Sunday 9 December 2012

"kapel"

ASSALAMUALAIKUM
Dah lamakan saya tak menaip, rasa untuk menaip tu ada tapi malas campur tak dak idea.Tak ada cerita yang nak kongsikan.Tapi harini tak tau la kenapa idea itu membuak-buak.Sorry la bagi blogger yang terer berbahasa, saya ini tak pandai nak menyusun kata, hanya insan biasa-biasa , masih baru nak mencuba.Jadi janganlah marah saya sebab menggunakan bahasa yang tak sedap dibaca.Mengharap apa yang nak dikata sampai di hati pembaca.Acece.

Melihat kepada tajuk entry hari ini.Mesti pelbagai persepsi yang ada di minda.Cuba untuk merungkai apa erti kapel buat remaja.

Ustaz sy nak tny bley x sy kapel tp sy x pernah berjmp pon ngn dy, tepon pon jrg2 ,tepon pon tuk bnda yg prlu jeww.sthu sy kapel tu xdak dlm islam tp km nk status  kapel jugak cuma km x akn jmpa la.ley kew us?

Saya bukan ustaz atau ustazah.So jangan tanya saya samaada kapel itu haram atau tak.Cuma saya nak bagi pandangan tentang kapel islamik yang hangat diperkatakan.Islamik la konon.Pui..pui..Ketegaq betui kan sesetengah orang tu.Kan orang dah cakap yang kaRpal itu haram.Eh bukan Karpal S  tapi couple.Memang jelas yang kapel itu haram dalam islam dan tak wujud pon dalam islam tapi kenapa masih ramai lagi yang ber"couple".Tapi kenapa ada lagi yang gatai meqenyam plus meqela yang cuba nak kapel.

Kalau hang gatai sangat nak kapel jalan penyelesaiannya ialah bernikah.Hang kapel la sampai bila-bila tak dak orang yang nak kacau.Kadang-kadang menyampah saya kalau ada orang yang menguptade status di facebook pasai kapel la, kasihkekasih la.Budak lagi kut tapi nak jugak bercinta.Handphone tu sentiasa ada di tangan.Bukan saya nak berlagak la.Kadang-kadang bateri handphone pon saya tak sempat nak cas.Eh bukan tak sempat tapi memang saya malas nak cas pon.Kadang-kadang handphone terpaksa dicari satu rumah bila nak guna sebab sengaja di silentkan.

Budak-budak sekarang anggap kalau yang tak berkapel sebagai tak dak class, skema.Tapi bagi aku orang yang berkapel itu patut dianggap sebagai tak berklass sebab jahil bab agama.Ada sesetengah yang ada kesedaran tapi masih buat.Sekolah agama tapi masih dok kapel.Ada pulak yang letak in relationship with bla..bla..bla..macam saya cakap tadi yang kapel ni tak dak dalam islam.Lebih indahkan bila cinta itu disemai apabila dah sah dengan ikatan pernikahan.

Fikir sendiri la.Sebab itulah kes pembuangan bayi semakin meningkat disebabkan runtuhnya akhlak remaja yang ada pada masa sekarang.Bab kapel dia pandai sangat tapi bab sembahyang tak pulak dia nak tanyakan.Orang tua-tua dulu mereka bahagia ja walaupun tak bercinta sebelum mereka kahwin.Zaman dah berubah beb.Sekarang ramai yang suka menipu.Jadi cinta sebelum menikah itu perlu.Eh..eh jangan guna pakai ayat ni.Ada cara lain nak mengenal antara satu sama lain.Banyak cara cuba la buka minda sikit.Islam kan agama yang mudah.Mesti ada jalan penyelesaiannya.

Boleh ja korang nak kawan dengan beribu wanita, beribu lelaki tetapi batasan harus dijaga.Yang perempuan tak boleh bersikap manja dihadapan lelaki.Jujur lah saya cakap.Normal bagi seorang lelaki atau wanita yang sukakan antara satu sama lain.Apa kata mintak ja Allah pertemukan jodoh denga dia.Jangan jadi bodoh la.Fikir pakai otak bukan ikut hati.Benar kata orang tua-tua ikut hati mati.Jangan jadi bodoh sehingga sanggup membenarkan laki-laki lain pegang-pegang anda.Pesanan untuk wanita.Kasihan la ibubapa yang penat -penat didik kita.Tapi bercakap tentang ibu bapa, ada juga yang sokong anak dia berkapel.Apa cer nih.Haiya apa dah jadi dengan dunia.Dah nak kiamat.

Kalau rasa korang suka sangat kahwin terus ja.Apa susah-susah.Ahh..aku ketandusan idea.Saya dah lupa lah apa yang saya nak tulis.Nih la akibatnya kalau buat kerja tak habis.Apa pun saya harap benda nih dah jelas.Kapel tetap haram.Istilah kapel islamik memang tak dak dalam islam ok.

Kesimpulan:jadi bagi sesiapa yang malas nak baca panjang ni baca kesimpulan pun jadilah.Saya harap sangat entry kali  nih sampai kepada pembaca.Saya tak pandai sangat cuma ini adalah pandangan saya ja.Minta tegur kalau ada yang salah.Couple itu tetap haram before nikah.Kita kan ada Allah dan kekasih kitakan Rasullah.Ajal, maut , JODOH, semua ditangan Allah.Jangan risau sangat tentang jodoh.Suatu hari nanti Allah akan hantar jodoh yang sesuai dan baik untuk kita.

Setahu saya semua agama menyarankan agar penganutnya berkelakuan baik.Apa tujuan kahwin sebenarnya.Pasti ada kebaikannya kan.Tak gitu Apple.?

Sebenarnya maksud kapel tu meluas.Tak salah couple tapi bila dah sah jadi suami isteri.Yang saya maksudkan kapel haram itu adalah kapel tanpa ikatan yang sah.. :D

P/S:Alhamdulillah akhirnya siap jugak.Walau penyakit malas bertandang tadi.Apple agak-agaknya penulisan saya dah capai ke belum tahap matang?

No comments:

Post a Comment