Friday 20 December 2013

Kenapa mereka takut?

"pelik..pelik..dunia dah pelik..dunia dah nak terbalik
hazirah yang selembut alam pun hampa nak takut" kata sahabat aku

actually aku nak menyataka kepelikan aku bahawa seleruh budak lelaki tak berani nak dekati aku..i mean mereka takut nak cakap dengan aku...mereka mengaku....dan ada yang mengaku depan-depan aku...

kawan aku respect kat aku sebab budak laki takut kat aku
bukan sebab garang
tapi sebab terlalu lembut.
aku bukan nak bangga tapi cuma ada kepelikan disitu...
aku tak kacau depa tapi apasal depa nak takut dengan aku dan nak respect-respect aku..
aku bukan vvip..aku manusia biasa...yang tak punya apa-apa...
ada yang cakap depan-depan aku yang mereka takutkan aku...
arghh pelik...pelik...

Saturday 16 November 2013

I'M SORRY, UNFRIEND YOU!!

assalamualaikum dan salam sejahtera..
sejak beberapa hari ni aku pelik lah....kenapa ramai friends facebook aku muncul...padahal aku tak kenai depa...bila aku add? masa bila aku teguq pon taktau....lupa ingatan kah aku...
berdasarkan tajuk kat atas...aku cuma nak cakap yang aku telah unfriend friends kat facebook aku....sebab aku rasa depa menyemak..
menyemak dengan status yang tah hapa..hapa..status yang tak matang....
menyemak dengan ..ermm bagiku perkongsian yang tak perlu dikongsi kot...

aku tak suka orang hegeh-hegeh ..poyo...gilabapak tangkap gambaq buat muka comel...macam tak comel jerrrrrr....aku meluat..
daripada aku dok mengata baik aku hapuskan mereka-mereka tersebut.....esspecially lelaki yang tidak diuntung....lelaki-lelaki yang tak pernah dikenal...memang lah atas dasar ukhuwah...tapiii......ermmm
daripada aku mengutuk mengata baik aku elakkkan dengan cara hawinnggggg depa daripada friendlist aku kan...
lagi satu aku tak suka pompuan yang pakai niqab atau tudung labuh than tangkap gambaq buat muka comel untuk tatapan hantu-hantu difacebook....bukan setakat mereka ini malah mereka-mereka yang biasa-biasa pun apa kurangnya,...apa dah sangap sangat kot...
lagi satu...aku tak suka jugak orang yang post..kongsi barang-barang mahal yang dibeli..aku tau aku tak mampu..tapi aku sikit tak jeles...aku cuna cakap..eii riaknya....

one more adalah ...aku tak suka orang dok berasmara...berjimba dengan pakwe..makwe..difacebook..bukan jeles tapi geli...dah sangap sangat kot...bodoh betuii...tak halal...semua tu haram..haram..haram...haram..bak kata bungmokhtar....hihi...

ini semua poyo...
aku sebenarnya sedang sedaqkan diriku...mungkin ada orang spesis aku yang tak suka benda yg aku cakap kat atas tu...so apa yang aku tak suka melatih diri aku supaya tak buat benda-benda yang aku sebut tu...sangat membantu...tq...maaf kepada yang telah diunfriend~~~~~~~~~~~

Wednesday 6 November 2013

Male


sampai bila aku nak takut dengan kaum adam...sampai bila...????????
aku bukan takut cuma aku malu..tak biasa..
dulu penah masa mula masuk matrik ada kawan aku cuba nak suruh aku biasakan dengan laki...sampai merah padam muka aku....depa pekena aku....aku tak boleh aku malu...aku resah gelisah bila cakap dengan depa...
tetapi yang peliknya aku gelisah berhadapan dengan lelaki melayu...aku tak rasa apa-apa la pulak bila berhadapan dengan non muslim...
pandangan lelaki melayu bagi aku menakutkan ..tak kiralah sealim mana dia...tak kirlah sejahat mana dia..
aku tak boleh..tak boleh.........................
sampai mak aku cakap belajaq la cakap dengan laki....tapi jaga lah batasann...
mak hampa ada ka pesan macam tu.
macam pelik ja...
aku nak buat macam mana pon aku tak tau...aku tak confiden bila ada lelaki...
kadang-kadang aku mengeluh jugak...kenapalah kat dunia ada lelaki...Astaghfirullah...
aku nih bagai katak di bawah tempurung...
aku tak suka keluaq dengan kawan-kawan...aku tak suka berada di tempat awam...
aku malu...aku banyak kali kot kalau kawan-kawan ajak pi mana-mana....
kalau boleh aku teringin nak pi program motivasi yang boleh tingkatkan keyakinan aku...
yang penting macam mana aku nak kahwin kalau sikap aku macam nih......
malu perlu bertempat~

Friday 2 August 2013

Kehidupan di Matrikulasi

Assalamualaikum...
harini secara tidak sengaja aku nak rasa macam nak siapkan satu entry setelah berbulan-bulan aku tak aktif...
aku just nak share kehidupan aku di matrikulasi yang penuh dengan riang ria..hari pertama aku mendaftar di matrikulasi Perak...tiga hari kemudian aku mendapat panggilan daripada ayahku mengatakan aku dapat tukar ke matrikulasi Penang...aku berbelah bahagi sebenarnya...sebab aku di Matrik Perak ramai kawan satu sekolah...berat hati sebenanrnya nak tinggal matrik perak...tapi apa kan daya hati aku menyuruh aku pergi ke matrik penang...hari kelima selepas pendaftaran..aku sekali lagi mendaftar ke matrik penang...hari pertama aku dah dapat tau kelas..mula-mula aku tersilap masuk kelas..nasib baik aku ada geng yang tersalah masuk kelas...tapi dah berkenalan dengan kawan praktikum...lepas kami yang tersalah masuk nih pun pergi la cari kelas kami....

disitulah aku berkenalan dengan kawan-kawan kelas aku...ketua praktikum Syafiq orang penang...nampak dya serius macam sombong...Penolong Ketua Praktikum, Rini..nama dia Amalini entah kenapa dia suruh panggil Rini...asal Kelantan...Bendahari Nik...cun orangnya....orang terengganu...dan antara kawan-kawan yang lain....Adibah, Nana, Adila, Zaharah, Iqa, Zubaidi, Jazmi, Nazmi, Arif, Firdaus...dan kebanyakan dari utara dan pantai timur....

dan depa sebenarnya sangatlah caring termasuk si laki-laki...bila time birthday mesti depa akan buat suprise..

aku pelik disini...budak laki-laki takut sungguh dengan aku...mungkin aku sangat serius membuat depa semua takut nak cakap dengan aku...disini yang paling ramah adalah Adila...yang paling sengap adalah aku la tu..aku pon pelik lah dengan depa...bila depa nak cakap denagan aku mesti depa jadi serius..siap bawa teman lagi...aduya....awat aku nih serius sangat ka tau...aku pon tak tau...tak faham aku..

kehidupan aku disini semakin hari semakin best lah...crush tu hari-hari...hehehe..ok melwak ja...aku rasa fitrah manusia tu suka pada seseorang right...tapi aku rasa apabila terlampau sibuk disini membuatkan nak tengok muka sorang-sorang susah...okey sekian dah tak da idea...

eh lupa-lupa...ada budak second intake lim , sharvin n farah..dan yang lewat masuk Khausi...


Monday 6 May 2013

Pandangan Budak Hingusan

assalamualaikum~
bahang pru13 dah pun sedikit reda...
Tahniah kepada BN kerana diberi peluang lagi untuk mentadbir negara.InsyAllah tahun depan  beri peluang kepada pakatan pulak...erkk??hehehe

PENDAHULUAN
okey aku sebenar nak cerita sedikit tentang keputusan pru13 nih...aku tahu siapalah aku nak cerita bab pru13 almaklumlah aku belum cukup umur lagi...aku sedar aku cuma budak hingusan yang sedang bercerita tentang hal politik negara...tapi aku rasa aku dah boleh mula membuat penilaian untuk persedian pru14 ...takpe..takpe...aku tak kisah orang nak cakap apa yang penting aku nak siapkan jugak entry tentang keputusan pru13 nih...hurm...sebak jugak bila tahu yang BN akan menang...tapi dari dulu lagi aku dah syak yang BN akan menang tetapi mungkin tak banyak/menang tipis..sebak aku dapat lihat kebangkitan rakyat dan semangat reformasi yang ditunjukkan sebilangan rakyat Malaysia yang mahukan kebebasan..anak muda sudah bangkit dan sedikit lagi ja nak menang...

tambah lagi kesedihan apabila aku dapat tahu Putrajaya jatuh kepada orang yang bagi aku tidak layak..sedih sangat cam nak nangis ja..okey dah aku harap semua orang tak marah aku..izinkan aku beremosi sebentar...krek..krek..

ISU PERKAUMAN
melayu bodoh...melayu bodoh..melayu bodoh..
marah la aku..marah la aku cepat...sapa orang melayu marah la aku...yeay..
aku pun orang melayu..aku kata bangsa aku sendiri yang bodoh...jadi aku bodoh lah yerr...tidakkkk...setangah melayu je bodoh nak mampossssssssssssssss
huh lega kot aku tulis camtu...
aku geram dengan orang melayu yang mainkan isu perkauman gara-gara dap menang banyak dalam pakatan...melayu pas ikut terpengaruh..huh...melayu bn tambah bodoh la kan...hahaha...

apasal melayu Penang yang kurang cerdik setengah tuh takut sangat dap bakal pegang negeri nih...bukan kah Penang ini penduduknya ramai Cina...tak sedar ka...ada pulak yang bodoh cakap Penang nih dah nak jadi macam Singapura..melayu cepat sangat melatah..sapa suruh tak undi pas pkr...aku agak kecewa sebab kepala batas tempat aku still bn yang pegang...better pilih afnan hamimi kot daripada reezal merican...hampa tak boleh bezakan depa ka..and satu lagi hampa tak boleh nak bezakan muslimat pas dan puteri umno ka?ka hati hampa tu keras dan mata hampa buta..okey sudah..aku tak nak mengutuk...

berbalik kepada "perkauman" ..isu ini cuba dimainkan puak-puak yang tidak bertanggungjawab..sedarkah anda negara kita ditakdirkan mempunyai penduduknya berbilang bangsa..apa salahnya nak kongsikan sama-sama..cuba buang isu perkauman itu...kita kongsi kemajuan sama-sama...bangsa mereka lebih maju..bangsa kita??ambil lah contoh daripada mereka...keberadaan mereka di negara ini tersangatlah penting...tapi orang yang sempit fikiran ja yang sayangkan bangsa lebih pada agama...hidup melayu!hidup melayu! melayu mana?haha...

konsep satu Malaysia tu dah betul sebenatnya tapi tak amalkan...hidup BN hidup Melayu...habis Cina bukan hidup di Mlaysia kah?

okey berdasarkan kemenangan dap ini kita dapat simpulkan yang orang Cina itu sudah bersatu...Melayu? bila akan bersatu...?Melayu akan bersatu apabila pegangan agama Islam itu kuat...makna kata Melayu harus sokong parti yang jelas -jelas memperjuangkan Islam...parti mana? jawab sendiri...

DUIT
aku dapat simpulkan juga bangsa Cina tidak termakan dengan sogokan...mereka sudah kaya..mereka sudah celik politik...Najib sudah bawa Psy...tapi tetap mereka sokong parti mereka bukan...mereka bijak...tapi tengoklah melayu bagi br1m sudah rasa termakan budi...mereka manja..makan suap...harapkan kerajaan...orang cina? mereka boleh maju..kayaraya tanpa bantuan kerajaan...tetapi melayu kenapa menteri-menteri kaya tetapi rakyat-rakyat masih ada yang miskin...sudahlah dengan statement lapuk..."awat tak bersyukur sangat nih"...apakah BN itu bagi rezeki kepada kita?tidakkan..so apa yang kalut?

ANALISA
okey nak buat analisa sikit tentang keputusan pru di beberapa tempat..aku nak buat kesimpulan dulu..aku puji pemimpin2 pr nih bijak-bijak belaka...eksperimen mereka sudah berjaya..mereka sudah buktikan mereka juga dalam kalangan bijak-bijak belaka...ilmu mereka dunia dan akhirat juga ada setengah seimbang...

1.Gelang Patah
 Lim Kit Seang(dap) vs A.Gani Othman(bn)

KitSeang menang majoriti : 14 762

kerusi ini adalah kerusi yang agak panas diperkatakan...BN tersilap langkah apabila meletakkan calon melayu ditempat majoritinya Cina...ini adalah tindakan bijak yang dilakukan pakatan rakyat...menang besar tau...dan disinilah kita dapat tahu yang BN tidak lagi diterima oleh pengundi Cina...

2.Pandan
Rafizi Ramli(pkr) vs Gary Lim Chin Yee
Rafizi menang majoriti : 26 729

yeah dulu penyandangnya ialah bn...kita boleh nampak yang Cina juga menerima calon pakatan melayu kerana disini tempatnya majoriti Cina...Eksiperimen mereka berjaya lagi...kita dapat lihat pakatan rakyat diterima orang Cina...mereka juga sokong melayu...

3.Bukit Bendera
okey malas nak tulis tetapi disini demenangi dap dimana calonnya ialah melayu iaitu anak kepada khir johari namanya zairil...majoriti 32 778...disini juga membuktikan bahawa cina tidak memilih calon cina tetapi melayu...jadi disini tidak perlu timbul isu perkauman kerana mereka jugak nak tolong kita..

dan aku jugak nak bagi tahu di tempat aku orang cina ada yang undi pas...so tak perlu timbul kepelikan disitu..hahaha...mereka mahu ubah kepada negara yang betul-betul mengamalkan demokrasi..kesimpulannya mereka(orang cina) lebih celik politik...

LUAR BANDAR
BN mendapat sambutan di luar bandar...hahaha...aku gelak ja...makna kata penyokong tegar BN itu "agaknya" bukan dalam kalangan orang yang celik IT...jangan marah aku cakap hanya sesetengah ja okey...peace

DAP VS MCA
jadi tidak perlu timbul isu perkauman...mb Penang dari dulu lagi Cina...dan kalau bn menang sekalipun mb Penang tetap cina...jadi aku nak tanya apa beza cina mca dan cina dap? bezanya parti ..hahhaha...tapi mereka cina ...apa nak kalut...mungkin mca tu kemelayuan sikit kot...hahahaha*gelak besar..

TAHNIAH
tahniah Penang , Selangor dan Kelantan kerana anda bijak memilih...bagi Kedah lu pikir la sendiri...masih sedih dengan Putrajaya...Tengku Adnan dengan Husam Musa aku rasa Husam Musa hensem lagi..haha....

KESIMPULANNYA
Isu perkauman ini tak sepatutnya wujud..Langkah orang Melayu adalah utamakan agama dulu sebelum bangsa...aku tak sanggup melihat orang cina benci orang melayu...jadi apakata kita bersatu tunjukkan akhlak islam yang sebenar..jangan termakan dengan orang yang tak bertanggungjawab menakut-nakut orang melayu tentang orang cina...sudah-sudahlah...pru14 nanti tunjukkan islam yang sebenar...Melayu Islam yang baik bersatu menerima Cina , India yang baik...jom kita ubah kepada negara yang lebih Islamik...dan aku mahu lihat first lady malaysia yang pertama bertudung melainkan first lady sekarang bertemu hidayah...

tahniah abang kakak makcik pakcik yang memilih untuk:
bayar hutang ptptn
bayar tol
bayar saman aes
and so on...................

for my daddy anwar , mama wan , kak Izzah.. congratulation...perjuangan anda bukan berhenti setakat ini dan saya yakin momentu yang padu untuk pru14 nanti akan berbuah hasil InsyAllah...saya mahu lihat negara Islam...saya mahu lihat hukum hudud dilaksanakan untuk orang Islam...saya nak lebih ramai isteri-isteri menteri menutup aurat...Anwar kamu adalah hero rakyat...kamu telah buat rakyat berkuasa...walaupun 3 hari sebelum pilihan raya kamu terpaksa hadapi cabaran yang perit tapi kamu dan pemimpin pr  yang lain telah buktikan usaha kamu...aku akan mengundi pru14 ,....sekian~

HARAPAN
aku mahu lihat pilihanraya yang lebih telus dan adil
aku mahu lihat amalan demokrasi yang betul
aku mahu lihat media massa yang lebih adil

HURMMM~

CINA bersatu sehingga anak melayu
bernama Rafizi MENANG melawan calon
CINA BN di Pandan.

CINA bersatu sehingga anak melayu
... bernama Arif Sabri MENANG melawan
calon CINA BN di Raub.

Melayu-melayu rasis anda telah hilang
kemanusian-Sadis..

MELAYU bersatu sehingga anak CINA Tee Siew keong MENANG melawan calon melayu PAS di Pulai Sebatang.

#PIKIR SENDIRI LAH YERR

ingat yerr Cina itu adalah bangsa...
agama orang Melayu adalah Islam...
bukankah Cina juga bisa jadi Islam jika dia convert kepada Islam...
kalau ada pihak cuba nak cakap isu perkauman maka ini akan terguris hati orang Cina yang beragama Islam...sedarlah...tunjuklah sikap Melayu yang akhlaknya lebih islami,....jangan jadi bodoh yerr orang melayu~



panjang siott.....aku tak edit..maaf atas kekurangan~


Sunday 21 April 2013

Mudah Lena~

maksud lena tu ialah tidur..ekekeke
sekarang nih aku bukan nak cerita pasai tips-tips mudah lena ka hapa...cuma aku nak bongkar kisah seseorang yang bernama Muhdalina...aku mintak maaf sebab setiap kali aku baca nama dia mesti aku sebut Mudah Lena...mohon maaf ini adalah tidak sengaja...

Muhdalina Ahmad...siapa kenal? aku dah agak hampa tak kenal dengan pemilik nama ini...
tapi ingat tak tentang kejadian amuk di JPM(jabatan perdana menteri) Putrajaya...ingat tak?..ingat tak? aku pun tak tahu kenapa aku terpanggil untuk mengikuti kisah dia...dan menulis tentang kisah disebalik kejadian tersebut....aku tak tahu lah dengan mendalam sangat ...cuma baca banyak juga blog tentang kisah dia nih...cuma kisah dia mungkin tidak seratus peratus betul...

aku sendiri tak faham kenapa Muhdalina ni boleh pi ikut lelaki yang hanya dikenali di alam maya...iaitu dia kenal di blog....setahu aku mereka hanya berbalas-balas komen di blog...

sebenarnya...kejadian ini agak pelik...apa tujuan dia nak buat macam tu...?

Muhdalina (Dada)...aku sebut Dada lah senang...Dada tu nama panggilan dia..

Apa-apa pun aku hanya nak suruh hampa baca dia blog nih http://buasirotak.blogspot.com/2012/07/ketaksuban-yang-membawa-padah.html

dia rajin betul buat researchtentang Muhdalina dan aku pun rajin betul nak baca cerita pasai Dada ni kan..hehehe....
tak de paedahnyew...
tapi sapa suka baca kisah mesteri yang tak berapa mesteri selongkar lah blog Dada...
http://9111tanyasamaituhudhud.blogspot.com/

hampa try baca entry yang dia tulis tapi aku nak cakap yang aku tak faham../..ayat dia penuh dengan bunga matahari..bunga tulip..bunga lavender..hehehe\

ketaksuban yang melampau~
itu yang aku boleh gambarkan kepada Dada...dia dikatakan gila...tapi aku rasa dia tak gila cuma taksub yang terlampau sehingga memakan diri sendiri...dia orang yang bijak....sudah mempunya dua orang anak...mungkin tersilap langkah lalu memakan diri....aku harap akak Muhdalina Ahmad cepat sembuh....

Kesimpulannya

apa yang aku baca ayah dia kata yang dia nih "gila internet"....aku cuma nak pesan yang jangan mudah sangat percaya dengan kawan di alam maya....kita tak tau keadaan sebenar mereka macam mana....ada yang kena sihir melalui facebook...dunia sekarang canggih...tapi still ada lagi amalan syirik tersebut....jauhilah amalan syirik...agar kelak tidak memakan diri~

nah lebih tau tentang Muhdalina pergi ke blog ini ya~
http://buasirotak.blogspot.com/2012/07/ketaksuban-yang-membawa-padah.html


Sunday 14 April 2013

Aku BUKAN Taksub!!!

Assalamualaikum kawan-kawan....

aku bukan taksub? agak-agak aku nak tulis pasai apa?
k-pop?....penyanyi?...gangam style?....ag coco?....

ag coco mungkin ada orang cakap aku taksub dengan ag coco kot....eh tak-tak aku bukan nak cakap pasai ag coco ka apa tapi...........

ermmm....taksub apa ya? tapi aku kan tulis yang aku bukan taksub cuma aku tertarik dengan perjuangannya...minat...dan rasa ingin selalu mengikuti perkembangannya...dan sewaktu dengannya....apa yang buat aku tertarik nih...cer teka..cer teka

politik? aku still bawah umur la....
ekonomi....aku tak minat...
ag coco? ...ha yang nih aku minat....tertarik dan rasa ingin mengetahui perkembangannya....
tapi yang tertarik tu kurang lengakap ayat rasanya....tertarik dengan siri perjuanggannya....perjuangan apa..so ag coco tak dak ciri-ciri rasa tertarik dengan perjuangannya....sure hampa pening kan aku tulis apa....hahaha..takpa takpa...

sapa yang tak suka pi main jauh-jauh...

okey-okey sekarang aku nak serius ckit....
aku sebenranya minat dan tertarik dengan siri perjuangan...kegigihan..kewibawaan...kepimpinan...seorang iaitu...jeng..jeng,..

Anwar Ibrahim

siapa aku nak bercakap tentang politik...aku masih dibawah umur..tapi bagi aku tak salah kalau aku cakap pasai politik..dalam sejarah pon ada politik..belajaq politik...so, tak salahkan kita cakap pasai politik..

ingin aku tegaskan...tolong la jangan boikot aku gara-gara entry yang akan aku hasilkan ni...okey...

okey...aku nak cakap yang aku memang mengikuti perkembangan insan yang bernama anwar ibrahim...wan azizah..serta nurul izzah anaknya,..cuma kalau tanya aku mungkin fail kot...aku cuma ikuti ja...

kalau hampa nak tau...aku nih kenal orang yang bernama Wan Azizah nih ketika umur 5 tahun....jangan terkejut ...yess memang betui kalau tak percaya pegi tanya mak aku daaa...

dan aku minat sangat-sangat dengan Anwar Ibrahim...minat dengan kewibawaan dia sebagai seorang pemimpin...mungkin dalam erti kata lain....mereka semua mungkin boleh dijadikan idola...yess...idola....aku minat sangat kot..memandangkan kawan aku ada yang sekepala...mohon jangan marah....

aku boleh kata tiap malam layan livestreaming tuk jelajah merdeka rakyat...tak percaya? tak percaya sudah....tapi aku layan jugak tv3...9...aku tengok jugak berita...bukan cam sesetengah orang yang err....layan sebelah pihak....

itu ja pon yang aku nak cakap..keh...lain kali aku nak buat entry tentang idola aku ni la...bagi kasi cun ckit ayat..


berderai air mata aku bila tonton video...sapa tak percaya sudah...Allah saja yang tau....best sangat lagu ni....cuma nak promotw video nih ja....serius aku menangis tengok video...sila percaya okey...

dialah pencetus reformasi...agak-agak ada tak yang boleh terukan perjuangan beliau....InsyAllah ada...

berjuang demi agama....demi rakyat....demi keadilan....demi bangsa...demi negara...

membujur lalu ..melintang patah...reformasi ...lawan tetap lawan...takbir ...Allahuakbar

#serius aku kagum sangat dengan insan ini~

#inikalilahvotelapr....suruh makbapak...abang..kakak... mpa vote pr....
tq...hehehe

#argh...terlebih sudah....aku malas edit lagi sekian


sekian..wassalam

Friday 5 April 2013

Malu

huh..aku(SAYA) cuma nak luah perasaan sikit...
setiap kali aku pi practical untuk lesen pasti ada insiden memalukan.....
itu ja....

Saturday 30 March 2013

Tersedar lalu bertanya..tak tahu..tak tahu kemana

hye kawan...
aku(saya) tersedar dari tidur...tidur ku tak lena tak kala memikirkan...lesen...lesen...lesen..ooo...hahah
semalam ada orang tu cakap yg bukan-bukan...dia seolah-olah ingin memalukan aku...

dari situ aku mendapat kesedaran...yang mana aku kenal sorang nih hanya di alam maya...tapi nih bukan kawan yang nak malukan aku tuh..dia nih orang lain...nih orang lain tau...aku anggap dia tu tersangatlah baik...tapi aku ada tanya ada sesuatu...tapi bertindak tuk merahsiakannya...apakah?dah lama aku menjadi rakan facebook...dan kalau dia ingat aku dah banyak kali tanya soalan yang sama...dia seolah-olah mengelak...apakah rahsia disebaliknya...hahaha saspen sungguh..

okey..okey aku tak mau mengaibkan sapa-sapa tapi aku cuma nak pesan ja tolong jangan rapat sangat dengan orang yang tak penah lihat jasadnya....jangan percaya seratus-peratus walau ayat yang digunakan itu islamik habis...aku kenal dia dalam facebook dan aku baru tersedar yang aku rapatdengan dia dan dia tu pulak orang yang aku langsung tak kenal....aku macam jadi percaya habis kat dia....

dan dia pun banyak nasihaktkan aku jangan percaya sangat dekat orang yang tak kenal...tapi memang pelik dia banyak nasihatkan aku jangan kongsi dengan orang yang tak kenal...nama dia sebenar pon aku tak tahu....

aku baru sedar beb...aku baru sedar yang aku kongsi cerita banyak benda...politik..dan sebagainya....macam manalah aku cepat percaya dekat orang yang aku tak kenal...

dan paling penting aku nak pesan kat kawan-kawan...jangan cepat percaya dekat orang...dan jangan cepat kesian....

dan yang penting aku dan dia tetap sahabat selama-lamanya...cuma aku nak kurangkan benda yang bukan boleh bawa manfaat bersama...

aku harap dia dapat jadi pendakwah yang betul-betul ikhlas berdakwah...thanks kawan kerana banyak menolong....terima kasih banyak-banyak...kerana banyak menolong dan beri nasihat....

Hilang fokus

hye kawan...
aku(saya)...saku tak tahulah nak cakap camna...harini aku pi practical moto dan keta....keketaran tu masih ada....aku masih panik...gabra...aku dah tak tahu macam mana nak ubah...aku selalu hilang fokus,....tapi aku jenis cepat tangkap tapi lambat bertindak....

harini aku dah la mood tension dari malam tadi gara-gara memikirkan macam mana aku nak lisntas jalan yang ada trafictlight di tempat simpang siur...bagaimana aku nak berhadapan anjing....dah  la aku sakit perutciritbirit,...hahaha...macam-macma

time pagi tadi dah aku buat hal...pabila makcik L(LESEN) telefon kata pakcik L dah keluaq nak amik aku...aku baru mandi..teruk dak aku? kalut gila....aku tension time pagi tu...geges betui....

practical moto aku lancar....cuma still ada aksi lagak ngeri...haha...terlanggar tebing dan hampir terjatuh....titi 2 kali...Alhamdulillah sangat bersyukur....

aku pun sempat berkenalan dengan kawan aku yang tok wannya kawan ayah aku....aku juga sempat jumpa kawan aku syafiqah yang aku jumpa dia masa pi kursus kat Langkawi ketika7 tahun yang lalu...dia sorang ja yang ingat aku...thanks kawan....

Practical kereta yang sangat hampeh....sebenaqnya aku nak cakap pasai benda nih la....aku hilang fokus...aku bukan tak ingat tapi hanya hilang fokus...blurr...

perangai aku hanya kawan-kawan makayah adik beradik ja tahu,...orang yang tak kenal aku tak akan faham...aku jenis susah nak bukak mulut....

start bawa kereta aku dah mula panik...walaupun abang L tu cakap dia sporting...aku takut la....habis semua dia kata kat aku....aku ni pemalu ka...penyenyap ka...haha...aku perempuan melayu terkahir katanya....

ya aku tahu...aku susah nak senyum...muka aku muka sombong...bila tau aku dari sekolah mana....dia kata oo..haha...

aku dah mula naik bosan akibat ulang kesalahannya yang sama....aku mula buat muka yang give up...abnag L cakap dia tak marah aku ...awat akunak marah dia....haha...aku tak marah tapi aku rasa cam huhh...aku malas nak amik lesen...ambik sebab mak suruh....aku sepatutnya berfikiran positif dalam hal ni...aku ambik bukan sebab mak aku tapi nak mudahkan semua orang...itu ja...

tapi tadi aku rasa salah sebab aku tunjuk muka nak putus asa....aku tunjuk malas..lantak hang la nak jadi apa...aku salah...

aku rasa aku syak yang aku ada ...nak semacam was2 tuh...aku amik semayang pun kadang-kadang boleh lupa...rakaat pon kadang-kadang boleh lupa...kadang buat kerja dua kali....
aku panik...gabra...hilang fokus....itu saja....malu itu perkara biasa apatah lagi yang ajar aku lelaki...bagi aku aku penyenyap..haha sebab aku rasa aku perlu cakap panda benda yang perlu....huh...letih dengan diri aku..

aku perlu berubah...perlu yakin...yakin..yakin...aku,,aku,, In Shaa Allah boleh !!

#malas edit lagi...
sabrina... janganmarah tadi kami tegoqyunidannajmi di fb...hehehe

Sunday 24 March 2013

tahniah! jom pi kenuri

assalamualaikum....
tahniah kepada rakan-rakan yang berjaya dengan cemerlang dalam SPM...
Alhamdulillah..saya BERSYUKUR dengan result yang saya dapat ni walaupun ada secebis kekecewaan keranan apa yang saya nak tak dapat...apapun perjuangan harus diteruskan...
Alhamdulillah saya tidaklah sampai menangis...meracau-racau sebab saya percaya Allah dah letakkan keputusan yang terbaik untuk saya..

okey cukup setakat itu...
harini aku(saya) pergi kenduri rumah adik beradik(sedara)..orang utara ni selalu sebut camtu...sedara pon cakap adik-beradik...
aku bukan suka sangat pergi kenduri2 ni melainkan kenduri adik beradik, sepupu sepapat...aku memnag teruja sangat kalau pi kenduri depa...sebab boleh kenal adik-beradik..tapi kalau pi kenuri kenalan mak dan ayah aku..memang tak best...bukan kenal sapa-sapa pun...

jadi bila pi kenuri tadi...aku jumpa ustaz aku la...tapi tak berani tegur...tapi aku ada sedikit keberanian tuk menegur...disebabkan ustaz aku tu tak nampak aku..aku pon ..ermm takpa...lain kali ja lah...tapi apa yang aku seronok setiap kali pi majlis kenduri keluarga depa ni...aku dapat jumpa orang yang alim-alim..best tengok keluarga depa ni...ukhuwan tu kuat..sepupu-sepapat rapat-rapat..tapi masih mengakekal ikhtilat yang dibenarkan dalam islam...wah...hihi...

okey  sudah aku blank bye...

ok2 aku sambung..aku sebenarnya nak cerita yang aku tak reti bergaul degang orang tua...aku memanag tak reti...aku tau ramai bakal-bakal mak mentua disana akan reject menantu yang macam ni...aku tak pandai nak menjawab soalan-soalan yang dijaukan....aku jenis lambat menjawab dan malu-malu...aku tak macam kawan aku nurul hidayah binti jaapah yang pandai dan sopan bila berhadapan denga orang tua hihi...

apapun aku harus belajar...pergi kenduri dan belajar cara orang..jangan nak asyik mengusha ja...yang penting tundukkan pandangan ..barulah mak mentua nak amik jadi menantu hihi...

*tips=belajar cara untuk menunudukkan pandangan...

1. kalau nampak lelaki tolong terus tundukkan pandangan...

2. renung ke tempat lain..tengok lauk ka...tengok pinggan ka...atau tengok mak kite..hihi

3.kalau dah ternampak laki hensom tu...teruskan melihat..eh..eh..salah... terus paandang ke tempat lain...zikir-Subhanallah..Astaghfirullah..cakap.kuatkan iman ku...

4.buat2 sembang ka...minum air ka...kepok jari ka..haha

5.kalau ada lelaki yang tolong bubuh lauk..jangan tengok muka tapi terus tengok bahagian perut dia hihi...

6.kalau dia tegur kita...buat tak tahu ja...minta Allah kuatkan iman...

7.kalau dia tanya kita...tolong tegaskan suara...jangan manja-manja atau terlalu lembut...

okey setakat itu sahaja....bakal bini yang macam ni dicara lelaki-lelaki soleh...ni tak...nak laki imam muda tapi perangai cam haprak.....nak sopan tu jangan terlalu sopan sampai boleh menjadi tarikan kepada lelakii..

p/s: nantikan lagi tips dari saya...saya dah mengantuk ni...bye..malas nak edit...k bye...





Tuesday 26 February 2013

aku belum layak?

aku sebenarnya belum layak untuk bercakap tentang pilihanraya...
tapi layakkah aku bercakap tentang politik...

by the way
dengar lagu ni buat aku semangat gila....naik bulu roma aku...

 
 
 
bila la umurku nak mencapai 21ni...aku tak sabaq nak mengundi...
InsyAllah aku akan undi........biarlah rahsia....hehe
 
#syabas and tahniah to yassin and faizal tahir....
 

 
 

Thursday 21 February 2013

dia yang aku cari

hallooo...
actually aku nak cakap pasai lelaki yang telah aku kenali di zaman persekolahan...perkenalan aku bermula ketika aku memulakan langkahku untuk ucap tahniah kerana mendapat keputusan yang cemerlang....itu adalah tidak sengaja..aku betul-betul tidak sengaja untuk mengucapkan hal yang tersebut...tetapi entah kenapa hari-hari pulop dia chat dengan aku...apa yang ditanya aku jawab jew...tapi tidaklah sampai kepada benda-benda yang mengarut....naik tingkatan lima aku mula rasa hairan...dia dah berubah...habis aku tak berubah??tanya diriku

yes ..dia berubah sangat....dia sudah boleh digelar sebagai prndakwah...dia dah start bagi ceramah dekat kuliah 3minit di sekolah...dia sudah jadi pengawas...dan paling mengejutkan aku dia masuk MTQ...aku taknak cakap lah dia ambik bahagian apa...

dia sangat berubah...dia sudah menjaga pandangannya...
kali terakhir aku chatting dengan dia tanya aku..apa plan aku....dan sempat aku bertanya dia ambik S****  kah? serius itu berlaku secara tidak sengaja...bagi aku pertanyaan itu adalah gangguan syaitan kerana aku tergedik jugak nak tanya dia....kenapa aku tak tanya orang lain...kenapa dia jugak aku nak tanya...aku anggap diri aku bodoh dan sudah terlanjur bicara serta mengikut kata-kata syaitan...Astaghfirullah...apa yang aku dah buat...aku tahu cara dia menjawab semacam dia sedang membenci perempuan yang tergedik nak jugak tanya soalan...

memang...memang entry ini ditujukan khas buat dia...aku tak mengharapkan dia baca sebab dia tidak tahu tentang kehadiran blog ini....tapi taktahulah kalau aku terbagi tahu...

pernah ustazah aku berseloroh....ustazah aku cakap kalau kita rasa kita nak jadikan sangat dia sebagai istri atau suami...kita boleh mintak doa dan sebutkan nama dia....dan ustazah bagi contoh dan nama yang disebut itu nama dia...aku tersentak dan gangguan syaitan menjelma....

aku tak cakap yang aku jatuh hati pada dia...tapi aku cuma boleh cakap yang aku nak cari suami macam dia dan mungkin lebih baik daripada dia...sebab aku sangat suka dengan perubahan dia....apabila jalan sentiasa menundukkan pandangan...

dan sekarang aku mendapat tahu yang dia telah membuat satu acc fb yang baru...dan aku juga mendapati hanya lelaki sahaja menjadi friend disitu...adakah dia yang aku cari??????

emel ini aku postkan kepada rakanku untuk meminta pandangannya...sempat aku makan roti dengan aiskrim...

*hoi2 kawan jangan sentap sangat baca benda nih...aku buat hanya suka2...buat novel la katakan...nantikan "dia yang aku cari" pada episod yang akan datang...tunggu tau...takda kena mengena yang hidup ataupun mati...kalau yang kena tu mungkin sikit2...

Wednesday 20 February 2013

Aku minat POLITIK sapa tau?

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian...
mengikut apa yang saya tulis diatas...itu adalah luahan hati saya....orang tak tahu yang saya sangat suka mengikuti perkembangan politik di Malaysia..kekadang saya sudah boleh dijadikan medium menyebarkan politik kepada ayah saya melalui pembacaan dan penelitian di internet...tetapi ramai yang cakap tak bagus percayakan internet...mungkin segala cerita dan artikel serta video boleh diedit...yes memang betul...tapi korang percaya ke dengan cerita diutusan...sama lah jugakkan ada yang boleh dan ada yang tak...makcik-makcik yang takdak internet kat umah tu mungkin dia percaya surat khabar utusan ja kan...kalau dia tak baca pun dia akan cepat percaya dekat orang...hati diaorang dah tepu...orang bagi bantuan diorang ambil..diorang cakap orang yang bagi tu baik.."tapi kalau orang tu tak baik"....ish..ish...Astagfirullah...ini lah orang kita  suka sangat bersangka buruk....nilai keikhlasan seseorang tak boleh dinilai oleh seseorang...kerana keikhlasan itu umpama semut hitam diatas batu hitam pada kepekatan malam....

jadi kalau orang bagi bantuan sila ambil dan bersyukurlah...jangan cakap banyak..ambik jerr...hihi...anggaplah itu duit sendiri...kikiki....berterima kasihlah kepada kerajaan kerana mengembalikan wang kita...berterimakasihlah kepada pm kerana berusaha mengebalikan wang kita...jangan dok menyumpah dia taktentu hala...tolong la jangan menyumpah orang....

negeri yang ditadbir oleh pembangkang itu adalah negeri yang ditadbir kerajaan...tak..tak...maksudnya pembangkang itu adalah kerajaan kepada negeri itu...sapa tak faham tolong hiraukan sebab ini adalah fahaman aku...sebagai contoh...kat Pulau Pinang ni wang untuk pelajar emas telah diedarkan disekolah-sekolah...sapa tahu...orang tak tahu...sebab surat khabar yang pro** tak bagi tahu...so kita tak tahu....tapi tak semuanya yang dapat...tapi cuba belajar bersyukur...bersyukur sebab ada orang yang nak bagi bantuan... pelajar yang terlibat ialah mereka di tahun satu, tahun empat, tingkatan satu dan tingkatan empat....belajar bersyukur okey..

melayu bodoh...orang bagi ambiklah...apasal tak mahu ambil...aku nak cakap sekali lagi...melayu bodoh...melayu bodohhhhhhhhhhhhh....ambik hang...bodoh sungguh...maksudnya aku pun bodohkah?sebab aku melayu...tak...sesetengah orang je yang bodoh..aku tak...guru besar yang tolak bantuan nih...dia adalah bodoh....aku cakap dia bodoh...korang nak tahu....semua sekolah cina terima bantuan nih dengan hati terbuka...tapi sekolah melayu setengah ambik..setengah tak ambik...sebab guru besar bodoh sangat...fikiran sempit...mungkin guru besar diorang tu orang kerajaan ..sebab tu taknak ambik....kakak aku yang kata...jangan marah erkkk....anak menakan aku yang sekolah cina boleh dapat tapi sekolah kakak aku dan sekolah kat kamupung aku tak dapat sebab guru besar diorang bodoh...kakak yang cakap erk..hihihi...kakak aku nak try mintak untuk anak dia...ustaz kat sekolah dia cakap boleh jemakan duit tu...sebab guru besar yang berfikiran sempit pelajar-pelajar tak dapat manfaatnya....dan ibubapa menghentam sebelah pihak...nampak sangat ini tidak adil!!!

lagi satu aku nak cakap dulu penah lerr ada orang kampung aku yang nak bawak Ummi H ni masuk kampung...ayah aku kata apasal nak bawak dia ke sini...tak lain dan tak bukan sudah tentu lerr dia nak cakap pasai politik...tak de faedahye nak bawak dia mai kampung nih...datangnyer dia nak racuni fikiran makcik-makcik yang hati sudah tepu dan adenyer agenda politik ditambah pulak datangnya dia untuk menfitnah orang...ayah aku bantah arrr....tak de faedahnya nak bawak dia...okey...

sebenarnya aku merapu je tuh...hehe....merapu jerr semate-mate...awatlah aku cakap key-el..tak tentu pasai ...sapa rasa dia boleh pikiaq ..pikiaq la yerr....

*korang nak tahu aku suka Paklah
*aku kagum dengan CikDet malah penah rasa nak jadikan dia idola
*kagum aku anak Najib boleh cakap mandarin..
*kagum aku anak DSAI semuanya pakai tudung.comey2
*kagum aku dengan Nik Aziz dengan sikap kesederhanaannya
*kagum aku dengan Ng Yen2 sebab selalu sopan je pakai baju orang melayu walaupun orang cina
* ayah aku suka suara Rais Yatim

#kitakandudukdalamsatukeluargajadimarilahbersatudemiperpaduannegara.....

sekian

Tuesday 5 February 2013

aksi lagak ngeri...

aku drive romantik gilaaa.....bak kata makcik yang ajaq aku untuk se jam first....*aku panggil makcik sebab aku geli panggil dia mama.sorry yerr...

ceritanya begini haritu aku pi practical untuk kereta dan moto....kereta pagi dan moto petang....aku tak dak perasaan pon nak pi..takdaklah cuak sangat....tapi kawan aku gelabah semacam tapi realitinya aku yang lebih penakut daripada dia....

banyak ceritalah bila pegi buat practical haritu...untuk kereta aku dapat cikgu yang baik sangat...tapi untuk sejam yang pertama aku dapat mama *panggil p lanoh....

cikgu Raymond ajaq  aku...best la dia ajaq...dia cakap aku ni kurang yakin...dia nih banyak semangat tak macam cikgu lain yang potpetpotpet ja keja....

petang moto....aku paling benci belajaq nek moto...aku memang dari awal tak mau amik lesen moto sebab aku rasa aku kurang bersedia...mak aku yang suruh..aku ikut ja lah..memang pada awalnya aku niat tak baik masa nak mula naik moto...aku rasa malas...tension...malu...sebab aku tak cekap lagi...tambah pulak yang buat practical tu banyak laki....

aku buat dak tak hendak ja...buat main-main....bila dah habis bawak tu dia suruh letak moto dekat tempat letak moto...nak dijadikan cerita....aku gelabah sebab ramai sangat laki kat depan aku....aku nak tekan brek pon tercari...*teruk kan aku.....malangnya...tercontrol ayu punya pasal ..aku terpulas minyak...macam bangang gi...sampai naik atas...tebing yang hitam putih tu....orang semua bising.takut aku ke depan lagi...,aku mula nak mencarut arr....nasib baik tak terkeluaq....aku hempas-hempas kunci moto sampai ane tu tengok macam harimau nak baham tahi kambing.....*kureng asem betui.....

itulah ceritanya....nak teriak tak guna...aku berusaha untuk lupakan...

bercakap tentang lelaki....aku sebenaqnya pemalu....bila ada lelaki lalu kot depan aku mula la nak control ayu....okey...silap-silap bukan control ayu tapi tundukkan pandangan.....*sorry itu semua poyo
malas la nakcerita pasai lelaki nanti aku buat entry tentang (aku dan lelaki adalah anti)...aku nak cakap yang aku dah benda tak betul bila aku mula tegoq lelaki dalam chatting ...aku rasa bersalah...kadang aku chat pon sebab nak tanya sesuatu...tapi aku akan rasa bersalah bila dah mula chat....*aku cuma nak tanya hang amik stam ka....dmw ka?....bersalah pula aku tanya dia macam tu...bodoh kan aku...sepatutnya aku tak perlu tanya....

okey bye...yang tu ja...

Wednesday 23 January 2013

Hari Lahir Kekasihku

wahai kekasihku
ingin sekali aku melihat wajahmu....
wahai kekasihku
ingin sekali aku bertemu denganmu...
wahai kekasihku
ingin sekali aku mimpi tentangmu...
wahai kekasihku
aku rindu padamu
hanya Tuhan sahaja yang tahu
aku sangat rindu padamu
wahai kekasihku.............................
by:nhar
 
;
;
;
;
;
;
;
;
;
 
;
;
 
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir airmataku
Kerna pancaran ketenanganmu
 
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu
 
Ya RasulAllah ya HabibAllah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya RasulAllah ya HabibAllah
Kami rindu padamu
 
Allahumma solli 'ala Muhammad
Ya Rabbi solli 'alaihi wa sallim
Allahumma solli 'ala Muhammad
Ya Rabbi solli 'alaihi wa sallim
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ungkapkan
Hanya Tuhan saja yang tahu.
Ya RasulAllah ya HabibAllah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya RasulAllah ya HabibAllah
Kami rindu padamu
Kutahu cintamu kepada umat
"Ummati ummati"
Kutahu bimbangnya engkau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir airmataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya RasulAllah ya HabibAllah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya RasulAllah ya HabibAllah
Kami rindu padamu
 
 
~salam maulidur rasul~
kekasihku kekasihmu jua



Tuesday 15 January 2013

SESAJAK



HARUSKAH KAMU TAKUT?

kenapa kamu harus takut
tapi kamu yakin kamu adil
kenapa kamu takut
tapi kamu rasa kamu adil
kenapa takut
kan kamu adil.....


*********************************

KAMU YAKIN KAMU ADIL?

kamu yakin kamu adil
kenapa tidak diberi peluang
kamu yakin kamu adil
kerana berani berbohong
kamu yakin kamu adil
kenapa kamu memalukan orang lain
kamu yakin kamu adil
kenapa kamu singkirkan orang lain
kamu yakin kamu adil
isu yang lama dibangkitkan
... isu kamu sengaja dihilangkan
bukti kamu adil
tunggu dan lihat
hanya waktu menentukannya....

*************************************
 
AKU YANG BENAR?
 
aku remaja
punya hati waja
aku sengaja
mau kamu buktikan kamu yang waja
aku sengaja menjaja
nama remaja
kerana aku punya hak
dengan tegak
menyatakan pandangan yang benar
mungkin aku sedar
yang benar tidak akan kamu dengar


**********************************
 
BY:NHAR
THINK POSITIVELY

Kesal aku berpanjangan

aku kesal dengan sikap sorang kawan aku ni...aku dah penat dengan perangai dia...
bila di facebook dia post pasai persahabatan tapi hakikatnya aku dilupai...sapa yang lupa sapa sebenaqnya...bila aku tegur sikit mula melenting tak tentu pasal...bila aku sengap sikit cakap aku tak peduli...aku tak akan pernah faham dengan perangai dia....aku cukup muak dengan perangai dia...aku mampu sabar dan ikut rentak dia...sampai bila aku jadi bagai lembu dicucuk hidungnya..sampai bila aku letih la...aku bukan nak buruk-burukkan dia,...entah kenapa dia terlalu baik dengan aku sampai aku tak sanggup kalau kehilangan dia..aku selalu sangat rasa bersalah...aku geram sangat ni...aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

sampai sekarang aku boleh cakap yang tak ada sorang sahabat yang betul-betul ngam dengan perangai aku...ada saja yang tak kena....errhhhh....

kenapa dia buat aku macam ni ....aku tak faham...sires aku tak faham....

orang kalau selalu fikir positif dan saling fikir positif dia jarang akan ada masalah....
perkara negatif yang difikirkan itulah yang sengaja membuat masalah...falsafah yang tah hapa-hapa..

Ya Allah kuat kan aku untuk tempuhi semua ni....

Thursday 10 January 2013

Frust tertungging

hello ..
hari ini aku nak istiharkan bahawa aku sudah pun makan...hehe..
ekceli aku sebenaqnya kecewa sangat bila aku tejumpa gambaq pakwe aku pegang-pegang orang lain...aku rasa aku dah tersalah pilih pakwe...nasib baik aku tersedaq...kalau tak aku terjun jamban teruih...ehek...

okey sila abaikan pasai pakwe-pakwe pabala semua tuh..aku tak dak pakwe pon..tapi aku rasa aku hanya bisa bertepuk dengan bantal sebab pakwe aku dah penah mempunyai gadis gadis di sekeliling dia tanpa kesedaran aku..sampai hati kau perlakukan ku sebegini..takpa-takpa hang aku panggil geng kokdiang serang aloq setaq baqu hang nak tau...hehe...(geges gila gua).

okey hampa tengok la gambaq-gambaq di bawah ni...aku malas nak kata apa melainkan kecewa dan jeles.

weh sori gambaq takleh boh(camharembetui)...hihi

1.sara ali

2.adira

3.sharifah amani

(wanita-wanita  diatas semuanya genit..comel-comel dan putih melepak belake)
pandai ye kau cari

hampa rasa siapa lelaki yang telah digosipkan dengan depa-depa semua ni?hampa rasa siapa?

tapi sejujurnya kawan-kawan aku tak berapa kisah sangat bila jumpa gambaq-gambaq dia yang agak mesra dengan gadis-gadis diatas sebab aku tahu yang dari dulu dia memang dikelilingi gadis comel-comel..

dan ini buktinya apabila aku menjumpai gambaq ni dah lama sebelum gosip-gosip diatas muncul.

gambaq dia dengan nuleya(gua tak kenal dia dan rasenye bukan retis) yang nampak agak rapat dan mesra
sori gambaq takde.kalu ada aku update.(bajetadaorangyangnakmaimelawat)

p/s:kawan-kawan jujur aku cakap aku mungkin kelihatan gedik bila sebut nama lelaki tu.tapi pada hakikatnya aku tidak melebih sampai tahap menggedik.terpulang orang nak cakap apa menggedik ka menggatai ka fanatik tahap teruk ka.sebab apa?sebab aku bukan 24 jam ingat kat dia.cuma aku rasa suka dengan karakter dia.aku tahu ramai kawan-kawan aku cakap dia tak hensem yang tu pon hang nak minat.tapi aku minat bukan sebab dia hensem tapi aku suka karakter yang ada pada dia yang memang takdak pada orang lain.dia agak kekampungan macam aku..aku suka yang tu..

terbaru tersebar gambaq dia pegang ngan shraifah amani.aku rasa itu benda biasa.dia memang sekolah agama dan itu dia kena pikiaq sendiqi.

aku tau orang banyak tahu tentang dosa dan pahala tapi depa tak penah rasa takut dengan balasan dosa..kalau la ganjaran pahala tu kita boleh nampak dah lama kita nak qebut-qebut nak buat benda baik ja..sebab tak nampak lah yang masih ramai lagi terawang-awang.Allah nak uji keiman kita...sejauh mana kita bertaqwa kepada Allah..

Remember...kawan-kawan sejauh mana pon kita suka kat seseorang jangan sampai kita lupa Allah(pesanan untuk diri terlebih dahulu)..







Sunday 6 January 2013

perhatian!

mak aku suruh aku jadi jantan yang sejati...tunggu entry ala-ala kak nisa surihani gay...
p/s:percubaan pertama.