Friday 30 December 2011

Bidang perGIGIan


SUMBER:alarm me!

ASSALAMUALAIKUM.....POST KALI NI SYE AMIK SEBIJIK-BIJIK DARI BLOG ORG LAIN...MOGA BERMANFAAT...SAYA HANYA BERKONGSI!!

Bidang pergigian cukup istimewa.Skop pengajiannya lebih kurang sama seperti bidang perubatan. Yang lebihnya pergigian memberi tumpuan pada penyakit di kawasan muka dan leher, kerana ini adalah kawasan ‘hot spot’ yang tidak boleh tidak adalah fokus utama Pegawai Pergigian.


Siapa Yang Layak?
Berdasarkan pengalaman saya, pelajar-pelajar yang mendapat pointer melebihi 3.7 mempunyai peluang yang tinggi. Namun, situasi sekarang bukan dalam pengetahuan saya. Ada kemungkinan minima pointer telah dinaikkan kepada 3.8 atau 4.0.

Universiti Mana?

Kepada mereka yang mendapat pointer yang sangat bagus, saya menawarkan anda untuk mencuba Universiti Malaya sebagai pilihan pertama. Anda pasti tidak rugi kerana selaku Universiti yang telah diiktiraf sebagai Universiti yang terbaik di Malaysia baru-baru ini, mereka menawarkan sesuatu yang berlainan dalam skop silibusnya.

Walaubagaimanapun, saya meyakini bahawa setiap universiti mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Antara university yang menawarkan kursus pergigian adalah UM, UKM, UiTM dan USM. Yang membezakan UM ia adalah pengasas kepada bidang pergigian di Malaysia, dan pastinya sesuatu yang lebih lama mempunyai kualiti yang lebih baik.

Jika Tidak Layak

Saya mencadangkan kalian untuk memilih bidang yang bersesuaian dengan result anda. Saya pernah melihat ada pelajar yang mendapat keputusan yang baik tatpi mendapat bidang yang tidak standing dan bukan juga antara bidang yang dipilih semasa mengisi boring UPU. Kes ini dikenali sebagai lelong. Jadi pastikan anda memilih mengikut kemampuan dan minat, bukan tentang mahu mencuba nasib.

Saya yakin dan percaya bidang apa pun yang anda pilih selagi ia standing dengan result dan minat anda, inshaAllah akan ada peluang kerja yang terbuka untuk anda. Yang penting adalah persediaan anda semasa ke universiti.

Universiti Berbeza

Bersedialah untuk perubahan. Setiap perkara berubah. Jadi anda perlu benar-benar bersedia dari segi spiritual, mental dan fizikal. Kecapilah kecemerlangan dalam setiap peperiksaan. Jangan sekali-sekali anda terjebak dengan perkara yang melalaikan. Inilah antara dugaan besar di universiti.

Akhir Kata

Betulkan niat anda. Allah pasti akan membantu mereka yang meletakkan Allah sebagai yang terutama dalam hatinya.

Tidak perlu risau atau gusar. Allah tahu apa yang terbaik untuk anda. Mungkin anda rasa anda minat ini, tetapi keputusan peperiksaan anda tidak memungkinkan. Maka, anggaplah ini sebagai peluang atau langkah untuk anda mengecapi kejayaan yang lebih baik. Kita tidak tahu.

Pesanan Nabi SAW;

“Barangsiapa mencintai agar dia menjadi orang yg paling kuat di kalangan manusia maka hendaklah dia bertawakal pada Allah Ta’ala. Barangsiapa mencintai agar dia menjadi orang yg paling kaya di kalangan manusia maka hendaklah dia menjadikan apa yg ada pada sisi Allah lbh dia yakini dari apa yg ada pada usahanya dan barangsiapa yg mencintai agar dia menjadi orang yg paling mulia di kalangan manusia maka hendaklah dia bertakwa pada Allah ‘Azza waa Jalla.”

1 comment:

  1. tq for sharing, saya minat sgt nk msuk bdg pergigian ni, walaupun entry ni tiru bulat2 dri blog org, ilmu tu masih dpt dikongsikan, doakan kami bakal pelapis ya?

    ReplyDelete