Thursday 26 January 2012

Friendship till Jannah


Assalamualaikum wbt..
Pertama sekali nak minx maaf kepada yg lebih tua dan rakan2 yg terdekat....sebab aku terpaksa sekali lagi untuk membahasakan diriku sebagai AKU...tujuannnya adalah supaya lebih senang dan lancar untuk menaip....

hari ini aku bukan nak membebel panjang tapi nak kongsi sedikit cerita pendek yg dihasilkan oleh rakan saya yg bernama aini (bukan nama sebenar)...dan diadaptasi oleh sebuah short film yg betajuk TOMATO...bagi yg pernah menonton tuh...jgn cakap2 ap2 ttg penulisan kami..opss KAMI...ya buah fikiran dari saya,..tp dy yg hasilkan...actually ini adalah kerja berkumpulan....disebabkan yg 2 org lagi tuh asrama... kami kesian kat depa sbb tu kami sedaya upaya menyaipkan cerpen yg sangat 10000x x seberapa....maklumlah satu tangan yg tulis...buah fikirannya ramai2....faham x...okey bagi sapa yg xfaham...buat2 faham je lah...saya ada buat ending sendiri..tp last2 KITAORG ambil keputusan untuk ambil yg dy punya cerpen lah....cerita dy lebih menarik dari saya...hehe

Cerpen ini mungkin aku akan pendekkan ckit supaya x sakit mata bagi sapa yg membacanya...

Bismillahhirrahmanirrahim~
Aku kini diperantaun, terbang jauh ke Perth, Australia.Walaupun aku merupakan jerat semata bonda kandung, aku yakin yang aku boleh berdiri atas kaki sendiri

Pada suatu hari, aku keluar ke pasar berdekatan, suasana pada pagi itu sungguh dingin dan lembut menyapa pipiku, membuatkan aku berasa sungguh selesa dan gembira untuk membeli -belah.Hal ini juga adalah disebabakan hari tersebut merupakan hari cuti umum bagi penduduk di sini.

Namun, baruku sedar aku tidak boleh lama di pasar."Hasya, esok giliran awak pulak ke pasar".Saya nak masak mi goreng.Jadi, esok awak tolong belikan barang-barang dapur.Saya bercadang untuk berpiknik di tepi tasik belakang rumah sewa kita.Masih tergiang-giang kata-kata Arina semalam.Ya, tugas aku sebenarnya adalah untui membeli borang keperluan bukan untuk bersiar-siar.

Kira-kira satu jam lebih aku disini.
Ya Allah aku kesuntukan masa! Lalu aku bergegas pulang ke kediaman yang disedia khas untuk pelajar Malaysia.

Sesampainya aku ke ruangan dapur, kelihatan rakan-rakan yang lain sibuk dengan tugas masing-masing tanpa menghiraukan kehadiran aku.Aku meyediakan bahan-bahan untuk membuat mi goreng.Tiba-tiba kedengaran alunan lagu Ketika Cinta Bertasbih nyanyian Melly Goeslaw memecah kesunyian ruangan dapur.
Lagu itu dimatikan.Aku menoleh ke belakang lalu melihat Arina yang sedang menjawab panggilan telefon dari ibunya.

Selesai menyediakan bahan-bahan untuk memasak, aku cuba mencari kelibat Arina yang sepatutnya memasak mi goreng untuk kami.Arina salah seorang yang memang pandai masak dalam kalangan kami.Ibunya membuka sebuah restoran masakan Cina di bumi Astralia ini.Arina memanag keturunan Cina.Mukanya pun mirip Park Shin Hye, pelakon terkenal dalam drama korea He's Beatiful.



Aku mengambil keputusan untuk mengantikan tempat Arina buat sementara waktu.Sebenarnya, aku tidak mahir dalam memasak.Tapi tidak salah jikalau aku mencuba.Dengan penuh keyakinan aku memasukkan tomato.

Kedengaran suara tapak kaki meluru ke dapur.
Hasya apa kau buat nih?
Aku tidak suruh kau masak pun.
Kau belajar dari Master Chef mana nih.Mana ada orang masukkan tomato dahulu untuk memasak mi goreng.
Marah Arina.

Tanpa mempedulikan Arina, aku bergegas keluar dari dapur.Namun, aku bagaikan mencari nahas dengan Arina.
Apa lagi ni Hasya?Lepas nih awak nak bakar dapur nih pulak.



Aku tidak sengaja menepis cawan kesayangan Arina.Aku meninggalkan dapur kerana malu akan perbuatanku sendiri.



Arina mengutip serpihan kaca.Tiba-tiba serpihan kaca tersebut menusuk jarinya.Darah merah pekat mula mengalir dari tanga Arina.Dia bergegas ke tandas untuk mencuci luka.

Aku berlari ke taman permainan untuk menenangkan diriku.

Selesai solat asar mereka pun terus ke tasik tanpa mnyedari ketaidaanku.

Arina tidak senang duduk kerana ketiadaan aku.Dia mencari aku di merata-rata tempat.Lalu, dia bergegas ke taman permainan.Dia sudah dapat mengagak aku ke mana.
Arina menghampriri lalu memelukku.

Saya minta maaf Hasya.Saya tidak boleh tahan api kemarahan saya tadi.maafkan saya Hasya.
Aku mampu tersenyum dan itu tanda aku memaafkan Arina.Tapi aku berpesan kepada Arina supaya jangan ulangi sikapnya itu.

Kawan-kawan yang lain memuncungkan mulut macam itik.

Mana kamu berdua pergi ? kami semua lapar tahu tak.Jom lah kita makan.



Kami menikmati mi goreng yang dimasak Arina dengan gembira.~

~Tamat~

Terima kasih banyak2 kerana berjaya menghabiskan bacaan anda...kalu nak lebih menarik...tonton video dibwah dan cuba hayati yerr..mmg banyak pengajaran...aku menangis teresak2 tengok short film nih.....
MINX MAAF AKU BANYAK GUNA SHORTFORM~


TOMATO

Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..

 SAHABAT yg beriman ibarat mentari menyinar…
SAHABAT yg setia bagai pewangi mengharumkan…
SAHABAT sejati mnjd pendorong impian…
SAHABAT berhati mulia membawa kita ke jln TUHAN…



Wednesday 25 January 2012

nasihatkan sye!!


Assalamualaikum wbt....
pertama sekali aku nak minx maaf kpd yg lebih tua dan kawan2 aku...sbb aku mnggunakan AKU dalm penulisan ini....serta aku menggunakan banyak SHORTFORM...ini bagi memudahkan aku untuk menyusun bicara aku supya lebih cepat menulis dlm masa yg agak singkat ini....
terima kasih kerana sudi menjenguk blog aku yg x seberapa...aku tahu blog ini x standing dgn blog2 yg lain yg lebih mndpt sambutan drpd org ramai...

dipagi yg indah dan lagi sejuk ini aku nak cerita ckit ttg nasihat yg telah diberikan oleh org trtnt yg hadir dalam hidup aku...mereka ini bukan istimewa ttp mereka ini hanya sudi untuk menegur tingkah laku aku yg keanak-anakkan (mayb)...dan nasihat ini jugak boley dijadikan pedoman buat pembaca disini...aku x nak higlightkan siapa yg bagi aku nasihat yg berguna tuh..tp aku hanya nak focuskan apa yg diperkatan mereka..mereka ini aku x kenal ttp sudi mengur aku yg terlebih dlm mmbuat tindakan..aku tau aku adalah insan yg lemah...mmg xkan lari dr kesilapan...

tanpa mmbuang masa lagi aku nak siarkan sddikit nasihat yg aku kumpul hasil dr komen2 @ aku sendiri chatting ngn org tu...perlu aku ingatkan ada yg PEREMPUAN dan ada yg ada lelaki....terima kasihh banyak2 la kerana tegur aku...."Sahabat yg baik itu adalah sahabat yg akan menegur perbuatan yg salah yg anda lakukan" lebih kurang macam gitulah bunyinya..

 eh..kakak ni sebenarnya nama dy sama dgn sy... dy pljr usim...dy banyak jugak la..ingatkan sy....


dy ni sebenarnya perempuan..sngaja dy letak gamba lelaki... kita x sek skali dah...dlm leka sy main game...dy ingatkan sy... keutamaan itu perlu diltkkan kpd Allah~


yg nih sbagai peringatan...yg perempuan2 disina...jagalah batasan dalam pergaulan yerr... jgan jadi murah sangat nanti laku plak(melawak )

 




sebenaqnya ada banyak nasihat lagi...dah sampai setengah muka sy tulis...tengok2 semuanya dah ilang..sbb ada sorg kakak nih..dy selalu nasihatkan sy tp tengok dy yg menghilng nth kemana...fb dy dah xdak...so nak cri balik mmg susah~

bagi sspa yg perasan bahawa komen2 itu adalah diri dy..sy minx maaf ..x berniat apa2...hanya untuk memperingati....moga berguna untuk yg lain...

nasihat la saya..banyak2 pon xpa...InsyAllah sy akan ubah....nak cakap sy nih g***k ka...sy no hal...yg penting jagan mengata sy dr belakang....tolong sangat2...nasihatkan sy yg x brapa nak ketahuan nih....

mood:muhasabah diri~

Monday 23 January 2012

perihal aku


hari ini terasa pulak aku nak cerita tentang aku....
ini bukan sebab aku nak buka pekung..tapi aku sekarang berada dalam dilema....
aku nak keluaq dalam dilemu tersebut...
aku cerita ni pun sebab nak minx pendapat org.....
aku nak amik SPM tahun nih...tapi dok terhuyang-hayang lagi..
macam dah xdak hala tuju....
habis SPM mesti semua nak dapat keputusan yang elok kan....begitu jugak dgn aku....
teringin jugak nak masuk universiti terkemuka...buka glamor yang dicari...tapi nak juga standing dgn org lain....xkan nak dok rumah qeja makan tidoqmakantidoq ja
aku nak cepat2 masuk universiti and nak qeja....bukan nak lari dr tangungjawab sbgai seorang pelajar...tp bagi aku.....bila da keja lagi tangunggjawab banyak kan....
disini aku nak minx ssesangat kpd siapa yg sedg bergelar mahasiswa/siswi @ da bekerja...,,,,tolong bukakan minda aku....aku dah x tau dah nak minx pendapat dr siapa.....aku takut la....aku nak ubah hidup aku....keluar dari dileema yg lagi 1...
aku sedar....SPM bukan bley wat main2....ini ujian dunia....aku nak jugak qeja besaq2......xkan aku nak jadi suri rumah tangga sepenuh masa...aku x mau....kut2 aku dapat kawin ngn anak qaja ka x pa la jugak....mimpi boley...
so, aku xmau cakap panjang2...aku skrang nak minx pendapat ja....aku x taula apa yg sesuai dgn aku
kadang2 bila cikgu tanya cita2....aku fikir beribu-ribu kali....aku x tau nak jadi apa...jalan penyelesaiannya...aku cakap aku nak jadi doktor....tpi hakikatnya aku x minat langsung nak jadi doktor....TAKUT....
aku nih jenih org yang kurang confident....so, nak buat suatu qeja selalu teragak-agak,....susah la cam ni....nak cakap pun kadang2 guna KOT-KOT ja kat belakang.....

Tuesday 10 January 2012

Bukan glamour yg dicari!


sumber: halaqah net

dicopy habis-habisan.....

Abang merupakan seorang pelajar perubatan. dahulu, abang jua sama macam anda semua. ada ayah, ibu yang amat inginkan abang menjadi seorang doktor. ada cikgu di sekolah yang amat berharap abang menjadi seorang doktor. ada cita cita yang sememangnya mahu menjadi seorang doktor. semangatnya kuat, tinggi. maybe kerana ketika itu, pelajar pandai spm 13 A sudah tentu satu sahaja cita cita adalah menjadi doktor. bak kata, doktor adalah kerjaya yang terhebat dibumi malaysia. oh. dr sudah tentu glamour kan. banyak duit. kawan kawan pula bercerita , menurut surat khabar the star, kerjaya yang paling rakyat malaysia percayai adalah doktor mengatasi ulamak, tokoh politik dan sebagainya. nak jadi doktor sebab doktor banyak duit. nak jadi doktor sebab nak tolong orang susah. saya ada pengalaman keluarga sakit. saya tak dapat nak tolong kemudian meninggal. sedih. dari situ saya impikan nak jadi doktor. oh. dan macam macam lagi alasan yang boleh diberi untuk menjadi doktor. hakikatnya. tidak sebegitu. kalau menang anda mahu menjadi seorang doktor, dengarlah apa yang ingin abang kongsikan bersama adik adik semua

Hari ini, abang ada chat dengan seorang kawan. dia bekas pelajar sains komputer. sekarang bekerja disebuah bank terkemuka dengan gai sekitar 3 ribu. alhamdulillah. bagus. dia bercita cita mahu menyambung sampai peringkat doktor falsafah. bagus.ada cita cita besar. abang cakap bagus la dah kaya. pastu dia kata , kamu lagi kaya jadi dr.

Best ke jadi doktor? kaya ke dengan jadi doktor? seronok ke? hebat ke ada title doktor? mari abang mahu bercerita. mahu jadi doktor, anda kena korbankan masa anda yang cukup banyak. nak kena stady, belajar banyak benda. tahun pertama : anatomi, physiology, biochemistry. second year anda kena belajar microbiology, pathology, forensic medicine, pharmacology. tahun ketiga, anda kena belajar medicine, surgery, pediatric,obg, psychiatric, community medicine. ok. tahun 4 pun ada lagi , ortha, orthopedic, ent. tahun 5 pun sama. tahun 5 habis degree. anda bergelar dr. oh! tak habis disitu. anda akan ada housemanship pula. masa inilah adik adik akan ditrain menjadi seorang doktor. masa ni la kalau adik adik nak kena marah. masa ni la kalau adik dibawah supervisor yang garang garang, adik akan dimalukan dengan semahu mahunya oleh bos adik adik. ok. habis 2 tahun jadi HO. adik dah jadi doktor sebenar. tak habis lagi. takkan adik adik nak jadi dr biasa sampai tua. rugi. tak kemana. adik adik akan jadi senior doktor yang gaji naik sikit sikit. sudah tentu adik adik nak jadi kaya. kena sambung belajar lagi. buat master. jadi doktor pakar. berapa lama. maybe 4 tahun. jadi doktor pakar plak. emm. bak kata belajar seumur hidup. sanggupke? kalau sanggup alhamdulillah. kalau tak nak belajar dah, jadi senior doktor biasa. jagan marah kalau adik adik dihantar kehulu kampung ok. kena redha.

Tak habis disitu. belajar tahun satu, tahun kedua lupa. belajar tahun ketiga, benda kat tahun kedua lupa. kena revise semua. sebanyak mana pelajaran yang abang kata tadi. buku huih kalau belajar kat india ni, balik malaysia boleh buat library buku perubatan yer adik adik. banyak. pergi hospital, lecturer tanya, ni kalau patient macam macam ni, apa diagnosis dia. oh tak tahu. oh lupa. oh cikgu tahun dua tak ajar. oh saya tak baca lagi. oh tak tahu. nanti dr marah. nape kamu tak belajar. semalam kamu gi shopping. saya nampak. nape tak belajar. kalau patient ni mati sebab kamu macam mana. sebb kamu tak tahu macam mana nak diagnos. apa rawatan dia kamu tak tahu. sanggup ke kena marah macam tu depan kawan kawan. depan patient. kena halau kelas sebb takleh jawab apa dr tanya. dilakukan. jangan datang kelas kalau malas membaca. oh. oh ada lagi. hari ini dapat sms. 5 minit lagi ada examination. sila datang cepat2. macamana kalau hari tu anda lupa nak bawa enset. atau enset ter off. fail la exam hari itu.

Oh. lupa nak kongsikan lagi. sanggup ke tengok darah? sanggup ke belajar anatomi dengan mayat yang dah 5 atau 6 tahun diawet. sanggup ke berbau formalin yang busuk. sanggup ke belajar dengan mayat, kaki yang dipotong, badan yang dipotong, ada tulang kering kat rumah, pergi autopsy tengok mayat bersih yang baru mati dipotong dengan mechine, dengan playar. organ organ dalaman yang dikeluarkan semacam nak kerat isi dan organ ayam. kepala yang di kerat menggunakan gergaji macam nak kerat pokok. oh macam macam adik adik akan rasai nanti

Apa nilai yang ada disebalik semua ini. seronok ke nak jadi doktor. seronok ke kena marah? kena herdik tak pandai? tak tahu nak jawab? seronok ke terpaksa berada dihospital 72 jam tak balik? seronok ke terpaksa tidur dihospital meninggalkan suami, isteri tercinta, anak anak kat rumah? orang beraya, adik adik beraya dihospitalseronok ke fail exam? seronok ke semua itu semata mata nak kejar glamour? semata mata nak dapat duit banyak? andai wang yang dicari silakan jangan lagi ingat untuk jadi seorang doktor. andai glamour yang dicari, silakan lupakanlah title doktor. tiada yang indah bukan.

Salah. ada yang lebih indah bila anda mahu menjadi seorang doktor. ada. bukan tiada.disebalik semua itu. adik adik akan mengerti. nyawa seorang manusia itu apa nilainya. adik adik akan mengerti mengapa asyik kena marah. mengapa kena baca buku. mengapa kena tahu semua benda. mengapa kena berkorban. nilai satu nyawa itu. apa perasaan andai ada patient didepan mata. kita seorang dr, tak mampu buat ape ape hanya menanti malaikat sakaratul maut datang mencabut nyawa. sedih sangat sangat. penderitaan seorang ayah yang sedang terlantar. ibu yang sedih melihat anak yang baru dilahirkan cacat. sakit. menyentuh perasaan. nenek yang tau bercerita kisah hidup. ditinggalkan anak2 kerana terlantar sakit.

Andai betul2 mahu menjadi doktor, silakan. selamat berjaya dalam perjalanan yang cukup panjang. pasti segala cubaan akan anda tempuhi. usah risau. anda pasti akan berjaya. yang penting, kukuhkan kekuatan anada. redha dengan apa yang akan anda lalui. sukar mahupun senang. selamat berjaya. lupakan kemewahan. pasti diakhirnya anda akan berjaya menjadi seorang doktor cemerlang. kemewahan dan title jua akan kunjung tiba.



terima kasih..anda membuka mata saya....
moga bermanfaat~