Saturday 21 April 2012

Aurat #1

Assalamualaikum...apa khabar kalian di sana?sihat?
hari ini saya nak sentuh sedikit tentang aurat....
jom tambah pengetahuan~



Apa itu maksud aurat:

AURAT dari segi bahasa ialah: kurang, jelek, buruk atau malu.Dari kata "aurat" terdapat pula kata "aura" iaitu maksudnya keji.

MENUTUP AURAT maksudnya menutupi dari pandangan manusia, jin dan malaikat.Kain atau pakaian dapat menutup pandangan jin dan malaikat terhadap aurat manusia.Hal ini terbukti seperti peristiwa yang dialami Ummul Mukminin Aisyah r.a.

Ikuti kisah ini:

Beliau pernah meminta Rasullah S.A.W supaya memberitahu kepadanya bila malaikat jibril datang kepada baginda.Maka setelah Jibril hadir, baginda memberitahukan kepada Aisyah, lalu Aisyah membuka tudungnya kerana ingin tahu malaikat Jibril itu. Maka kektika tudungnya terbuka Rasullah mengatakan : "Malaikat sudah pergi". Maka tahulah Aisyah bahawa yang datang itu betul malaikat kerana malaikat tidak mahu melihat wanita terbuka auratnya.

sehubungan dengan peristiwa tersebut, seorang penyair berkata dalam sajaknya secara bergurau:

"Dia membuka kerudung(tudung) ingin tahu,
apakah dia menerima wahyu atau pengsan.
Jibril pergi, ketika kerudung terbuka,
tidak kembali, bila dosa berulang pula".

Menutup aurat haruslah dengan kain atau pakaian yang dapat mengelak pandangan terhadap aurat terbuka. Kain nipis, tembus pandang, atau berlubang-lubang sudah tentu tidak dapat menutupi aurat. Begitu pula pakaian yang ketat sehinggakan memperlihatkan bentuk badan juga tidak dibenarkan.

sumber:buku fiqih wanita
~to be continued~

No comments:

Post a Comment