Tuesday 26 February 2013

aku belum layak?

aku sebenarnya belum layak untuk bercakap tentang pilihanraya...
tapi layakkah aku bercakap tentang politik...

by the way
dengar lagu ni buat aku semangat gila....naik bulu roma aku...

 
 
 
bila la umurku nak mencapai 21ni...aku tak sabaq nak mengundi...
InsyAllah aku akan undi........biarlah rahsia....hehe
 
#syabas and tahniah to yassin and faizal tahir....
 

 
 

Thursday 21 February 2013

dia yang aku cari

hallooo...
actually aku nak cakap pasai lelaki yang telah aku kenali di zaman persekolahan...perkenalan aku bermula ketika aku memulakan langkahku untuk ucap tahniah kerana mendapat keputusan yang cemerlang....itu adalah tidak sengaja..aku betul-betul tidak sengaja untuk mengucapkan hal yang tersebut...tetapi entah kenapa hari-hari pulop dia chat dengan aku...apa yang ditanya aku jawab jew...tapi tidaklah sampai kepada benda-benda yang mengarut....naik tingkatan lima aku mula rasa hairan...dia dah berubah...habis aku tak berubah??tanya diriku

yes ..dia berubah sangat....dia sudah boleh digelar sebagai prndakwah...dia dah start bagi ceramah dekat kuliah 3minit di sekolah...dia sudah jadi pengawas...dan paling mengejutkan aku dia masuk MTQ...aku taknak cakap lah dia ambik bahagian apa...

dia sangat berubah...dia sudah menjaga pandangannya...
kali terakhir aku chatting dengan dia tanya aku..apa plan aku....dan sempat aku bertanya dia ambik S****  kah? serius itu berlaku secara tidak sengaja...bagi aku pertanyaan itu adalah gangguan syaitan kerana aku tergedik jugak nak tanya dia....kenapa aku tak tanya orang lain...kenapa dia jugak aku nak tanya...aku anggap diri aku bodoh dan sudah terlanjur bicara serta mengikut kata-kata syaitan...Astaghfirullah...apa yang aku dah buat...aku tahu cara dia menjawab semacam dia sedang membenci perempuan yang tergedik nak jugak tanya soalan...

memang...memang entry ini ditujukan khas buat dia...aku tak mengharapkan dia baca sebab dia tidak tahu tentang kehadiran blog ini....tapi taktahulah kalau aku terbagi tahu...

pernah ustazah aku berseloroh....ustazah aku cakap kalau kita rasa kita nak jadikan sangat dia sebagai istri atau suami...kita boleh mintak doa dan sebutkan nama dia....dan ustazah bagi contoh dan nama yang disebut itu nama dia...aku tersentak dan gangguan syaitan menjelma....

aku tak cakap yang aku jatuh hati pada dia...tapi aku cuma boleh cakap yang aku nak cari suami macam dia dan mungkin lebih baik daripada dia...sebab aku sangat suka dengan perubahan dia....apabila jalan sentiasa menundukkan pandangan...

dan sekarang aku mendapat tahu yang dia telah membuat satu acc fb yang baru...dan aku juga mendapati hanya lelaki sahaja menjadi friend disitu...adakah dia yang aku cari??????

emel ini aku postkan kepada rakanku untuk meminta pandangannya...sempat aku makan roti dengan aiskrim...

*hoi2 kawan jangan sentap sangat baca benda nih...aku buat hanya suka2...buat novel la katakan...nantikan "dia yang aku cari" pada episod yang akan datang...tunggu tau...takda kena mengena yang hidup ataupun mati...kalau yang kena tu mungkin sikit2...

Wednesday 20 February 2013

Aku minat POLITIK sapa tau?

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian...
mengikut apa yang saya tulis diatas...itu adalah luahan hati saya....orang tak tahu yang saya sangat suka mengikuti perkembangan politik di Malaysia..kekadang saya sudah boleh dijadikan medium menyebarkan politik kepada ayah saya melalui pembacaan dan penelitian di internet...tetapi ramai yang cakap tak bagus percayakan internet...mungkin segala cerita dan artikel serta video boleh diedit...yes memang betul...tapi korang percaya ke dengan cerita diutusan...sama lah jugakkan ada yang boleh dan ada yang tak...makcik-makcik yang takdak internet kat umah tu mungkin dia percaya surat khabar utusan ja kan...kalau dia tak baca pun dia akan cepat percaya dekat orang...hati diaorang dah tepu...orang bagi bantuan diorang ambil..diorang cakap orang yang bagi tu baik.."tapi kalau orang tu tak baik"....ish..ish...Astagfirullah...ini lah orang kita  suka sangat bersangka buruk....nilai keikhlasan seseorang tak boleh dinilai oleh seseorang...kerana keikhlasan itu umpama semut hitam diatas batu hitam pada kepekatan malam....

jadi kalau orang bagi bantuan sila ambil dan bersyukurlah...jangan cakap banyak..ambik jerr...hihi...anggaplah itu duit sendiri...kikiki....berterima kasihlah kepada kerajaan kerana mengembalikan wang kita...berterimakasihlah kepada pm kerana berusaha mengebalikan wang kita...jangan dok menyumpah dia taktentu hala...tolong la jangan menyumpah orang....

negeri yang ditadbir oleh pembangkang itu adalah negeri yang ditadbir kerajaan...tak..tak...maksudnya pembangkang itu adalah kerajaan kepada negeri itu...sapa tak faham tolong hiraukan sebab ini adalah fahaman aku...sebagai contoh...kat Pulau Pinang ni wang untuk pelajar emas telah diedarkan disekolah-sekolah...sapa tahu...orang tak tahu...sebab surat khabar yang pro** tak bagi tahu...so kita tak tahu....tapi tak semuanya yang dapat...tapi cuba belajar bersyukur...bersyukur sebab ada orang yang nak bagi bantuan... pelajar yang terlibat ialah mereka di tahun satu, tahun empat, tingkatan satu dan tingkatan empat....belajar bersyukur okey..

melayu bodoh...orang bagi ambiklah...apasal tak mahu ambil...aku nak cakap sekali lagi...melayu bodoh...melayu bodohhhhhhhhhhhhh....ambik hang...bodoh sungguh...maksudnya aku pun bodohkah?sebab aku melayu...tak...sesetengah orang je yang bodoh..aku tak...guru besar yang tolak bantuan nih...dia adalah bodoh....aku cakap dia bodoh...korang nak tahu....semua sekolah cina terima bantuan nih dengan hati terbuka...tapi sekolah melayu setengah ambik..setengah tak ambik...sebab guru besar bodoh sangat...fikiran sempit...mungkin guru besar diorang tu orang kerajaan ..sebab tu taknak ambik....kakak aku yang kata...jangan marah erkkk....anak menakan aku yang sekolah cina boleh dapat tapi sekolah kakak aku dan sekolah kat kamupung aku tak dapat sebab guru besar diorang bodoh...kakak yang cakap erk..hihihi...kakak aku nak try mintak untuk anak dia...ustaz kat sekolah dia cakap boleh jemakan duit tu...sebab guru besar yang berfikiran sempit pelajar-pelajar tak dapat manfaatnya....dan ibubapa menghentam sebelah pihak...nampak sangat ini tidak adil!!!

lagi satu aku nak cakap dulu penah lerr ada orang kampung aku yang nak bawak Ummi H ni masuk kampung...ayah aku kata apasal nak bawak dia ke sini...tak lain dan tak bukan sudah tentu lerr dia nak cakap pasai politik...tak de faedahye nak bawak dia mai kampung nih...datangnyer dia nak racuni fikiran makcik-makcik yang hati sudah tepu dan adenyer agenda politik ditambah pulak datangnya dia untuk menfitnah orang...ayah aku bantah arrr....tak de faedahnya nak bawak dia...okey...

sebenarnya aku merapu je tuh...hehe....merapu jerr semate-mate...awatlah aku cakap key-el..tak tentu pasai ...sapa rasa dia boleh pikiaq ..pikiaq la yerr....

*korang nak tahu aku suka Paklah
*aku kagum dengan CikDet malah penah rasa nak jadikan dia idola
*kagum aku anak Najib boleh cakap mandarin..
*kagum aku anak DSAI semuanya pakai tudung.comey2
*kagum aku dengan Nik Aziz dengan sikap kesederhanaannya
*kagum aku dengan Ng Yen2 sebab selalu sopan je pakai baju orang melayu walaupun orang cina
* ayah aku suka suara Rais Yatim

#kitakandudukdalamsatukeluargajadimarilahbersatudemiperpaduannegara.....

sekian

Tuesday 5 February 2013

aksi lagak ngeri...

aku drive romantik gilaaa.....bak kata makcik yang ajaq aku untuk se jam first....*aku panggil makcik sebab aku geli panggil dia mama.sorry yerr...

ceritanya begini haritu aku pi practical untuk kereta dan moto....kereta pagi dan moto petang....aku tak dak perasaan pon nak pi..takdaklah cuak sangat....tapi kawan aku gelabah semacam tapi realitinya aku yang lebih penakut daripada dia....

banyak ceritalah bila pegi buat practical haritu...untuk kereta aku dapat cikgu yang baik sangat...tapi untuk sejam yang pertama aku dapat mama *panggil p lanoh....

cikgu Raymond ajaq  aku...best la dia ajaq...dia cakap aku ni kurang yakin...dia nih banyak semangat tak macam cikgu lain yang potpetpotpet ja keja....

petang moto....aku paling benci belajaq nek moto...aku memang dari awal tak mau amik lesen moto sebab aku rasa aku kurang bersedia...mak aku yang suruh..aku ikut ja lah..memang pada awalnya aku niat tak baik masa nak mula naik moto...aku rasa malas...tension...malu...sebab aku tak cekap lagi...tambah pulak yang buat practical tu banyak laki....

aku buat dak tak hendak ja...buat main-main....bila dah habis bawak tu dia suruh letak moto dekat tempat letak moto...nak dijadikan cerita....aku gelabah sebab ramai sangat laki kat depan aku....aku nak tekan brek pon tercari...*teruk kan aku.....malangnya...tercontrol ayu punya pasal ..aku terpulas minyak...macam bangang gi...sampai naik atas...tebing yang hitam putih tu....orang semua bising.takut aku ke depan lagi...,aku mula nak mencarut arr....nasib baik tak terkeluaq....aku hempas-hempas kunci moto sampai ane tu tengok macam harimau nak baham tahi kambing.....*kureng asem betui.....

itulah ceritanya....nak teriak tak guna...aku berusaha untuk lupakan...

bercakap tentang lelaki....aku sebenaqnya pemalu....bila ada lelaki lalu kot depan aku mula la nak control ayu....okey...silap-silap bukan control ayu tapi tundukkan pandangan.....*sorry itu semua poyo
malas la nakcerita pasai lelaki nanti aku buat entry tentang (aku dan lelaki adalah anti)...aku nak cakap yang aku dah benda tak betul bila aku mula tegoq lelaki dalam chatting ...aku rasa bersalah...kadang aku chat pon sebab nak tanya sesuatu...tapi aku akan rasa bersalah bila dah mula chat....*aku cuma nak tanya hang amik stam ka....dmw ka?....bersalah pula aku tanya dia macam tu...bodoh kan aku...sepatutnya aku tak perlu tanya....

okey bye...yang tu ja...