe....gua tak tahan tengok gamba lu cam gitu...gua mahu gigit-gitgit je...

tolong lah..tolonglah wahai rakan-rakanku...gua pesan kat diri gua jugak...please lah beb...
lu ingat semua orang suka lu wat cam gitu///
gua nak termuntah tengok lu....

stoppppppp~

PENGAKUAN KAUM ADAM~




PESANAN IKHLAS DARI PENAJA: nak dedah urat silakan....tapi lu tau akibatnya....PESANAN INI UNTUK DIRI SAYA TERLEBIH DAHULU DAN BUAT KAUM HAWA DILUAR SANA...MAAF KERAN KETERLANJURAN BCICARA~

Friday 18 May 2012

Kerana dirimu begitu berharga..

ASSALAMUALAIKUM..
kepada semua pembaca blog..

apa yang ada di fikiran anda tentang statement ini??

" KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA"


Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.  (SURAH AN-NUR :31)


DO WATCH THIS VIDEO!!
TENGOK SAMPAI HABIS..TAK RUGI..JANGAN MALAS OKEY !!


 AWESOME!!

KHAS BUAT WANITA DI LUAR SANA
SEBAB??

" KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA " 

PESANAN INI KHAS BUAT DIRI SAYA DAN ANDA.VIDEO INI KHAS UNTUK WANITA TETAPI TAK SALAH LELAKI BACA.

JAGA AURAT MU.JAGA PERGAULAN MU.JAGA KEHORMATAN MU.JAGA AKHLAK MU. 

"WANITA IBARAT EMAS YANG TIDAK MUDAH DIBELI, MALAH DISENTUH KERANA NILAINYA YANG BEGITU BERHARGA"

SEKIAN.. ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH

 






Saturday 12 May 2012

SIAPA DIA?

ASSALAMUALAIKUM...
apa khabar semua...sibuk study??

semalam aku ada TERtengok Bintang RTM...ayah aku yang bukak okey..aku tak sengaja tengok..aku masa tuh dok tengok cerekarama Teratak Shamsiah..<<nih pun sebab nak tengok Asyraf Muslim...tapi aku tertidoq...tak dan tengok habis..
aku sempat tengok beberapa orang peserta dan peserta last sekali aku tengok jugak...nama dia aku tak ingat tapi aku sempat google tadi...


kalau korang nak tahu sapa dia...korang tengok yang paling korang rasa dia comel..muka pon dah nak macam HZ.. dia laki tau bukan perempuan..umur 19 tahun...

sebenaqnya bukan nak cerita pasai dia...tapi nak cerita pasai lagu yang dinyanyikan dia...lagu apa..?
dia kata lagu tu tak ramai orang tahu...
bila dia start nyanyi baru aku perasan yang lagu nih best gila kot...aku penah dengaq lagu nih...syahdu ja dengaq...
bila demgaq dia naynyi aku jerit-jerit dan cakap "adik suka lagu nih, lagu lama nih" aku memang layan lagu lama-lama...
pastu ayah aku cakap...eh lagu nih bukan lagu Vietnam ka??
eh tau pulak ayah aku..
pastu pagi ini aku cuba untuk cari lagu nih..nak dengaq puas-puas ditambah dengan aku tertanya-tanya siapa penyanyi asal lagu nih...
bila aku cari dan aku jumpa just nama penyanyi tuh...tapi muka dia aku tak tau...nama dia Farish...
suara dia sedap sungguh..macam nak gigit-gigit nak makan-makan ja...

dan aku try la cari yang versi vietnam pulak....tapi terjumpa versi cina...aku baca komen-komen yang kat bawah...aku terjumpa seorang manusia nih dia senarai semua link termasuk malay version...

tapi bukan disitu saja..aku jugak terjumpa lagu lain...lagu yang jugak dinyanyikan Farish iaitu Mahligai Cinta yang ada Korean Version....aku tertanya sapa lah si Farish nih...so, bagi sapa yang tahu tolong bagitahu aku ek..aku nak tahu SANGAT-SANGAT okey..sangat-sangat...aku jatuh hati dengan suara dia...

sebelum tuh jom layan lagu nih:

HARUSKAH DI UJI

ini lagu yang dinyanyikan oleh Farish Versi Melayu


ini versi Hokieen yang dinyanyikan oleh Yogi 

okey ini pulak Versi Vietnam yang dinyanyikan oleh Minh Tuyet..serius aku tak tahu nak sebut nama dia...

tudiaqq dia keluaq versi Mandarin pulak...okey yang nih dinyanyikan oleh Nicholas Teo..

ada satu lagi tapi tak jumpa iaitu Versi Thailand....

*UPDATE haruskah diuji versi english


MAHLIGAI CINTA-FARISH

yang nih lagu yang jugak dinyanyikan oleh Farish 

ini lagu Mahligai Cinta versi korea yang dinyanyikan Kim Bum Soo

best tak dengaq lagu tuh..best kan? 
aku cam nak nangis setiap kali aku dengaq lagu tuh...
aku nak tahu sangat-sangat siapa Farish..bagi sapa yang tahu ..tolong bagi tahu aku okey....

SIAPA FARISH???????????

Assalamualaikum....

Monday 30 April 2012

MEI

Assalamualaikumwarahmatullah hiwabarakatuh..
memandangkan esok dah 1 Mei...

bila hari lahir anda dah dekat..
apa yang anda rasa??
seronok??
sebab dapat hadiah banyak
sebab ada orang ucap HEPY BUFDAY kepada anda
sebab ada orang post kat wall anda HEPY BUFDAY

tahukah anda..
bila tiba hari lahir anda..itu bermakna..
anda dah tua..
anda dah kerepot..haha << faham ka..
anda dah besar tapi perangai macam budak-budak yang tak pi sekolah agi...

seronok tak bila tiba lahir anda??
anda tak takut ke??
anda dah tua ...dah nak dekat dengan mati
takut mati?? tak takut??



sesungguhnya, ada tiga golongan dalam hidup ini.. 
  • orang yang ingat mati
  • orang yang lupa mati
  • orang yang takut mati

orang yang ingat mati sentiasa berusaha menambah amalnnya di muka bumi dan menjauhi maksiat.Ini kerana dia tahu bahawa maut itu sentiasa dekat dengannya dan dia sedar bahawa perjalanan hidup ini singkat semata.

Golongan yang kedua yakni golongan yang lupa mati.Golongan ini menganggap dosa dan pahala hanya perkara remeh dan tidak perlu diambil berat.Mereka menganggap bahawa mati itu lambat lagi masanya dan masa hidup adalah masa untuk melakukan apa sahaja yang diingini .

Golongan yang terakhir pula ialah golongan yang takut mati.golongan ini sentiasa takut dan memikirkan pasal kematian tetapi mereka sangat takut sehinggakan tidak mampu berfikir dengan waras.Ini adalah satu perkara yang boleh membawa mudarat dalam kehidupan manusia.Dan ada pula yang mereka takut mati kerana mereka takut harta mereka akan diambil oleh orang lain, anak2 mereka dan keluarga mereka ditinggalkan tanpa penjagaan dan sebagainya.Mereka lebih risaukan nasib saudara mara mereka sedangkan mereka sepatutnya merisaukan nasib mereka yang bakal ditanya dan disoal serta diseksa oleh malaikat maut di dalam kubur.Dan apabila tiba hari pembangkitan, tiada siapa pun yang akan peduli akan nasib kita melainkan diri kita sendiri.

dimana anda??
MUHASABAH DIRI

okey sebenarnya bukan saja syok-syok nak umumkan bila hari lahir saya..cuma saja nak kongsi orang yang hari lahirnya bulan Mei...

berikut adalah orang yang dekat dengan saya yang tarihk lahirnya jatuh pada bulan Mei.

MAK SAYA (MAK DIUTAMAKAN)
25 MEI 19**
kenapa saya bintangkan..haha..biarlah rahsia..
mak saya sangat comel..tengoklah sapa anak dia..tak nak ahh cerita pasai peribadi saya..

SYAZWANA
9 MEI 1995
dia kawan saya.kami tak rapat .tapi selalu buat-buat rapat.ukhuwah fillah

AMINUR AFIQ
22 MEI 2005
my anak menakan yang paling disayangi.saya selalu bergadoh ngan dia.ada ja tak puas hati.bergadoh bukan setakat dengan mulut tapi dengan tumbuk-tumbuk, tarik-tarik rambut sekali.tapi apapun kalau mood dia baguih kami selalu salaing mengajar.mengajar? ya dia sekolah Cina. dan saya memang suka sangat la nak belajar Mandarin.jadi, dia lah yang menjadi tenaga pengajar saya selain internet.

FAIRUZ
14 MEI 1995
saya tak rapat ngan dia.tapi dah dia jugak beranak bulan mei.so, tak salah kita kongsi.

USTAZ HAMIDI
13 MEI 19**
ustaz kesayangan saya.dia nih tegas. dalam tegas dia..dalam hati ada taman.haha..saya tak kan penah lupa jasa dia.dia rapat ngan saya sejak dia mula mengajar saya darjah empat.

TEACHER ZAITON
29 MEI 19**
teacher yang sangat sporting.

AIMI ZUHAILY
23 MEI 1995
budak nih..sekolah rendah sekali.tak ada apa yang istimewa.

AMINUL HADI
22 MEI 1995
juga kawan sekolah rendah.dia nih ketua mafia masa sekolah rendah dulu.jahat gila dulu masa sekolah..haha sorry..sekarang baik kot

SYAKIRIN
19 MEI 1995
kawan FB ...lama tak dengar cerita..dulu rajin bergadoh ngan dia..KIM HYUN JOONG celup..hehe..peace

CIKGU NORMEEZANA
18 MEI 19**
cikgu kelas ambe masa darjah enam..garang..hehe..tapi best dia ajaq math

AIN
 5 MEI 1995
sepupu hidayah yang comel..

POK WOR
2 MEI 19**
cikgu practical addmath ambe.cool

KAK AYU
2 MEI 19**
kak ipar saya yang disayangi.

ABDELFATAH SAFI
23 MEI 1981
pemain import Kedah..kagum sekali dengan dia.main bola tutup aurat.pemain Malaysia patut contohi dia.nama negara Islam tapi tak melambangkan Islam.

MAT
15 MEI 19**
haha...dia kok tiba-tiba tarihk lahir sama ngan aku...ek sama la plak..cam mana bley sama nih?..sape keluar dulu dia kalah?...sudah semestinya si MAT nih keluar dulu,..dia tua dari aku...hehe...dialah yang kalah

n akulah...pemenangnya..
15 MEI 19**
hari lahir aku...

ini bukan pertandingan apa-apa okey..just nak bagitahu  ramai gila kot yang tarihk lahir dia bulan mei...

SELAMAT HARI LAHIR.SEMOGA HIDUP ANDA DILIMPAH KEBERKATAN DARI ILAHI.SEMOGA PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI AMINN...

p/s : saya penah dengar yang sorang ustaz nih cakap.elakkan cakap SELAMAT HARI JADI..lebih baik SELAMAT HARI LAHIR..sebab kita tak tahu bila kita dijadikan..

ada lagi sambungannya...
nih pun sebab ada org sibok nak suruh cerita tentang dia :P
saya nak exam so saya percepatkan update blog ttg hari lahir nih 

WASSALAM...

SORRY TAK MENARIK~




Friday 27 April 2012

EE...GERAMNYA

ee...mungkin tak panjang kali ini..sebab...ini hanyalah sebagai luahan perasaan..
tiap-tiap p kali aku nak tengok versus...mesti terganggu...
arghh..aku nangis tadi sebab tak sempat tengok HUJAN perform....
sebab mak and ayah aku sebok nak tengok BUNGA-BUNGA SYURGA...

Sunday 22 April 2012

VERSUS

 heyppppp....semua sihat...saya bangga orang kunjungi blog saya....tapi saya sedih orang yang kunjungi blog saya tak baca apa yang saya tulis...buat apa saya nak lenguhkan jari saya buat blog nih...padahal haremm...sorang pun tak baca...tapi apapun bagi sapa  baca...sekalung penghargaan kepada anda  diatas budi baik anda...


VERSUS bukan karya Hlovate....
versus maksudnya apa??
eh ko nih mak ko tak hantau gi sekolah..haha..
tujuan kita bukan untuk mencari maksud versus tapi cuma nak bagitahu yang ada rancangan realiti terbaru di TV9 iaitu VERSUS....

Dalam rancangan realiti Versus ini telah di gandingkan sebanyak 5 buah kumpulan untuk merebut wang tunai sebanyak RM200,000 di mana mereka mesti membuat tugasan menggubah semula lagu-lagu yang telah sedia ada. 5 buah kumpulan yang telah di pilih dalam rancangan realiti Versus ini adalah kumpulan Hujan, Sofaz, Black & Parallax, Go Gerila dan 6ixth Sense..

semua kumpulan-kumpulan ini hebat-hebat belako....
saya tengok rancangan ni pun sebab HUJAN bertanding ...kalau tidak tak kelapaq nak tengok...
minggu first memang tak berapa best la tengok sebab tak dak guitarist kesayangan saya...haha...
tapi minggu kedua memang puas gila la tengok...
tapi memang tak dapat dinafikan yang semua kumpulan hebat-hebat belako....

dengan gubahan lagu dari Hujan memang mantapp...
suara lunak Black pulak memang memukau...
Go gerila plak memang kreatif..
yang lain pun best jugak...

and sudah semestinya hujan mendapat pujian yang melambung-lambung...ditambah pulak dengan undian yang paling tinggi setiap minggu wop...

HEYPP..ADA ORANG NAMPAK COMEL DISITU


 LAYAN

P/S: apapun berhibur berhibur jugak, tapi jangan sampai lupa diri sudah.....

Saturday 21 April 2012

“Kenapa blog saya jadi popular, berguna dan menjadi tumpuan”

Assalamualaikum pembuka bicara,
salam perkenalan buat semua...

CONTEST
nampak banner kat atas tuh...tak nampak alamatnya.........
R.A.B.U.N.
bagi sapa-sapa yang nak masuk contest tu...sila klik kat gambar...

kenapa blog saya jadi popular?

blog saya tidak sepopular blog orang lain...
sebab saya tidak pernah memaksa orang lain untuk mengunjungi blog saya....(haha)
cuma saya rajin mengunjungi blog orang lain...
blog saya juga tak secantik dan secomel blog orang lain..

kenapa blog saya berguna?

nak kata berguna ...tak dak lah berguna sangat ..
nak kata tak guna...tapi ada jugak gunanya...
saya suka berkongsi ..jadi apa yang saya kongsi hanyalah benda yang saya patut kongsi sahaja...
nak kata islamik sangat..tak delah islamik sangat...pelbagai entry saya post kat sini...
yang pasti boleh juga tambah pengetahuan bila anda mengunjungi blog saya...
TERIMA KASIH MENGUNJUNGI BLOG SAYA..

kenapa blog saya menjadi tumpuan?
blog saya tak daklah sangat menjadi tumpuan...
tengoklah follower pun tak sempai 30...haha..ada hati nak masuk contest...
cuma saya pasti  blog ini ada readers nyerr...

okey setakat itu sahaja..kepada rakan-rakan yang lain kalau nak masuk contest nih sila klik kat banner tu yerr...

~saya hanya ingin mencuba...tidak mengharapkan kemenangan~
wassalam...


Aurat #1

Assalamualaikum...apa khabar kalian di sana?sihat?
hari ini saya nak sentuh sedikit tentang aurat....
jom tambah pengetahuan~



Apa itu maksud aurat:

AURAT dari segi bahasa ialah: kurang, jelek, buruk atau malu.Dari kata "aurat" terdapat pula kata "aura" iaitu maksudnya keji.

MENUTUP AURAT maksudnya menutupi dari pandangan manusia, jin dan malaikat.Kain atau pakaian dapat menutup pandangan jin dan malaikat terhadap aurat manusia.Hal ini terbukti seperti peristiwa yang dialami Ummul Mukminin Aisyah r.a.

Ikuti kisah ini:

Beliau pernah meminta Rasullah S.A.W supaya memberitahu kepadanya bila malaikat jibril datang kepada baginda.Maka setelah Jibril hadir, baginda memberitahukan kepada Aisyah, lalu Aisyah membuka tudungnya kerana ingin tahu malaikat Jibril itu. Maka kektika tudungnya terbuka Rasullah mengatakan : "Malaikat sudah pergi". Maka tahulah Aisyah bahawa yang datang itu betul malaikat kerana malaikat tidak mahu melihat wanita terbuka auratnya.

sehubungan dengan peristiwa tersebut, seorang penyair berkata dalam sajaknya secara bergurau:

"Dia membuka kerudung(tudung) ingin tahu,
apakah dia menerima wahyu atau pengsan.
Jibril pergi, ketika kerudung terbuka,
tidak kembali, bila dosa berulang pula".

Menutup aurat haruslah dengan kain atau pakaian yang dapat mengelak pandangan terhadap aurat terbuka. Kain nipis, tembus pandang, atau berlubang-lubang sudah tentu tidak dapat menutupi aurat. Begitu pula pakaian yang ketat sehinggakan memperlihatkan bentuk badan juga tidak dibenarkan.

sumber:buku fiqih wanita
~to be continued~

Friday 20 April 2012

SAPA NI??


~ ASSALAMUALAIKUM~


hey..hey...sudah manis di tambah gula....aku jeles gila..."AKU ADMIRE DIA DULU"....
aku hari-hari stalk blog dan facebook dia...KAU ada??
aku dari bulan tiga haritu lagi start admire dia...hahaha

sorry kepada akak....

 HAHAHA...
tapi apapun saya tidak kisah siapa yang admire  dia dulu...
okey entry saya kali ini bukannya nak menunjukkan rasa jeles saya kepada tuan punya blog yang comel tetapi hanya nak bagitahu sikit kepada readers blog saya...SIAPA ITU HAFIZ ZAINAL??
penyanyikah?
artiskah?
pelakonkah?
artis koreakah?
artis korea memang sekali tidak mungkin kerana namanya pun sudah membuktikan bahawa veliau adalah orang melayu...
orang melayu yang tiada darah campuran..
okey meh sini nak bagitahu siapa sebenar empunya nama HAFIZ ZAINAL..

nama beliau ialah HAFIZ ZAINAL..
beliau ialah pelajar UNIVERSITI ISKANDARIAH atau dalam bahasa inggerisnya ALEXANDRIA UNIVERSITY, EGYPT....
wah... belajar oversea rupanya....
beliau mengambil jurusan PERGIGIAN....wah nak jadi doktor gigi rupanya...

sebenarnya..saya start tahu tentang si hafiz zainal ketika saya stalk fb ex-student sekolah saya yang belajar di university dan kos yang sama dengan HZ ...
bila saya skodeng-skodeng gambar kakak tuh..dan saya ternampak seorang mamat yang nampak  comiauww gila...
so, saya pun klik lah dekat gambar tuh..dan jumpa fb yang diberi nama HAFIZ ZAINAL...kemudian saya pun add dia...bila saya baca profile dia...baru saya tahu yang dia nih pandai menyanyi rupanya...then, saya bukak lah link youtube dia...dan
dan automatik....
wah..wah..wah..sedapnya suara dia......
saya follow segala BLOG, FACEBOOK MAHUPUN mengelike FANPAGE dia....


 
 layan~

 suka : D
wah.. biarlah saya hanya jadi secret admire...kalau sakit gigi memang nak kena pi cari dia ahh (bak kata kakak yang "admire dia dulu")

p/s : saya hanya meminati suara dia~
saya ada banyak cita-cita dan salah satu cita-cita saya ialah ingin menjadi DOKTOR GIGI...
jujur saya cakap yang dia nih sangat TIDAK sombong
sorry yerr "akak" saya tak marah mahupun jeles...cuma saya nak bagitahu yang saya juga minat dia~hehe
melawak je kak~

Saturday 14 April 2012

Tanya Sama Itu Hud-hud

Assalamualaikum semua...
penah dengar lagu Tanya Sama Itu Hud-hud ...ala yang M.Nasir nyayi tuh...
saya suka dengar lagu tuh.. saya memang suka layan lagu lama-lama..lagu P.Ramlee...lagu jiwang-jiwang semua lagu saya layan...tapi kenapa saya nak cerita tentang lagu Tanya Sama Itu Hud-hud....
sebenarnya ada maksud yang tersirat dalam lagu tuh..kita tahu menyanyi ja...tapi tak tau maksud dia...
pada mulanya bila saya nyanyi lagu tuh..saya terfikir juga..maksud lagu tuh..apa yang nak disampaikan sebenarnya?
apa maksud algojo?
apa maksud  ????
Lang mensilang
Kui mengsikui
so harini jom kita merungkai kisah sebenar di sebalik lagu Tanaya Sama Itu Hud-Hud...

 __________________________________________________________________________________





Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan
Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh
Ooh… Sang Algojo
Ooh… nanti dulu
Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini
Ooh… Sang Algojo
Ooh… nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai
“Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerna dia yang terbangkan ku ke mari”

__________________________________________________________________________________
okey ini berdasarkan apa yang saya baca dari blog - blog yang lain~


Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan

umat islam pada akhir zaman akan berpecah kepada 73 golongan dengan 73 mazhab. Tetapi hanya satu golongan sahaja yang akan masuk syurga. Sedangkan kesemua mereka mengakui diri mereka berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.

BERDASARKAN
HADIS:

Rasulullah (s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhkan di kemudian hari nanti akan berpecah-pecah umatku sebagaimana berpecahnya kaum Yahudi dan Nesrani dalam ugama mereka. Berpecah umatku menjadi 73 firqah (atau golongan atau mazhab), 72 golongan atau firqah atau mazhab masuk Neraka dan satu (sahaja) masuk Syurga.’
Maka bertanya para sahabat: ‘Siapa golongan yang satu itu, ya Rasulallah (s.a.w)?’
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Iaitu yang mengikut jalanku (yakni, sunnah beliau atau as-Sunnah) dan jalan sahabat-sahabatku yang benar lagipun diberi petunjuk oleh Allah (a.w).’
(Hadith sahih riwayat at-Termidzi dll)
Kisah Burung.

Mantiq Al-Tayr (Musyawarah Burung) merupakan karya yang paling fenomenal dari Fariduddin Attar. Kitab itu berisi pengalaman spiritual yang pernah dilaluinya untuk mencari makna dan hakikat hidup. Attar menuangkan pengalamannya itu melalui sebuah cerita perjalanan sekawanan burung agar lebih mudah dimengerti.
Dengan gaya bertutur, kitab itu mengisahkan perjalanan sekawanan burung untuk mencari raja burung yang disebut sebagai Simurgh (Muraq) di puncak Gunung Kaf yang agung. Sebelum menempuh perjalanan berkumpulah segala burung di dunia untuk bermusyawarah. Tujuan mereka hanya satu yakni mencari raja. Dalam perjalanan itu, para burung yang dipimpin oleh Hud-hud.
Untuk sampai ke hadrat Si Muraq, mereka harus tempuhi tujuh lembah yang penuh halangan.
Lembah pertama adalah lembah keinginan. Di sini semua burung diminta bertaubat dan meninggalkan kehendak duniawi.
Lembah kedua adalah lembah kerinduan di mana semua burung perlu menyelami lautan api agar tubuh mereka terbakar.
Lembah seterusnya adalah lembah makrifat, di sini semua burung harus memilih jalan sendiri lantaran “terlalu banyak jalan menuju yang satu, dan setiap satu disediakan bagi jiwa yang sesuai dengannya.”
Di lembah kepuasan, semua tuntutan, semua nafsu duniawi harus ditanggalkan dari hati.
Di lembah kesatuan, yang banyak menjadi satu.
Sebaik saja sampai ke lembah yang keenam, lembah kekaguman, burung-burung itu, yang sangat keletihan dan kebingungan, menembusi hijab berpasang-pasangan, dan mendapati jiwa mereka kosong. Hinggakan mereka menangisi, “aku tidak mampu berfikir lagi lantaran ghaibnya segala ilmu dari diriku.” “Aku curiga atas curiga ku ini, namun rasa curiga itu sendiri pun aku tak pasti, aku mendambakan, tapi siapakah yang sebenarnya aku dambakan?
Akhirnya di hujung perjalanan, di lembah kefakiran dan fana, di mana segala sifat keakuan ditanggalkan dari diri mereka, mereka dipakaikan dengan jubah ketidaksedaran, menyebabkan mereka hanya meneguk ruh kewujudan.
Bila mereka berjaya mengharungi kesemua tujuh lembah, bila mereka berjaya meruntuhkan gunung keakuan, dan menanggalkan kecintaan terhadap segala ilmu, barulah mereka dibenarkan meneruskan perjalanan bertemu raja Si Muraq.
Dari beribu-ribu ekor burung yang memulakan perjalanan, hanya tiga puluh saja yang berjaya mengharungi segala payah jerih. Dengan kepenatan yang tak terhingga, dengan perasaan kehinaan yang tak terkata, mereka dibawa berjumpa dengan raja segala burung. tapi apa yang mereka dapati bukan raja segala burung, tapi bahkan refleksi diri mereka sendiri dalam cermin diri.
Si Muraq, ataupun sirmurgh, adalah perkataan parsi yang bermaksud tiga puluh ekor burung. Maka di sini, di penghujung jalan, burung-burung itu berhadapan dengan realiti, berhadapan dengan refleksi diri, walaupun mereka telah mengharungi perjalanan yang panjang dan segala payah jerih, yakni, yang sebenarnya mereka cari adalah ‘diri mereka sendiri‘ dan ‘diri sebenar diri‘.
Wahai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! “Kembalilah kepada Tuhanmu dengankeadaan engkau redha dan diredhai (di sisi Tuhanmu)!
(Surah Al-Fajr ayat 27-28)
 Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh
repeat~
Mantiq Al-Tayr (Musyawarah Burung) merupakan karya yang paling fenomenal dari Fariduddin Attar. Kitab itu berisi pengalaman spiritual yang pernah dilaluinya untuk mencari makna dan hakikat hidup. Attar menuangkan pengalamannya itu melalui sebuah cerita perjalanan sekawanan burung agar lebih mudah dimengerti.
Dengan gaya bertutur, kitab itu mengisahkan perjalanan sekawanan burung untuk mencari raja burung yang disebut sebagai Simurgh (Muraq) di puncak Gunung Kaf yang agung. Sebelum menempuh perjalanan berkumpulah segala burung di dunia untuk bermusyawarah. Tujuan mereka hanya satu yakni mencari raja. Dalam perjalanan itu, para burung yang dipimpin oleh Hud-hud harus melalui tujuh lembah.
Ribuan burung sedunia pun berangkat. Namun yang berhasil bertemu dengan sang raja hanyalah 30 ekor saja. Tujuh lembah yang dikisahkan dalam cerita itu melambangkan tingkatan-tingkatan keruhanian yang telah dilalui Attar selama berkelana mencari hakikat hidup.
Ketujuh lembah yang harus ditempuh untuk dapat bertemu dengan Sang Khalik (Pencipta atau Tuhan) itu adalah lembah pencarian, lembah cinta, lembah keinsyafan, lembah kebebasan dan kelepasan, lembah keesaan murni, lembah keheranan, lembah ketiadaan

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini

Algojo ni maksudnya tukang pancung kepala.

Fariduddin Attar dipenjara oleh tentara Mongol. Lalu seseorang datang dan mencoba menebusnya dengan ribuan batang perak. Namun, Fariduddin Attar menyarankan agar tentera Mongol tak melepaskannya. Tentara Mongol mengira penolakan itu dilakukan agar tebusan yang diberikan lebih besar. Setelah itu datang lagi orang lain yang membawa sekarung jerami untuk menebus Fariduddin Attar. Kali ini Fariduddin Attar meminta agar tentera Mongol melepaskannya. Tentara Mongol pun marah besar dan lalu memotong kepala Fariduddin Attar.
Ini la dimaksudkan dalam kalut ada peraturan,peraturan mencipta kekalutan..Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai

"Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerna dia yang terbangkan ku ke mari"

"Lang mensilang, Kui mengsikui" bermaksud Orang tak macam orang, hantu tak macam hantu

gila puitis dia punya komposer...sangat mendalam dia punya maksud kan...
wah jenuh pening kepala aku baca..
aku rujuk banyak blog....dan banyak pendapatnya...jadi kalau nak buat kajian lebih lanjut sila ke blog ini:

 mindaahad
dkama
sufiroad
kimyowhmanchit
warisantamar
ku2blog


kalau pening jugak TANYA SAMA ITU HUD-HUD LA~


Kagum #1

Assalamualaikum semua...terima kasih kerana sudi menjengah blog saya....
dah lama tak update blog..tapi hari ni tiba-tiba tergerak hati nak update blog..
saya bukan blogger setia...saya menaip atas dasar nak berkongsi, nak releskan tension dan saja syok-syok...
hari ni saya nak cerita tentang SESEORANG....jeng..jeng...
siapakah gerangannya??
bukan pakwe kucing saya mahupun pakwe kucing jiran sebelah rumah saya...
tapi tentang seeorang yang saya agak kagum...tapi memang tak boleh kagum lebih-lebih...cukup sekadar  sikit-sikit...yang berhak dikagumi hanya Allah..Tuhan yang Maha Esa.
tapi yang saya nak cerita nih bukan seseorang tetapi banyak orang..apapun sekarang saya nak memeperkenalkan sorang-sorang orang yang saya kagum...
mereka ini bukanlah kerabat diraja mahupun orang yang berpangkat Datuk dan VVIP tapi hanya orang biasa-biasa...
terkenal??
boleh dikatakan terkenal la jugak...

YANG PERTAMA

okey dia nih adalah seorang blogger yang saya kagumi....saya start jumpa blog dia masa saya tengah skodeng-skodeng blog stoking putih iaitu blog milik IM Asyraff...
bila saya mula baca entry-entry yang dia tulis...saya mula jatuh hati segala bagai...
entry dalam blog dia boleh membuatkan orang ketawa, menangis, kemaruk, kadang-kadang terguling-guling secara automatik...dan juga boleh buat kita muhasabah diri....yang tu yang penting sebenarnya...blog dia memang cukup bermanfaat untuk semua orang...anda tidak akan rasa buang masa bila baca blog dia...bunga-bunga bahasa yang digunakan cukup mengagumkan saya...satu lagi, dia nih suka cipta quote tau...dan quote dia sangat best....
okey sekarang saya nak bagi tahulah siapa tuan empunya diri...
nama diberi Hami Asyraff...semua adik-beradik dia nama hami...saya follow habis dia punya twitter, facebook, blog, mahupun mengelike dia punya fanpage...dia nih orang Kedah...nampak gaya macam tenang orangnya..raut wajahnya ada dikit macam IM Asyaraf...kebetulan nama pun nak seakan...dia kerja sebagai seorang sales engineer ...dan penah melanjutkan pelajaran di UiTM dalam bidang engineering ...
nak tengok gambar dia?



okey gambar nih saya curi dari cik Google..


 okey camna?ada rupa tak...sesuai pi isi borang untuk masuk Imam Muda right?haha...
saya tak nak cerita lebih-lebih takut tersilap pulak...
jadi kalau nak kenal lebih dekat bukak la dia punya blog: bloghamiasyraff

YANG KEDUA

entah kenapa aku boleh pi minat dia...aku pun tak taulah..tang mana yang menariknya?? tang mana yang tertarikinya??tang mana tarikannya??
okey sekarang nih aku nak cerita tentang seseorang yang aku kagum bukan atas dasar apa-apa..cuma saja syok-syok..
rupa?boley lah tahan...
"eh tak sangaka eh orang macam hang ada jiwa rock parang"
yeah...
veliau adalah seorang guitarist...guitarist kepada kumpulan hujan(sekarang)
aku start minat veliau masa ada rancangan Hujan di pegi Paris tuh...sapa tengok?sapa tengok?
bagi aku dia punya aura yang tersendiri...dia cakap Kedah piauwwwwwwww baq ang...kadang-kadang rasa macam nak terguling-guling baca komen-komen kat fanpage dia...
Noh pernah berkata "manusia yang paling Kedah di dunia adalah dia(orang yang aku sedang bercerita)" ceh macam kata-kata pujangga la plak..
tengok!! saya dah menbahasakan diri saya aku.....adoi...tak pa-tak pa..kita tukaq balik kepada saya...hehe
tak mau cita panjang-panjang satgi hampa tak larat nak baca pulak(bajet blog femes).

memperkenalkan veliau ialah Ag CoCo...wah oriang putih mana pulak nih..rileks-rileks...veliau bukanlah oriang putih mahupun bangla tetapi veliau ialah orang melayu asli dalam erti kata lain oriang melayu tulen.. Orang Paling Kedah Di Dunia...pi mana pun cakap Kedah..noharam betui..hehe...kurangkan cakap cegini kalau dah balik umrah ye Ag...

sebenarnya dalam identity card dia bukan nama dia Ag CoCo okey...
nama ialah  Mohd Hezry Bin Haji Mohd Hafidz....wah sedap nama bapak kau berikan Jah...sedap baq ang nama dia...dia nih orang Aloq Setaq...dia suka sangat kucing...ada sekoq kucing dia yang aku kenai ..nama dia Sifoo...besaq gila baq ang....dalam rock-rock dia ..tapi dia nih penyayang orang nya...ohh...lupa nak gtau dia nih dulu kumpulan Coco...kalau tak tau pi search kat youtube..satu lagi tarikan dia adalah...dia nih adalah bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Maktab Mahmud...wah..wah..sekolah agama kau...tapi apapun...dia tetap cool dan tak lupa diri...orang cam gini la kita patut kagum...


sorry! gambar diambil dari FB veliau...veliau baru sahaja pulang dari mengejakan umrah..
dia nih peminat Avril Lavinge tau...
lupa lah nak gitau...dia nih sangat mesra peminat....jadi mpa antaq ja apa-apa kat wall dia pasti dia balas..


 saya dah banyak kali post kat wall...dan saya buat koleksi printscrint..hehe minat punya pasai..
dia nih kalu dah start main guitar ...mula lah naik sheh...haha...apa-apa pun hidup Kedah...
nak tau lebih lanjut cari fanpage dia okey...ROCK JUGAK AKU NIH

YANG KETIGA

dia juga seorang blogger ...dah dua orang jejaka saya cerita...sekarang saya nak cerita seorang gadis yang comel gila...try search Yasmin Redzuan...pasti keluaq gambar Hana Tajima...eh apasal pulak Hana Tajima...yang nak dicari Yasmin Redzuan..heyhey...inilah realitinya...muka dia nih sejibik Hana Tajima tau...tak kenal Hana Tajima? ahh aku pon tak kenal...ala orang yang pakai shawl berjuntai-juntai tuh tak kan tak kenal Hana Tajima(Sorry agak emo).
eh bukan Hana Tajima yang saya nak ceritakan tetapi Yasmin Redzuan...dia nih gila comel...
apa yang buat saya kagum sebenarnya?
okey sebelum-sebelum nih entry blog dia banyak kisah percintaan dia denga seorang jejaka yang diberi nama Bangla...haha...sorry,..sorry..bukan bangla nama dia..nama dia Areezal Kasmuri...saya tak kenal pon dia...dan saya agak tersentuh..wah ini bukan cerita sedih...bila ada satu entry nihkan telah menyedarkan saya...dan membuatkan saya nak jadi macam dia...dia berubah lah...dia dah pakai tudung yang agak labuh..dah mula tutup bahagian yang tak sepatutnya..dia pakai Tudung Labuh lah....saya teringin nak jadi macam dia...saya mula nampak orang yang pakai tudung labuh nih lebih manis dan sedap mata memandang..wah kak Yasmin saya nak jadi macam anda...tapi dia still dengan perangai dia yang agak gila-gila....
bila baca blog dia rasa macam nak terguling-guling jugak...
tapi sekarang dia dah privacykan blog dia ahh..sibok ngan bisnes kot
kiri:Yasmin kanan:Hana

gambar ini lebih ayu dan sopan kan..hehe...

okey itu dia Kak Meen comelkan...
eh lupa nak bagitau nama blog dia..blogbanglamerahjambu...unikkan nama...dia abadikan nama pakwe dia ahh...Bangla~

Sorry!!panjang gila...
wah penulisan saya nih perlu banyak dipebaiki....
saya hanya kagum dengan mereka...
sebelum mereka saya lebih kagum dengan mak, ayah mahupun ahli keluarga saya :D
dan sebaik-baik kekaguman itu hanya lah kepada Allah...manusia yang berhak disanjungi...Nabi Muhammad S.A.W.
sorry saya malas nak link kan blog mereka..jadi carilah sendiri yerr..cari je ...junpak punyerr..percayalah...
to be continued~