Monday 6 May 2013

Pandangan Budak Hingusan

assalamualaikum~
bahang pru13 dah pun sedikit reda...
Tahniah kepada BN kerana diberi peluang lagi untuk mentadbir negara.InsyAllah tahun depan  beri peluang kepada pakatan pulak...erkk??hehehe

PENDAHULUAN
okey aku sebenar nak cerita sedikit tentang keputusan pru13 nih...aku tahu siapalah aku nak cerita bab pru13 almaklumlah aku belum cukup umur lagi...aku sedar aku cuma budak hingusan yang sedang bercerita tentang hal politik negara...tapi aku rasa aku dah boleh mula membuat penilaian untuk persedian pru14 ...takpe..takpe...aku tak kisah orang nak cakap apa yang penting aku nak siapkan jugak entry tentang keputusan pru13 nih...hurm...sebak jugak bila tahu yang BN akan menang...tapi dari dulu lagi aku dah syak yang BN akan menang tetapi mungkin tak banyak/menang tipis..sebak aku dapat lihat kebangkitan rakyat dan semangat reformasi yang ditunjukkan sebilangan rakyat Malaysia yang mahukan kebebasan..anak muda sudah bangkit dan sedikit lagi ja nak menang...

tambah lagi kesedihan apabila aku dapat tahu Putrajaya jatuh kepada orang yang bagi aku tidak layak..sedih sangat cam nak nangis ja..okey dah aku harap semua orang tak marah aku..izinkan aku beremosi sebentar...krek..krek..

ISU PERKAUMAN
melayu bodoh...melayu bodoh..melayu bodoh..
marah la aku..marah la aku cepat...sapa orang melayu marah la aku...yeay..
aku pun orang melayu..aku kata bangsa aku sendiri yang bodoh...jadi aku bodoh lah yerr...tidakkkk...setangah melayu je bodoh nak mampossssssssssssssss
huh lega kot aku tulis camtu...
aku geram dengan orang melayu yang mainkan isu perkauman gara-gara dap menang banyak dalam pakatan...melayu pas ikut terpengaruh..huh...melayu bn tambah bodoh la kan...hahaha...

apasal melayu Penang yang kurang cerdik setengah tuh takut sangat dap bakal pegang negeri nih...bukan kah Penang ini penduduknya ramai Cina...tak sedar ka...ada pulak yang bodoh cakap Penang nih dah nak jadi macam Singapura..melayu cepat sangat melatah..sapa suruh tak undi pas pkr...aku agak kecewa sebab kepala batas tempat aku still bn yang pegang...better pilih afnan hamimi kot daripada reezal merican...hampa tak boleh bezakan depa ka..and satu lagi hampa tak boleh nak bezakan muslimat pas dan puteri umno ka?ka hati hampa tu keras dan mata hampa buta..okey sudah..aku tak nak mengutuk...

berbalik kepada "perkauman" ..isu ini cuba dimainkan puak-puak yang tidak bertanggungjawab..sedarkah anda negara kita ditakdirkan mempunyai penduduknya berbilang bangsa..apa salahnya nak kongsikan sama-sama..cuba buang isu perkauman itu...kita kongsi kemajuan sama-sama...bangsa mereka lebih maju..bangsa kita??ambil lah contoh daripada mereka...keberadaan mereka di negara ini tersangatlah penting...tapi orang yang sempit fikiran ja yang sayangkan bangsa lebih pada agama...hidup melayu!hidup melayu! melayu mana?haha...

konsep satu Malaysia tu dah betul sebenatnya tapi tak amalkan...hidup BN hidup Melayu...habis Cina bukan hidup di Mlaysia kah?

okey berdasarkan kemenangan dap ini kita dapat simpulkan yang orang Cina itu sudah bersatu...Melayu? bila akan bersatu...?Melayu akan bersatu apabila pegangan agama Islam itu kuat...makna kata Melayu harus sokong parti yang jelas -jelas memperjuangkan Islam...parti mana? jawab sendiri...

DUIT
aku dapat simpulkan juga bangsa Cina tidak termakan dengan sogokan...mereka sudah kaya..mereka sudah celik politik...Najib sudah bawa Psy...tapi tetap mereka sokong parti mereka bukan...mereka bijak...tapi tengoklah melayu bagi br1m sudah rasa termakan budi...mereka manja..makan suap...harapkan kerajaan...orang cina? mereka boleh maju..kayaraya tanpa bantuan kerajaan...tetapi melayu kenapa menteri-menteri kaya tetapi rakyat-rakyat masih ada yang miskin...sudahlah dengan statement lapuk..."awat tak bersyukur sangat nih"...apakah BN itu bagi rezeki kepada kita?tidakkan..so apa yang kalut?

ANALISA
okey nak buat analisa sikit tentang keputusan pru di beberapa tempat..aku nak buat kesimpulan dulu..aku puji pemimpin2 pr nih bijak-bijak belaka...eksperimen mereka sudah berjaya..mereka sudah buktikan mereka juga dalam kalangan bijak-bijak belaka...ilmu mereka dunia dan akhirat juga ada setengah seimbang...

1.Gelang Patah
 Lim Kit Seang(dap) vs A.Gani Othman(bn)

KitSeang menang majoriti : 14 762

kerusi ini adalah kerusi yang agak panas diperkatakan...BN tersilap langkah apabila meletakkan calon melayu ditempat majoritinya Cina...ini adalah tindakan bijak yang dilakukan pakatan rakyat...menang besar tau...dan disinilah kita dapat tahu yang BN tidak lagi diterima oleh pengundi Cina...

2.Pandan
Rafizi Ramli(pkr) vs Gary Lim Chin Yee
Rafizi menang majoriti : 26 729

yeah dulu penyandangnya ialah bn...kita boleh nampak yang Cina juga menerima calon pakatan melayu kerana disini tempatnya majoriti Cina...Eksiperimen mereka berjaya lagi...kita dapat lihat pakatan rakyat diterima orang Cina...mereka juga sokong melayu...

3.Bukit Bendera
okey malas nak tulis tetapi disini demenangi dap dimana calonnya ialah melayu iaitu anak kepada khir johari namanya zairil...majoriti 32 778...disini juga membuktikan bahawa cina tidak memilih calon cina tetapi melayu...jadi disini tidak perlu timbul isu perkauman kerana mereka jugak nak tolong kita..

dan aku jugak nak bagi tahu di tempat aku orang cina ada yang undi pas...so tak perlu timbul kepelikan disitu..hahaha...mereka mahu ubah kepada negara yang betul-betul mengamalkan demokrasi..kesimpulannya mereka(orang cina) lebih celik politik...

LUAR BANDAR
BN mendapat sambutan di luar bandar...hahaha...aku gelak ja...makna kata penyokong tegar BN itu "agaknya" bukan dalam kalangan orang yang celik IT...jangan marah aku cakap hanya sesetengah ja okey...peace

DAP VS MCA
jadi tidak perlu timbul isu perkauman...mb Penang dari dulu lagi Cina...dan kalau bn menang sekalipun mb Penang tetap cina...jadi aku nak tanya apa beza cina mca dan cina dap? bezanya parti ..hahhaha...tapi mereka cina ...apa nak kalut...mungkin mca tu kemelayuan sikit kot...hahahaha*gelak besar..

TAHNIAH
tahniah Penang , Selangor dan Kelantan kerana anda bijak memilih...bagi Kedah lu pikir la sendiri...masih sedih dengan Putrajaya...Tengku Adnan dengan Husam Musa aku rasa Husam Musa hensem lagi..haha....

KESIMPULANNYA
Isu perkauman ini tak sepatutnya wujud..Langkah orang Melayu adalah utamakan agama dulu sebelum bangsa...aku tak sanggup melihat orang cina benci orang melayu...jadi apakata kita bersatu tunjukkan akhlak islam yang sebenar..jangan termakan dengan orang yang tak bertanggungjawab menakut-nakut orang melayu tentang orang cina...sudah-sudahlah...pru14 nanti tunjukkan islam yang sebenar...Melayu Islam yang baik bersatu menerima Cina , India yang baik...jom kita ubah kepada negara yang lebih Islamik...dan aku mahu lihat first lady malaysia yang pertama bertudung melainkan first lady sekarang bertemu hidayah...

tahniah abang kakak makcik pakcik yang memilih untuk:
bayar hutang ptptn
bayar tol
bayar saman aes
and so on...................

for my daddy anwar , mama wan , kak Izzah.. congratulation...perjuangan anda bukan berhenti setakat ini dan saya yakin momentu yang padu untuk pru14 nanti akan berbuah hasil InsyAllah...saya mahu lihat negara Islam...saya mahu lihat hukum hudud dilaksanakan untuk orang Islam...saya nak lebih ramai isteri-isteri menteri menutup aurat...Anwar kamu adalah hero rakyat...kamu telah buat rakyat berkuasa...walaupun 3 hari sebelum pilihan raya kamu terpaksa hadapi cabaran yang perit tapi kamu dan pemimpin pr  yang lain telah buktikan usaha kamu...aku akan mengundi pru14 ,....sekian~

HARAPAN
aku mahu lihat pilihanraya yang lebih telus dan adil
aku mahu lihat amalan demokrasi yang betul
aku mahu lihat media massa yang lebih adil

HURMMM~

CINA bersatu sehingga anak melayu
bernama Rafizi MENANG melawan calon
CINA BN di Pandan.

CINA bersatu sehingga anak melayu
... bernama Arif Sabri MENANG melawan
calon CINA BN di Raub.

Melayu-melayu rasis anda telah hilang
kemanusian-Sadis..

MELAYU bersatu sehingga anak CINA Tee Siew keong MENANG melawan calon melayu PAS di Pulai Sebatang.

#PIKIR SENDIRI LAH YERR

ingat yerr Cina itu adalah bangsa...
agama orang Melayu adalah Islam...
bukankah Cina juga bisa jadi Islam jika dia convert kepada Islam...
kalau ada pihak cuba nak cakap isu perkauman maka ini akan terguris hati orang Cina yang beragama Islam...sedarlah...tunjuklah sikap Melayu yang akhlaknya lebih islami,....jangan jadi bodoh yerr orang melayu~



panjang siott.....aku tak edit..maaf atas kekurangan~