Friday 12 September 2014

Wednesday 5 February 2014

Cemburu ITU BUTA

aku bodoh la...kenapa perlu ada perasaan cemburu....
walhal dia bukan siapa-siapa pun dengan aku...
itulah penangan bila kita minat kat seseorang...sampai setiap hari...setiap detik teringat kan orang yang bukan siapa-siapa dalam hidup...
calon suami?
belum tentu...
perasaan ini perlu ditangkis....dikikis...dan dibuang jauh....agar ini benar-benar terjaga
ubatnya adalah iman...makananya adalah zikir...
SUBHANALLAH,......... ALHAMDULILLAH.........,ALLAHHUAKBAR.......

silap aku...silap aku...untuk meminati dia...yes minat atas kesolehan yang terserlah dalam dirinya....tapi aku tak sedar sesoleh mana pun dia....dia bukan siapa-siapa untuk diriku...dia pun entah-entah tidak mengenali diriku yang kerdil disitu....aku tidak alim..tidak warak dan tidak banyak ilmu...sebaliknya dia? mampu menyampaikan ilmu...malah dingkat dan menjadi ikon....siapalah aku yang hanya mampu bermimpi untuk mendapatkan dia....

dia bukan calang-calang...dia ikon...dia ikon...beb
apa yang ada pada aku?

pertama kali aku mengenali dia....apa yang aku tahu minat yang ada pada dia ada pada diriku...tapi bakat yang ada pada dia tiada pada diriku....dia diperkenalkan oleh sahabat baikku...cara sahabat aku ceritakn menampakkan bahawa aku yakin yang dia benar-benar orang yang soleh...tapi aku tidak pernah mengambil tahu tentang dia...malah hanya beberapa kali sahaja aku mengstalk fb dia....itupun belum ada apa-apa perasaan yang timbul...namun hanya ada sedikit kekaguman....

setelah beberapa tahun...aku hanya melupakan sahaja....melupakan tanpa ada sedikit sisa ingatan terhadapnya....

tapi bila di awal semester aku tidak menyangka yang dia sekolej dengan aku....aku benar -benar tidak menyangka...aku tidak menemui dia tapi kenapa perasaan aku benar-benar mengatakan bahawa dialah orang yang pernah diceritakan sahabatkku...yes ..untuk menambahkan kepastian memang dialah orangnya...

aku mula memberanikan diri untuk menambah dia sebagai rakan facebukkku...dan apabila dia menerima sebagai rakan...perasaan aku entah seperti berada diatas bulan....itu semua syaiton....

hari-hari aku mengikuti perkembangan dia...dan aku masih waras ...aku hanya mengintai-intai aktivitinya tetepi bukan gambar-gambarnya....

aku pernah berkongsi semua perwatakan kepada rakan-rakan sekelasku...tapi aku masih merahsiakan siapa empunya diri...

tetapi rahsia ini terbongkar....to be continued........selamat tinggal kenangan..AKU ADA WALI....membuatkan diri aku sedar yang hati aku sedang berada ditahap parah dan perlu diberi rawatan rapi....aku perlu tinggalkan segala perkara duniawi atau perlu firkir tentang priority......yes ...apabila diuji dengan cinta....hanya perlu bekalkan diri dengan 3P iaitu:

1.PAUSE
2.PRIORITY
3.PERGI

Tuesday 4 February 2014

Bila timbul rasa suka....

Bila timbul rasa suka...hati tak boleh nak kata apa...
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
dah lama tak menaip...pagi tadi sempat makan tomyam..sarapan pagi dengan tomyam beb..
tomyam adalah makanan feveret gua sejak turun temurun...tak kisah kat mana pon tomyam dijual...dimasak dirumah atau dimasak sendiri..semuanya sedap..tak pernah dalam dunia ni makanan yang diberi nama tomyam tak sedap...tengah malam pun gua sanggup buat tomyam...hehe..begitulah ceritanya..penangan tomyam..

dah masuk sem 2 dah pun..orang-orang di kolej masih sedikit yang aku kenal..just budak-budak kelas dengan budak-budak kuliah...tapikan..tapikan..dalam banyak-banyak orangkan..aku paling kenal dengan budak-budak kuliah satu nih...hehe..hampir semua aku ingat boleh detect yang depa kuliah apa...hebat tak...mengarut..mengarut..

bilala  aku nak berubah? berubah menjadi lebih baik...lebih solehah..kata nak kawin dengan ustaz tapi perangai tak macam ustajah oiii....yes aku ingin berubah...berubah sikit2 dulu...ingat senang nak berubah...gua dah menjinak-jinakkan diri gua dengan memakai stokin ...Alhamdulillah...dan gua cuba melatih diri gua baca al-quran setiap hari...walaupun satu ayat...sebizi mana pon kita please la quran jangan tinggai ...Al-Quran tu umpama GPS hidup kita...

apapun moga happy selalu sekian...As salam...

Barakallah Imam Muda Naufal....
cikgoogle



ermm..sedih lorh...haha...but........


KEEP 

CALM

WE STILL

HAVE 

IM NAJDI

IM AZHAR




HEHE....PEACE YOOO!!!

Friday 20 December 2013

Kenapa mereka takut?

"pelik..pelik..dunia dah pelik..dunia dah nak terbalik
hazirah yang selembut alam pun hampa nak takut" kata sahabat aku

actually aku nak menyataka kepelikan aku bahawa seleruh budak lelaki tak berani nak dekati aku..i mean mereka takut nak cakap dengan aku...mereka mengaku....dan ada yang mengaku depan-depan aku...

kawan aku respect kat aku sebab budak laki takut kat aku
bukan sebab garang
tapi sebab terlalu lembut.
aku bukan nak bangga tapi cuma ada kepelikan disitu...
aku tak kacau depa tapi apasal depa nak takut dengan aku dan nak respect-respect aku..
aku bukan vvip..aku manusia biasa...yang tak punya apa-apa...
ada yang cakap depan-depan aku yang mereka takutkan aku...
arghh pelik...pelik...

Saturday 16 November 2013

I'M SORRY, UNFRIEND YOU!!

assalamualaikum dan salam sejahtera..
sejak beberapa hari ni aku pelik lah....kenapa ramai friends facebook aku muncul...padahal aku tak kenai depa...bila aku add? masa bila aku teguq pon taktau....lupa ingatan kah aku...
berdasarkan tajuk kat atas...aku cuma nak cakap yang aku telah unfriend friends kat facebook aku....sebab aku rasa depa menyemak..
menyemak dengan status yang tah hapa..hapa..status yang tak matang....
menyemak dengan ..ermm bagiku perkongsian yang tak perlu dikongsi kot...

aku tak suka orang hegeh-hegeh ..poyo...gilabapak tangkap gambaq buat muka comel...macam tak comel jerrrrrr....aku meluat..
daripada aku dok mengata baik aku hapuskan mereka-mereka tersebut.....esspecially lelaki yang tidak diuntung....lelaki-lelaki yang tak pernah dikenal...memang lah atas dasar ukhuwah...tapiii......ermmm
daripada aku mengutuk mengata baik aku elakkkan dengan cara hawinnggggg depa daripada friendlist aku kan...
lagi satu aku tak suka pompuan yang pakai niqab atau tudung labuh than tangkap gambaq buat muka comel untuk tatapan hantu-hantu difacebook....bukan setakat mereka ini malah mereka-mereka yang biasa-biasa pun apa kurangnya,...apa dah sangap sangat kot...
lagi satu...aku tak suka jugak orang yang post..kongsi barang-barang mahal yang dibeli..aku tau aku tak mampu..tapi aku sikit tak jeles...aku cuna cakap..eii riaknya....

one more adalah ...aku tak suka orang dok berasmara...berjimba dengan pakwe..makwe..difacebook..bukan jeles tapi geli...dah sangap sangat kot...bodoh betuii...tak halal...semua tu haram..haram..haram...haram..bak kata bungmokhtar....hihi...

ini semua poyo...
aku sebenarnya sedang sedaqkan diriku...mungkin ada orang spesis aku yang tak suka benda yg aku cakap kat atas tu...so apa yang aku tak suka melatih diri aku supaya tak buat benda-benda yang aku sebut tu...sangat membantu...tq...maaf kepada yang telah diunfriend~~~~~~~~~~~

Wednesday 6 November 2013

Male


sampai bila aku nak takut dengan kaum adam...sampai bila...????????
aku bukan takut cuma aku malu..tak biasa..
dulu penah masa mula masuk matrik ada kawan aku cuba nak suruh aku biasakan dengan laki...sampai merah padam muka aku....depa pekena aku....aku tak boleh aku malu...aku resah gelisah bila cakap dengan depa...
tetapi yang peliknya aku gelisah berhadapan dengan lelaki melayu...aku tak rasa apa-apa la pulak bila berhadapan dengan non muslim...
pandangan lelaki melayu bagi aku menakutkan ..tak kiralah sealim mana dia...tak kirlah sejahat mana dia..
aku tak boleh..tak boleh.........................
sampai mak aku cakap belajaq la cakap dengan laki....tapi jaga lah batasann...
mak hampa ada ka pesan macam tu.
macam pelik ja...
aku nak buat macam mana pon aku tak tau...aku tak confiden bila ada lelaki...
kadang-kadang aku mengeluh jugak...kenapalah kat dunia ada lelaki...Astaghfirullah...
aku nih bagai katak di bawah tempurung...
aku tak suka keluaq dengan kawan-kawan...aku tak suka berada di tempat awam...
aku malu...aku banyak kali kot kalau kawan-kawan ajak pi mana-mana....
kalau boleh aku teringin nak pi program motivasi yang boleh tingkatkan keyakinan aku...
yang penting macam mana aku nak kahwin kalau sikap aku macam nih......
malu perlu bertempat~

Friday 2 August 2013

Kehidupan di Matrikulasi

Assalamualaikum...
harini secara tidak sengaja aku nak rasa macam nak siapkan satu entry setelah berbulan-bulan aku tak aktif...
aku just nak share kehidupan aku di matrikulasi yang penuh dengan riang ria..hari pertama aku mendaftar di matrikulasi Perak...tiga hari kemudian aku mendapat panggilan daripada ayahku mengatakan aku dapat tukar ke matrikulasi Penang...aku berbelah bahagi sebenarnya...sebab aku di Matrik Perak ramai kawan satu sekolah...berat hati sebenanrnya nak tinggal matrik perak...tapi apa kan daya hati aku menyuruh aku pergi ke matrik penang...hari kelima selepas pendaftaran..aku sekali lagi mendaftar ke matrik penang...hari pertama aku dah dapat tau kelas..mula-mula aku tersilap masuk kelas..nasib baik aku ada geng yang tersalah masuk kelas...tapi dah berkenalan dengan kawan praktikum...lepas kami yang tersalah masuk nih pun pergi la cari kelas kami....

disitulah aku berkenalan dengan kawan-kawan kelas aku...ketua praktikum Syafiq orang penang...nampak dya serius macam sombong...Penolong Ketua Praktikum, Rini..nama dia Amalini entah kenapa dia suruh panggil Rini...asal Kelantan...Bendahari Nik...cun orangnya....orang terengganu...dan antara kawan-kawan yang lain....Adibah, Nana, Adila, Zaharah, Iqa, Zubaidi, Jazmi, Nazmi, Arif, Firdaus...dan kebanyakan dari utara dan pantai timur....

dan depa sebenarnya sangatlah caring termasuk si laki-laki...bila time birthday mesti depa akan buat suprise..

aku pelik disini...budak laki-laki takut sungguh dengan aku...mungkin aku sangat serius membuat depa semua takut nak cakap dengan aku...disini yang paling ramah adalah Adila...yang paling sengap adalah aku la tu..aku pon pelik lah dengan depa...bila depa nak cakap denagan aku mesti depa jadi serius..siap bawa teman lagi...aduya....awat aku nih serius sangat ka tau...aku pon tak tau...tak faham aku..

kehidupan aku disini semakin hari semakin best lah...crush tu hari-hari...hehehe..ok melwak ja...aku rasa fitrah manusia tu suka pada seseorang right...tapi aku rasa apabila terlampau sibuk disini membuatkan nak tengok muka sorang-sorang susah...okey sekian dah tak da idea...

eh lupa-lupa...ada budak second intake lim , sharvin n farah..dan yang lewat masuk Khausi...