Monday 30 April 2012

MEI

Assalamualaikumwarahmatullah hiwabarakatuh..
memandangkan esok dah 1 Mei...

bila hari lahir anda dah dekat..
apa yang anda rasa??
seronok??
sebab dapat hadiah banyak
sebab ada orang ucap HEPY BUFDAY kepada anda
sebab ada orang post kat wall anda HEPY BUFDAY

tahukah anda..
bila tiba hari lahir anda..itu bermakna..
anda dah tua..
anda dah kerepot..haha << faham ka..
anda dah besar tapi perangai macam budak-budak yang tak pi sekolah agi...

seronok tak bila tiba lahir anda??
anda tak takut ke??
anda dah tua ...dah nak dekat dengan mati
takut mati?? tak takut??



sesungguhnya, ada tiga golongan dalam hidup ini.. 
  • orang yang ingat mati
  • orang yang lupa mati
  • orang yang takut mati

orang yang ingat mati sentiasa berusaha menambah amalnnya di muka bumi dan menjauhi maksiat.Ini kerana dia tahu bahawa maut itu sentiasa dekat dengannya dan dia sedar bahawa perjalanan hidup ini singkat semata.

Golongan yang kedua yakni golongan yang lupa mati.Golongan ini menganggap dosa dan pahala hanya perkara remeh dan tidak perlu diambil berat.Mereka menganggap bahawa mati itu lambat lagi masanya dan masa hidup adalah masa untuk melakukan apa sahaja yang diingini .

Golongan yang terakhir pula ialah golongan yang takut mati.golongan ini sentiasa takut dan memikirkan pasal kematian tetapi mereka sangat takut sehinggakan tidak mampu berfikir dengan waras.Ini adalah satu perkara yang boleh membawa mudarat dalam kehidupan manusia.Dan ada pula yang mereka takut mati kerana mereka takut harta mereka akan diambil oleh orang lain, anak2 mereka dan keluarga mereka ditinggalkan tanpa penjagaan dan sebagainya.Mereka lebih risaukan nasib saudara mara mereka sedangkan mereka sepatutnya merisaukan nasib mereka yang bakal ditanya dan disoal serta diseksa oleh malaikat maut di dalam kubur.Dan apabila tiba hari pembangkitan, tiada siapa pun yang akan peduli akan nasib kita melainkan diri kita sendiri.

dimana anda??
MUHASABAH DIRI

okey sebenarnya bukan saja syok-syok nak umumkan bila hari lahir saya..cuma saja nak kongsi orang yang hari lahirnya bulan Mei...

berikut adalah orang yang dekat dengan saya yang tarihk lahirnya jatuh pada bulan Mei.

MAK SAYA (MAK DIUTAMAKAN)
25 MEI 19**
kenapa saya bintangkan..haha..biarlah rahsia..
mak saya sangat comel..tengoklah sapa anak dia..tak nak ahh cerita pasai peribadi saya..

SYAZWANA
9 MEI 1995
dia kawan saya.kami tak rapat .tapi selalu buat-buat rapat.ukhuwah fillah

AMINUR AFIQ
22 MEI 2005
my anak menakan yang paling disayangi.saya selalu bergadoh ngan dia.ada ja tak puas hati.bergadoh bukan setakat dengan mulut tapi dengan tumbuk-tumbuk, tarik-tarik rambut sekali.tapi apapun kalau mood dia baguih kami selalu salaing mengajar.mengajar? ya dia sekolah Cina. dan saya memang suka sangat la nak belajar Mandarin.jadi, dia lah yang menjadi tenaga pengajar saya selain internet.

FAIRUZ
14 MEI 1995
saya tak rapat ngan dia.tapi dah dia jugak beranak bulan mei.so, tak salah kita kongsi.

USTAZ HAMIDI
13 MEI 19**
ustaz kesayangan saya.dia nih tegas. dalam tegas dia..dalam hati ada taman.haha..saya tak kan penah lupa jasa dia.dia rapat ngan saya sejak dia mula mengajar saya darjah empat.

TEACHER ZAITON
29 MEI 19**
teacher yang sangat sporting.

AIMI ZUHAILY
23 MEI 1995
budak nih..sekolah rendah sekali.tak ada apa yang istimewa.

AMINUL HADI
22 MEI 1995
juga kawan sekolah rendah.dia nih ketua mafia masa sekolah rendah dulu.jahat gila dulu masa sekolah..haha sorry..sekarang baik kot

SYAKIRIN
19 MEI 1995
kawan FB ...lama tak dengar cerita..dulu rajin bergadoh ngan dia..KIM HYUN JOONG celup..hehe..peace

CIKGU NORMEEZANA
18 MEI 19**
cikgu kelas ambe masa darjah enam..garang..hehe..tapi best dia ajaq math

AIN
 5 MEI 1995
sepupu hidayah yang comel..

POK WOR
2 MEI 19**
cikgu practical addmath ambe.cool

KAK AYU
2 MEI 19**
kak ipar saya yang disayangi.

ABDELFATAH SAFI
23 MEI 1981
pemain import Kedah..kagum sekali dengan dia.main bola tutup aurat.pemain Malaysia patut contohi dia.nama negara Islam tapi tak melambangkan Islam.

MAT
15 MEI 19**
haha...dia kok tiba-tiba tarihk lahir sama ngan aku...ek sama la plak..cam mana bley sama nih?..sape keluar dulu dia kalah?...sudah semestinya si MAT nih keluar dulu,..dia tua dari aku...hehe...dialah yang kalah

n akulah...pemenangnya..
15 MEI 19**
hari lahir aku...

ini bukan pertandingan apa-apa okey..just nak bagitahu  ramai gila kot yang tarihk lahir dia bulan mei...

SELAMAT HARI LAHIR.SEMOGA HIDUP ANDA DILIMPAH KEBERKATAN DARI ILAHI.SEMOGA PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI AMINN...

p/s : saya penah dengar yang sorang ustaz nih cakap.elakkan cakap SELAMAT HARI JADI..lebih baik SELAMAT HARI LAHIR..sebab kita tak tahu bila kita dijadikan..

ada lagi sambungannya...
nih pun sebab ada org sibok nak suruh cerita tentang dia :P
saya nak exam so saya percepatkan update blog ttg hari lahir nih 

WASSALAM...

SORRY TAK MENARIK~




Friday 27 April 2012

EE...GERAMNYA

ee...mungkin tak panjang kali ini..sebab...ini hanyalah sebagai luahan perasaan..
tiap-tiap p kali aku nak tengok versus...mesti terganggu...
arghh..aku nangis tadi sebab tak sempat tengok HUJAN perform....
sebab mak and ayah aku sebok nak tengok BUNGA-BUNGA SYURGA...

Sunday 22 April 2012

VERSUS

 heyppppp....semua sihat...saya bangga orang kunjungi blog saya....tapi saya sedih orang yang kunjungi blog saya tak baca apa yang saya tulis...buat apa saya nak lenguhkan jari saya buat blog nih...padahal haremm...sorang pun tak baca...tapi apapun bagi sapa  baca...sekalung penghargaan kepada anda  diatas budi baik anda...


VERSUS bukan karya Hlovate....
versus maksudnya apa??
eh ko nih mak ko tak hantau gi sekolah..haha..
tujuan kita bukan untuk mencari maksud versus tapi cuma nak bagitahu yang ada rancangan realiti terbaru di TV9 iaitu VERSUS....

Dalam rancangan realiti Versus ini telah di gandingkan sebanyak 5 buah kumpulan untuk merebut wang tunai sebanyak RM200,000 di mana mereka mesti membuat tugasan menggubah semula lagu-lagu yang telah sedia ada. 5 buah kumpulan yang telah di pilih dalam rancangan realiti Versus ini adalah kumpulan Hujan, Sofaz, Black & Parallax, Go Gerila dan 6ixth Sense..

semua kumpulan-kumpulan ini hebat-hebat belako....
saya tengok rancangan ni pun sebab HUJAN bertanding ...kalau tidak tak kelapaq nak tengok...
minggu first memang tak berapa best la tengok sebab tak dak guitarist kesayangan saya...haha...
tapi minggu kedua memang puas gila la tengok...
tapi memang tak dapat dinafikan yang semua kumpulan hebat-hebat belako....

dengan gubahan lagu dari Hujan memang mantapp...
suara lunak Black pulak memang memukau...
Go gerila plak memang kreatif..
yang lain pun best jugak...

and sudah semestinya hujan mendapat pujian yang melambung-lambung...ditambah pulak dengan undian yang paling tinggi setiap minggu wop...

HEYPP..ADA ORANG NAMPAK COMEL DISITU


 LAYAN

P/S: apapun berhibur berhibur jugak, tapi jangan sampai lupa diri sudah.....

Saturday 21 April 2012

“Kenapa blog saya jadi popular, berguna dan menjadi tumpuan”

Assalamualaikum pembuka bicara,
salam perkenalan buat semua...

CONTEST
nampak banner kat atas tuh...tak nampak alamatnya.........
R.A.B.U.N.
bagi sapa-sapa yang nak masuk contest tu...sila klik kat gambar...

kenapa blog saya jadi popular?

blog saya tidak sepopular blog orang lain...
sebab saya tidak pernah memaksa orang lain untuk mengunjungi blog saya....(haha)
cuma saya rajin mengunjungi blog orang lain...
blog saya juga tak secantik dan secomel blog orang lain..

kenapa blog saya berguna?

nak kata berguna ...tak dak lah berguna sangat ..
nak kata tak guna...tapi ada jugak gunanya...
saya suka berkongsi ..jadi apa yang saya kongsi hanyalah benda yang saya patut kongsi sahaja...
nak kata islamik sangat..tak delah islamik sangat...pelbagai entry saya post kat sini...
yang pasti boleh juga tambah pengetahuan bila anda mengunjungi blog saya...
TERIMA KASIH MENGUNJUNGI BLOG SAYA..

kenapa blog saya menjadi tumpuan?
blog saya tak daklah sangat menjadi tumpuan...
tengoklah follower pun tak sempai 30...haha..ada hati nak masuk contest...
cuma saya pasti  blog ini ada readers nyerr...

okey setakat itu sahaja..kepada rakan-rakan yang lain kalau nak masuk contest nih sila klik kat banner tu yerr...

~saya hanya ingin mencuba...tidak mengharapkan kemenangan~
wassalam...


Aurat #1

Assalamualaikum...apa khabar kalian di sana?sihat?
hari ini saya nak sentuh sedikit tentang aurat....
jom tambah pengetahuan~



Apa itu maksud aurat:

AURAT dari segi bahasa ialah: kurang, jelek, buruk atau malu.Dari kata "aurat" terdapat pula kata "aura" iaitu maksudnya keji.

MENUTUP AURAT maksudnya menutupi dari pandangan manusia, jin dan malaikat.Kain atau pakaian dapat menutup pandangan jin dan malaikat terhadap aurat manusia.Hal ini terbukti seperti peristiwa yang dialami Ummul Mukminin Aisyah r.a.

Ikuti kisah ini:

Beliau pernah meminta Rasullah S.A.W supaya memberitahu kepadanya bila malaikat jibril datang kepada baginda.Maka setelah Jibril hadir, baginda memberitahukan kepada Aisyah, lalu Aisyah membuka tudungnya kerana ingin tahu malaikat Jibril itu. Maka kektika tudungnya terbuka Rasullah mengatakan : "Malaikat sudah pergi". Maka tahulah Aisyah bahawa yang datang itu betul malaikat kerana malaikat tidak mahu melihat wanita terbuka auratnya.

sehubungan dengan peristiwa tersebut, seorang penyair berkata dalam sajaknya secara bergurau:

"Dia membuka kerudung(tudung) ingin tahu,
apakah dia menerima wahyu atau pengsan.
Jibril pergi, ketika kerudung terbuka,
tidak kembali, bila dosa berulang pula".

Menutup aurat haruslah dengan kain atau pakaian yang dapat mengelak pandangan terhadap aurat terbuka. Kain nipis, tembus pandang, atau berlubang-lubang sudah tentu tidak dapat menutupi aurat. Begitu pula pakaian yang ketat sehinggakan memperlihatkan bentuk badan juga tidak dibenarkan.

sumber:buku fiqih wanita
~to be continued~

Friday 20 April 2012

SAPA NI??


~ ASSALAMUALAIKUM~


hey..hey...sudah manis di tambah gula....aku jeles gila..."AKU ADMIRE DIA DULU"....
aku hari-hari stalk blog dan facebook dia...KAU ada??
aku dari bulan tiga haritu lagi start admire dia...hahaha

sorry kepada akak....

 HAHAHA...
tapi apapun saya tidak kisah siapa yang admire  dia dulu...
okey entry saya kali ini bukannya nak menunjukkan rasa jeles saya kepada tuan punya blog yang comel tetapi hanya nak bagitahu sikit kepada readers blog saya...SIAPA ITU HAFIZ ZAINAL??
penyanyikah?
artiskah?
pelakonkah?
artis koreakah?
artis korea memang sekali tidak mungkin kerana namanya pun sudah membuktikan bahawa veliau adalah orang melayu...
orang melayu yang tiada darah campuran..
okey meh sini nak bagitahu siapa sebenar empunya nama HAFIZ ZAINAL..

nama beliau ialah HAFIZ ZAINAL..
beliau ialah pelajar UNIVERSITI ISKANDARIAH atau dalam bahasa inggerisnya ALEXANDRIA UNIVERSITY, EGYPT....
wah... belajar oversea rupanya....
beliau mengambil jurusan PERGIGIAN....wah nak jadi doktor gigi rupanya...

sebenarnya..saya start tahu tentang si hafiz zainal ketika saya stalk fb ex-student sekolah saya yang belajar di university dan kos yang sama dengan HZ ...
bila saya skodeng-skodeng gambar kakak tuh..dan saya ternampak seorang mamat yang nampak  comiauww gila...
so, saya pun klik lah dekat gambar tuh..dan jumpa fb yang diberi nama HAFIZ ZAINAL...kemudian saya pun add dia...bila saya baca profile dia...baru saya tahu yang dia nih pandai menyanyi rupanya...then, saya bukak lah link youtube dia...dan
dan automatik....
wah..wah..wah..sedapnya suara dia......
saya follow segala BLOG, FACEBOOK MAHUPUN mengelike FANPAGE dia....


 
 layan~

 suka : D
wah.. biarlah saya hanya jadi secret admire...kalau sakit gigi memang nak kena pi cari dia ahh (bak kata kakak yang "admire dia dulu")

p/s : saya hanya meminati suara dia~
saya ada banyak cita-cita dan salah satu cita-cita saya ialah ingin menjadi DOKTOR GIGI...
jujur saya cakap yang dia nih sangat TIDAK sombong
sorry yerr "akak" saya tak marah mahupun jeles...cuma saya nak bagitahu yang saya juga minat dia~hehe
melawak je kak~

Saturday 14 April 2012

Tanya Sama Itu Hud-hud

Assalamualaikum semua...
penah dengar lagu Tanya Sama Itu Hud-hud ...ala yang M.Nasir nyayi tuh...
saya suka dengar lagu tuh.. saya memang suka layan lagu lama-lama..lagu P.Ramlee...lagu jiwang-jiwang semua lagu saya layan...tapi kenapa saya nak cerita tentang lagu Tanya Sama Itu Hud-hud....
sebenarnya ada maksud yang tersirat dalam lagu tuh..kita tahu menyanyi ja...tapi tak tau maksud dia...
pada mulanya bila saya nyanyi lagu tuh..saya terfikir juga..maksud lagu tuh..apa yang nak disampaikan sebenarnya?
apa maksud algojo?
apa maksud  ????
Lang mensilang
Kui mengsikui
so harini jom kita merungkai kisah sebenar di sebalik lagu Tanaya Sama Itu Hud-Hud...

 __________________________________________________________________________________





Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan
Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh
Ooh… Sang Algojo
Ooh… nanti dulu
Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini
Ooh… Sang Algojo
Ooh… nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai
“Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerna dia yang terbangkan ku ke mari”

__________________________________________________________________________________
okey ini berdasarkan apa yang saya baca dari blog - blog yang lain~


Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan

umat islam pada akhir zaman akan berpecah kepada 73 golongan dengan 73 mazhab. Tetapi hanya satu golongan sahaja yang akan masuk syurga. Sedangkan kesemua mereka mengakui diri mereka berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.

BERDASARKAN
HADIS:

Rasulullah (s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhkan di kemudian hari nanti akan berpecah-pecah umatku sebagaimana berpecahnya kaum Yahudi dan Nesrani dalam ugama mereka. Berpecah umatku menjadi 73 firqah (atau golongan atau mazhab), 72 golongan atau firqah atau mazhab masuk Neraka dan satu (sahaja) masuk Syurga.’
Maka bertanya para sahabat: ‘Siapa golongan yang satu itu, ya Rasulallah (s.a.w)?’
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Iaitu yang mengikut jalanku (yakni, sunnah beliau atau as-Sunnah) dan jalan sahabat-sahabatku yang benar lagipun diberi petunjuk oleh Allah (a.w).’
(Hadith sahih riwayat at-Termidzi dll)
Kisah Burung.

Mantiq Al-Tayr (Musyawarah Burung) merupakan karya yang paling fenomenal dari Fariduddin Attar. Kitab itu berisi pengalaman spiritual yang pernah dilaluinya untuk mencari makna dan hakikat hidup. Attar menuangkan pengalamannya itu melalui sebuah cerita perjalanan sekawanan burung agar lebih mudah dimengerti.
Dengan gaya bertutur, kitab itu mengisahkan perjalanan sekawanan burung untuk mencari raja burung yang disebut sebagai Simurgh (Muraq) di puncak Gunung Kaf yang agung. Sebelum menempuh perjalanan berkumpulah segala burung di dunia untuk bermusyawarah. Tujuan mereka hanya satu yakni mencari raja. Dalam perjalanan itu, para burung yang dipimpin oleh Hud-hud.
Untuk sampai ke hadrat Si Muraq, mereka harus tempuhi tujuh lembah yang penuh halangan.
Lembah pertama adalah lembah keinginan. Di sini semua burung diminta bertaubat dan meninggalkan kehendak duniawi.
Lembah kedua adalah lembah kerinduan di mana semua burung perlu menyelami lautan api agar tubuh mereka terbakar.
Lembah seterusnya adalah lembah makrifat, di sini semua burung harus memilih jalan sendiri lantaran “terlalu banyak jalan menuju yang satu, dan setiap satu disediakan bagi jiwa yang sesuai dengannya.”
Di lembah kepuasan, semua tuntutan, semua nafsu duniawi harus ditanggalkan dari hati.
Di lembah kesatuan, yang banyak menjadi satu.
Sebaik saja sampai ke lembah yang keenam, lembah kekaguman, burung-burung itu, yang sangat keletihan dan kebingungan, menembusi hijab berpasang-pasangan, dan mendapati jiwa mereka kosong. Hinggakan mereka menangisi, “aku tidak mampu berfikir lagi lantaran ghaibnya segala ilmu dari diriku.” “Aku curiga atas curiga ku ini, namun rasa curiga itu sendiri pun aku tak pasti, aku mendambakan, tapi siapakah yang sebenarnya aku dambakan?
Akhirnya di hujung perjalanan, di lembah kefakiran dan fana, di mana segala sifat keakuan ditanggalkan dari diri mereka, mereka dipakaikan dengan jubah ketidaksedaran, menyebabkan mereka hanya meneguk ruh kewujudan.
Bila mereka berjaya mengharungi kesemua tujuh lembah, bila mereka berjaya meruntuhkan gunung keakuan, dan menanggalkan kecintaan terhadap segala ilmu, barulah mereka dibenarkan meneruskan perjalanan bertemu raja Si Muraq.
Dari beribu-ribu ekor burung yang memulakan perjalanan, hanya tiga puluh saja yang berjaya mengharungi segala payah jerih. Dengan kepenatan yang tak terhingga, dengan perasaan kehinaan yang tak terkata, mereka dibawa berjumpa dengan raja segala burung. tapi apa yang mereka dapati bukan raja segala burung, tapi bahkan refleksi diri mereka sendiri dalam cermin diri.
Si Muraq, ataupun sirmurgh, adalah perkataan parsi yang bermaksud tiga puluh ekor burung. Maka di sini, di penghujung jalan, burung-burung itu berhadapan dengan realiti, berhadapan dengan refleksi diri, walaupun mereka telah mengharungi perjalanan yang panjang dan segala payah jerih, yakni, yang sebenarnya mereka cari adalah ‘diri mereka sendiri‘ dan ‘diri sebenar diri‘.
Wahai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! “Kembalilah kepada Tuhanmu dengankeadaan engkau redha dan diredhai (di sisi Tuhanmu)!
(Surah Al-Fajr ayat 27-28)
 Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh
repeat~
Mantiq Al-Tayr (Musyawarah Burung) merupakan karya yang paling fenomenal dari Fariduddin Attar. Kitab itu berisi pengalaman spiritual yang pernah dilaluinya untuk mencari makna dan hakikat hidup. Attar menuangkan pengalamannya itu melalui sebuah cerita perjalanan sekawanan burung agar lebih mudah dimengerti.
Dengan gaya bertutur, kitab itu mengisahkan perjalanan sekawanan burung untuk mencari raja burung yang disebut sebagai Simurgh (Muraq) di puncak Gunung Kaf yang agung. Sebelum menempuh perjalanan berkumpulah segala burung di dunia untuk bermusyawarah. Tujuan mereka hanya satu yakni mencari raja. Dalam perjalanan itu, para burung yang dipimpin oleh Hud-hud harus melalui tujuh lembah.
Ribuan burung sedunia pun berangkat. Namun yang berhasil bertemu dengan sang raja hanyalah 30 ekor saja. Tujuh lembah yang dikisahkan dalam cerita itu melambangkan tingkatan-tingkatan keruhanian yang telah dilalui Attar selama berkelana mencari hakikat hidup.
Ketujuh lembah yang harus ditempuh untuk dapat bertemu dengan Sang Khalik (Pencipta atau Tuhan) itu adalah lembah pencarian, lembah cinta, lembah keinsyafan, lembah kebebasan dan kelepasan, lembah keesaan murni, lembah keheranan, lembah ketiadaan

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini

Algojo ni maksudnya tukang pancung kepala.

Fariduddin Attar dipenjara oleh tentara Mongol. Lalu seseorang datang dan mencoba menebusnya dengan ribuan batang perak. Namun, Fariduddin Attar menyarankan agar tentera Mongol tak melepaskannya. Tentara Mongol mengira penolakan itu dilakukan agar tebusan yang diberikan lebih besar. Setelah itu datang lagi orang lain yang membawa sekarung jerami untuk menebus Fariduddin Attar. Kali ini Fariduddin Attar meminta agar tentera Mongol melepaskannya. Tentara Mongol pun marah besar dan lalu memotong kepala Fariduddin Attar.
Ini la dimaksudkan dalam kalut ada peraturan,peraturan mencipta kekalutan..Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai

"Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerna dia yang terbangkan ku ke mari"

"Lang mensilang, Kui mengsikui" bermaksud Orang tak macam orang, hantu tak macam hantu

gila puitis dia punya komposer...sangat mendalam dia punya maksud kan...
wah jenuh pening kepala aku baca..
aku rujuk banyak blog....dan banyak pendapatnya...jadi kalau nak buat kajian lebih lanjut sila ke blog ini:

 mindaahad
dkama
sufiroad
kimyowhmanchit
warisantamar
ku2blog


kalau pening jugak TANYA SAMA ITU HUD-HUD LA~


Kagum #1

Assalamualaikum semua...terima kasih kerana sudi menjengah blog saya....
dah lama tak update blog..tapi hari ni tiba-tiba tergerak hati nak update blog..
saya bukan blogger setia...saya menaip atas dasar nak berkongsi, nak releskan tension dan saja syok-syok...
hari ni saya nak cerita tentang SESEORANG....jeng..jeng...
siapakah gerangannya??
bukan pakwe kucing saya mahupun pakwe kucing jiran sebelah rumah saya...
tapi tentang seeorang yang saya agak kagum...tapi memang tak boleh kagum lebih-lebih...cukup sekadar  sikit-sikit...yang berhak dikagumi hanya Allah..Tuhan yang Maha Esa.
tapi yang saya nak cerita nih bukan seseorang tetapi banyak orang..apapun sekarang saya nak memeperkenalkan sorang-sorang orang yang saya kagum...
mereka ini bukanlah kerabat diraja mahupun orang yang berpangkat Datuk dan VVIP tapi hanya orang biasa-biasa...
terkenal??
boleh dikatakan terkenal la jugak...

YANG PERTAMA

okey dia nih adalah seorang blogger yang saya kagumi....saya start jumpa blog dia masa saya tengah skodeng-skodeng blog stoking putih iaitu blog milik IM Asyraff...
bila saya mula baca entry-entry yang dia tulis...saya mula jatuh hati segala bagai...
entry dalam blog dia boleh membuatkan orang ketawa, menangis, kemaruk, kadang-kadang terguling-guling secara automatik...dan juga boleh buat kita muhasabah diri....yang tu yang penting sebenarnya...blog dia memang cukup bermanfaat untuk semua orang...anda tidak akan rasa buang masa bila baca blog dia...bunga-bunga bahasa yang digunakan cukup mengagumkan saya...satu lagi, dia nih suka cipta quote tau...dan quote dia sangat best....
okey sekarang saya nak bagi tahulah siapa tuan empunya diri...
nama diberi Hami Asyraff...semua adik-beradik dia nama hami...saya follow habis dia punya twitter, facebook, blog, mahupun mengelike dia punya fanpage...dia nih orang Kedah...nampak gaya macam tenang orangnya..raut wajahnya ada dikit macam IM Asyaraf...kebetulan nama pun nak seakan...dia kerja sebagai seorang sales engineer ...dan penah melanjutkan pelajaran di UiTM dalam bidang engineering ...
nak tengok gambar dia?



okey gambar nih saya curi dari cik Google..


 okey camna?ada rupa tak...sesuai pi isi borang untuk masuk Imam Muda right?haha...
saya tak nak cerita lebih-lebih takut tersilap pulak...
jadi kalau nak kenal lebih dekat bukak la dia punya blog: bloghamiasyraff

YANG KEDUA

entah kenapa aku boleh pi minat dia...aku pun tak taulah..tang mana yang menariknya?? tang mana yang tertarikinya??tang mana tarikannya??
okey sekarang nih aku nak cerita tentang seseorang yang aku kagum bukan atas dasar apa-apa..cuma saja syok-syok..
rupa?boley lah tahan...
"eh tak sangaka eh orang macam hang ada jiwa rock parang"
yeah...
veliau adalah seorang guitarist...guitarist kepada kumpulan hujan(sekarang)
aku start minat veliau masa ada rancangan Hujan di pegi Paris tuh...sapa tengok?sapa tengok?
bagi aku dia punya aura yang tersendiri...dia cakap Kedah piauwwwwwwww baq ang...kadang-kadang rasa macam nak terguling-guling baca komen-komen kat fanpage dia...
Noh pernah berkata "manusia yang paling Kedah di dunia adalah dia(orang yang aku sedang bercerita)" ceh macam kata-kata pujangga la plak..
tengok!! saya dah menbahasakan diri saya aku.....adoi...tak pa-tak pa..kita tukaq balik kepada saya...hehe
tak mau cita panjang-panjang satgi hampa tak larat nak baca pulak(bajet blog femes).

memperkenalkan veliau ialah Ag CoCo...wah oriang putih mana pulak nih..rileks-rileks...veliau bukanlah oriang putih mahupun bangla tetapi veliau ialah orang melayu asli dalam erti kata lain oriang melayu tulen.. Orang Paling Kedah Di Dunia...pi mana pun cakap Kedah..noharam betui..hehe...kurangkan cakap cegini kalau dah balik umrah ye Ag...

sebenarnya dalam identity card dia bukan nama dia Ag CoCo okey...
nama ialah  Mohd Hezry Bin Haji Mohd Hafidz....wah sedap nama bapak kau berikan Jah...sedap baq ang nama dia...dia nih orang Aloq Setaq...dia suka sangat kucing...ada sekoq kucing dia yang aku kenai ..nama dia Sifoo...besaq gila baq ang....dalam rock-rock dia ..tapi dia nih penyayang orang nya...ohh...lupa nak gtau dia nih dulu kumpulan Coco...kalau tak tau pi search kat youtube..satu lagi tarikan dia adalah...dia nih adalah bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Maktab Mahmud...wah..wah..sekolah agama kau...tapi apapun...dia tetap cool dan tak lupa diri...orang cam gini la kita patut kagum...


sorry! gambar diambil dari FB veliau...veliau baru sahaja pulang dari mengejakan umrah..
dia nih peminat Avril Lavinge tau...
lupa lah nak gitau...dia nih sangat mesra peminat....jadi mpa antaq ja apa-apa kat wall dia pasti dia balas..


 saya dah banyak kali post kat wall...dan saya buat koleksi printscrint..hehe minat punya pasai..
dia nih kalu dah start main guitar ...mula lah naik sheh...haha...apa-apa pun hidup Kedah...
nak tau lebih lanjut cari fanpage dia okey...ROCK JUGAK AKU NIH

YANG KETIGA

dia juga seorang blogger ...dah dua orang jejaka saya cerita...sekarang saya nak cerita seorang gadis yang comel gila...try search Yasmin Redzuan...pasti keluaq gambar Hana Tajima...eh apasal pulak Hana Tajima...yang nak dicari Yasmin Redzuan..heyhey...inilah realitinya...muka dia nih sejibik Hana Tajima tau...tak kenal Hana Tajima? ahh aku pon tak kenal...ala orang yang pakai shawl berjuntai-juntai tuh tak kan tak kenal Hana Tajima(Sorry agak emo).
eh bukan Hana Tajima yang saya nak ceritakan tetapi Yasmin Redzuan...dia nih gila comel...
apa yang buat saya kagum sebenarnya?
okey sebelum-sebelum nih entry blog dia banyak kisah percintaan dia denga seorang jejaka yang diberi nama Bangla...haha...sorry,..sorry..bukan bangla nama dia..nama dia Areezal Kasmuri...saya tak kenal pon dia...dan saya agak tersentuh..wah ini bukan cerita sedih...bila ada satu entry nihkan telah menyedarkan saya...dan membuatkan saya nak jadi macam dia...dia berubah lah...dia dah pakai tudung yang agak labuh..dah mula tutup bahagian yang tak sepatutnya..dia pakai Tudung Labuh lah....saya teringin nak jadi macam dia...saya mula nampak orang yang pakai tudung labuh nih lebih manis dan sedap mata memandang..wah kak Yasmin saya nak jadi macam anda...tapi dia still dengan perangai dia yang agak gila-gila....
bila baca blog dia rasa macam nak terguling-guling jugak...
tapi sekarang dia dah privacykan blog dia ahh..sibok ngan bisnes kot
kiri:Yasmin kanan:Hana

gambar ini lebih ayu dan sopan kan..hehe...

okey itu dia Kak Meen comelkan...
eh lupa nak bagitau nama blog dia..blogbanglamerahjambu...unikkan nama...dia abadikan nama pakwe dia ahh...Bangla~

Sorry!!panjang gila...
wah penulisan saya nih perlu banyak dipebaiki....
saya hanya kagum dengan mereka...
sebelum mereka saya lebih kagum dengan mak, ayah mahupun ahli keluarga saya :D
dan sebaik-baik kekaguman itu hanya lah kepada Allah...manusia yang berhak disanjungi...Nabi Muhammad S.A.W.
sorry saya malas nak link kan blog mereka..jadi carilah sendiri yerr..cari je ...junpak punyerr..percayalah...
to be continued~

Tuesday 10 April 2012

wordless wed#3


On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.