Thursday 26 January 2012

Friendship till Jannah


Assalamualaikum wbt..
Pertama sekali nak minx maaf kepada yg lebih tua dan rakan2 yg terdekat....sebab aku terpaksa sekali lagi untuk membahasakan diriku sebagai AKU...tujuannnya adalah supaya lebih senang dan lancar untuk menaip....

hari ini aku bukan nak membebel panjang tapi nak kongsi sedikit cerita pendek yg dihasilkan oleh rakan saya yg bernama aini (bukan nama sebenar)...dan diadaptasi oleh sebuah short film yg betajuk TOMATO...bagi yg pernah menonton tuh...jgn cakap2 ap2 ttg penulisan kami..opss KAMI...ya buah fikiran dari saya,..tp dy yg hasilkan...actually ini adalah kerja berkumpulan....disebabkan yg 2 org lagi tuh asrama... kami kesian kat depa sbb tu kami sedaya upaya menyaipkan cerpen yg sangat 10000x x seberapa....maklumlah satu tangan yg tulis...buah fikirannya ramai2....faham x...okey bagi sapa yg xfaham...buat2 faham je lah...saya ada buat ending sendiri..tp last2 KITAORG ambil keputusan untuk ambil yg dy punya cerpen lah....cerita dy lebih menarik dari saya...hehe

Cerpen ini mungkin aku akan pendekkan ckit supaya x sakit mata bagi sapa yg membacanya...

Bismillahhirrahmanirrahim~
Aku kini diperantaun, terbang jauh ke Perth, Australia.Walaupun aku merupakan jerat semata bonda kandung, aku yakin yang aku boleh berdiri atas kaki sendiri

Pada suatu hari, aku keluar ke pasar berdekatan, suasana pada pagi itu sungguh dingin dan lembut menyapa pipiku, membuatkan aku berasa sungguh selesa dan gembira untuk membeli -belah.Hal ini juga adalah disebabakan hari tersebut merupakan hari cuti umum bagi penduduk di sini.

Namun, baruku sedar aku tidak boleh lama di pasar."Hasya, esok giliran awak pulak ke pasar".Saya nak masak mi goreng.Jadi, esok awak tolong belikan barang-barang dapur.Saya bercadang untuk berpiknik di tepi tasik belakang rumah sewa kita.Masih tergiang-giang kata-kata Arina semalam.Ya, tugas aku sebenarnya adalah untui membeli borang keperluan bukan untuk bersiar-siar.

Kira-kira satu jam lebih aku disini.
Ya Allah aku kesuntukan masa! Lalu aku bergegas pulang ke kediaman yang disedia khas untuk pelajar Malaysia.

Sesampainya aku ke ruangan dapur, kelihatan rakan-rakan yang lain sibuk dengan tugas masing-masing tanpa menghiraukan kehadiran aku.Aku meyediakan bahan-bahan untuk membuat mi goreng.Tiba-tiba kedengaran alunan lagu Ketika Cinta Bertasbih nyanyian Melly Goeslaw memecah kesunyian ruangan dapur.
Lagu itu dimatikan.Aku menoleh ke belakang lalu melihat Arina yang sedang menjawab panggilan telefon dari ibunya.

Selesai menyediakan bahan-bahan untuk memasak, aku cuba mencari kelibat Arina yang sepatutnya memasak mi goreng untuk kami.Arina salah seorang yang memang pandai masak dalam kalangan kami.Ibunya membuka sebuah restoran masakan Cina di bumi Astralia ini.Arina memanag keturunan Cina.Mukanya pun mirip Park Shin Hye, pelakon terkenal dalam drama korea He's Beatiful.



Aku mengambil keputusan untuk mengantikan tempat Arina buat sementara waktu.Sebenarnya, aku tidak mahir dalam memasak.Tapi tidak salah jikalau aku mencuba.Dengan penuh keyakinan aku memasukkan tomato.

Kedengaran suara tapak kaki meluru ke dapur.
Hasya apa kau buat nih?
Aku tidak suruh kau masak pun.
Kau belajar dari Master Chef mana nih.Mana ada orang masukkan tomato dahulu untuk memasak mi goreng.
Marah Arina.

Tanpa mempedulikan Arina, aku bergegas keluar dari dapur.Namun, aku bagaikan mencari nahas dengan Arina.
Apa lagi ni Hasya?Lepas nih awak nak bakar dapur nih pulak.



Aku tidak sengaja menepis cawan kesayangan Arina.Aku meninggalkan dapur kerana malu akan perbuatanku sendiri.



Arina mengutip serpihan kaca.Tiba-tiba serpihan kaca tersebut menusuk jarinya.Darah merah pekat mula mengalir dari tanga Arina.Dia bergegas ke tandas untuk mencuci luka.

Aku berlari ke taman permainan untuk menenangkan diriku.

Selesai solat asar mereka pun terus ke tasik tanpa mnyedari ketaidaanku.

Arina tidak senang duduk kerana ketiadaan aku.Dia mencari aku di merata-rata tempat.Lalu, dia bergegas ke taman permainan.Dia sudah dapat mengagak aku ke mana.
Arina menghampriri lalu memelukku.

Saya minta maaf Hasya.Saya tidak boleh tahan api kemarahan saya tadi.maafkan saya Hasya.
Aku mampu tersenyum dan itu tanda aku memaafkan Arina.Tapi aku berpesan kepada Arina supaya jangan ulangi sikapnya itu.

Kawan-kawan yang lain memuncungkan mulut macam itik.

Mana kamu berdua pergi ? kami semua lapar tahu tak.Jom lah kita makan.



Kami menikmati mi goreng yang dimasak Arina dengan gembira.~

~Tamat~

Terima kasih banyak2 kerana berjaya menghabiskan bacaan anda...kalu nak lebih menarik...tonton video dibwah dan cuba hayati yerr..mmg banyak pengajaran...aku menangis teresak2 tengok short film nih.....
MINX MAAF AKU BANYAK GUNA SHORTFORM~


TOMATO

Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..

 SAHABAT yg beriman ibarat mentari menyinar…
SAHABAT yg setia bagai pewangi mengharumkan…
SAHABAT sejati mnjd pendorong impian…
SAHABAT berhati mulia membawa kita ke jln TUHAN…



No comments:

Post a Comment